Bab 3

Romance Series 27529

“Amboi pengantin baru, busy buat kerja” teguran dalam nada mengusik itu mengganggu Firhath yang sedang buat kerja itu. Aduhai siapa lagi kalau bukan Hariz Ridzwan kawan baiknya dari zaman sekolah dan juga teman sekerja dia sekarang ini.
“Eh kau ni Riz, dah takde kerja ke? Sibuk je dalam ni” balas Firhath dengan nada malas mahu melayan faham sangatlah si Hariz ni mesti sibuk nak tanya fasal Ariana. Rimas betul dia nak menjawabnya.
“Workaholic betul kawan aku ni, weyhh dah masuk waktu lunch ni! Takkan tak sedar kot jam punyalah besar dekat dalam bilik ni” sindir Hariz, dengan selamba dia duduk di hadapan kawannya yang masih berwajah ketat itu. Si Firhath ni memang peliklah orang patutnya lepas kahwin cuti seminggu pergi honeymoon tapi dia ni boleh pula duduk dalam office dengan muka ketat sudahlah itu sampaikan tadi PA nya si Tasha pun teruk dimarahi walaupun wanita itu hanya terletak lebih gula dalam air Nescafe nya je. Macam singa kelaparan lah pulak!
“Jom pergi lunch!” ajak Hariz bila melihat kawannya masih senyap tanpa sebarang jawapan.
“Kau pergilah dulu, aku takde mood nak makan” balas Firhath ringkas, Hariz menggeleng kepala melihat perangai kawannya ini.
“Kau ni kenapa Fir? Ada masalah ke? Cuba share dengan aku, takdelah terbeban sangat kalau kau cerita kat aku” soal Firhath, wajah Firhath di pandang meminta penjelasan.
“Aku rindukan Nina, setiap kali aku nak buat kerja aku akan teringat dia Riz.” Balas Firhath dengan nada sayu. Jatuh simpati Hariz pada Firhath, manakan tidak sedih dua tahun mereka bercinta di Pulau Langkawi itulah kasih mereka bertaut namun takdir Allah Nina pergi meninggalkan nya. Pergi buat selamanya.
“Kau kena reda Fir, kau tak boleh sedih macam ni. Yang pergi biarkan pergi kita yang hidup ni perlu teruskan hidup bukannya bersedih macam ni lagipun sekarang ni kau dah ada Ariana dia isteri kau and better kau fokuskan pada Ariana. Aku yakin kau akan bahagia dengan dia sebab dia tu perempuan baik”nasihat Hariz, bahu sahabatnya ditepuk memberi kekuatan.
“Ya! Aku boleh terima pemergian Nina. Tapi, aku tak boleh terima Ariana dalam hidup aku” tersentak Hariz mendengar bicara sahabanya itu.
“Firhath..”
Belum sempat dia mahu berkata Firhath sudah memotong bicaranya.
“Kata kau nak pergi lunch tadi, jomlah pergi sama-sama. Kejap lagi adamesyuarat aku takut lambat pula” habis sahaja berkata begitu terus dia meninggalkan Hariz di dalam pejabatnya. Hariz mengeluh perlahan, nak menasihati si Firhath buat masa sekarang ni memang bagai mencurah air ke daun keladi sia-sia je. Baru semalam kahwin hari ini dah macam orang nak bercerai sahaja gayanya. Ceit mulut si Hariz ni doa yang baik-baik sudahlah!

Ariana termangu di hadapan pintu bilik, ingin memulas tombol pintu bilik pun jadi satu masalah baginya. Memanglah Firhath itu suaminya namun perasaan segan dan takut itu masih ada. Kalau bukan kerana Dato Halil memang dia takkan masuk dalam bilik ini selagi Firhath tidak pergi ke tempat kerja maklumlah mereka berdua ni dah macam langit dengan bumi dua-dua mahu mengelakkan diri dari berjumpa. Firhath ke utara Ariana pula ke selatan. Macam manalah nak bahagia kalau nak berjumpa pun tak mahu.
“Aduhai Ariana cubalah kurangkan sikit perangai gemuruh tu, bukannya kau nak masuk bilik ni untuk bunuh dia nak panggil makan je pun. Takkanlah nak panggil makan pun dia nak tengking kau tak tentu fasal kot, tapi kalau dia tengking nanti kau seligi je kepala dia tu” suara hatinya cuba menenangkan tuannya yang masih kaku tak beriak di hadapan pintu bilik. Ariana menarik nafas perlahan lalu segera dia pulas tombol pintu bilik itu.
Firhath masih tidur lagi rupanya, jam sudah menginjak pukul lapan setengah pagi. Ariana berjalan perlahan ke arah katil suaminya bahu Firhath di sentuh dengan jari telunjuknya.
“Firhath…”
Mata lelaki itu mula bergerak sedikit, masih mamai lagi Firhath ni.
“kau nak apa? Bisinglah aku nak tidur” marah Firhath, dia sudah bangun lalu menggosok matanya. Haih perempuan ni aku dahlah susah nak tidur balik kalau dah terjaga, menyusahkan betul!
“Takde apalah” balasan Ariana buatkan Firhath sudah mula naik angin. Merenungnya takut-takut bagaikan mahu memberi tahu sesuat tetapi tidak terluah. Bagaikan tidak kena saja tindak tanduk gadis itu pada matanya. Ariana mengetap bibir. Semakin gugup dirinya melihat Firhath yang sudah mula mengecilkan mata merenungnya dengan pandangan aneh. Aduhai Ariana cakap lah… Kau nak tunggu kena tengking baru nak cakap ke?
“Apa?” Sergah Firhath dengan suara kuat sehingga Ariana menggumam entah apa. Gadis itu sekejap menggaru kepala sekejap menggigit ibu jari.
“Aku tanya ni!”
“Papa suruh saya kejutkan awak turun sarapan!” Ujar Ariana dengan nada laju. Sesak nafasnya apabila lelaki itu tergelak besar. Kaki dia tak usah cakap lah, memang dah menggigil habis dah.
“Aku nak mandi dulu.” Ariana mengangguk laju.
“Kau tercegat dekat situ buat apa lagi? Keluar lah! Nak tengok aku bogel depan kau?” Marah Firhath dengan suara lantang apabila gadis itu masih lagi tercegat memerhatikannya. Dah tahu dia nak mandi, keluar lah!
Bogel? Glurp!
Ariana menggeleng laju. Kelam kabut dia menutup daun pintu dengan rapat sehingga berdentum bunyinya. Telinganya dapat menangkap bunyi ilai tawa Firhath yang tergelak besar dari dalam bilik. Ariana mengutuk dirinya di dalam hati. Cit!

“Mana isteri kamu? Panggil dia makan sekali” tegur Dato Halil sebaik sahaja Firhath mahu duduk di atas kerusi. Mengeluh dia seketika.
“Dia dah besar pa, pandai lah dia turun sendiri kalau dia rasa lapar dia turunlah tak payah tunggu dia takpe kot” balasan Firhath mengundang kemarahan dari Papa nya.
“Cuba jadi suami yang bertanggungjawab sikit, no excuse Firhath Hazim! Pergi panggil dia sekarang kalau tidak kita takkan makan” tegas nada suara Dato Halil, anaknya si Firhath ni memang kena berkeras sikit. Disebabkan malas mahu bertengkar dengan papa nya segera dia bangun dan mula mencari isterinya.

“Oii!! Kau buat apa duduk tepi kolam pagi-pagi buta ni?” sergahan Firhath buat Ariana melatah teruk dan paling teruk sekali bila tubuhnya selamat menjunam ke dalam kolam. Penyakit gelabah biawak si Ariana ni memang teruklah, Firhath sergah macam tu sahaja tapi dia punya teruk sampai menjunam masuk dalam kolam. Ariana terkapai-kapai di dalam kolam renang, nasib malang sangatlah hari ni dahla dia tak reti berenang. Risau dengan keadaan Ariana yang seperti telur di hujung tanduk itu segera Firhath terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan isteri nya si minah cuai itu! Ditarik pinggang Ariana lalu di bawa tarik ke atas.
“kau ni kenapa lah cuai sangat? Aku bukannya tolak kau masuk dalam sungai tu, baru tegur sikit sampai boleh masuk kolam? Careless betul” bebel Firhath, Ariana masih tercungap-cungap.
“Saya terkejut itu yang tergelincir” balas Ariana perlahan, sesak nafas nya tadi rasa macam nyawanya mahu terbang melayang.
“kawal sikit rasa terkejut tu boleh tak? Eee menyusahkan orang betul, tak fasal-fasal habis basah baju aku” Firhath mendengus lagi namun bila melihat wajah Ariana yang sedang menggigil kesejukan itu dia rasa simpati pula.
“Ya Allah! Kenapa kamu berdua basah ni?” jerit Datin Farina sebaik sahaja melihat anak dan menantunya sudah kebasahan.
“jatuh Ma, ada gorilla tu dia jatuh ada hero selamatkan” gurauan Firhath buat Ariana mula geram. Mana tidak nya Ariana paling tak suka bila hal berat badan dijadikan isu.
“Macam-macamlah kamu berdua ni, tunggu sini dulu nanti mama suruh MakJah ambilkan tuala” habis sahaja berkata Dating Farina terus melangkah meninggalkan Ariana dan Firhath yang sudah kebasahan itu.
“Terima kasih selamatkan saya tadi” ucap Ariana, dia memandang Firhath disebelah. Rambut lelaki itu yang kebasahan berjuntai di dahi aduhai makin cair hati Ariana melihatnya namun dia segan pula bila lelaki itu mula menanggalkan pakaian dan terlihatlah dada bidang milik Firhath.
“Tak payah nak berterima kasih sangatlah, ikutkan tadi aku nak tinggalkan je kau dalam kolam tu tapi sebabkan aku tak nak lagi jadi duda hot so aku selamatkan” balas Firhath selamba, baru dia perasan Ariana masih bertudung litup. Alahai Firhath takkan tak ingat pulak amaran yang kau cakap pada Ariana masa first day korang kahwin tu!
Ariana senyap tidak membalas ialah kalau balas pun takde guna buat kering air liur je. Firhath dan perangai sinis tak boleh dipisahkan lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience