Perjalanan ke banglo di atas bukit milik Firhath memakan masa hampir setengah jam. Sesampai sahaja mereka di sana, Ariana agak tergamam melihat suasana di kawasan itu. Terlalu sunyi tanpa kawasan perumahan. Ditambah pula dengan pintu gerbang berwarna kelabu yang boleh tahan tingginya sehingga tidak menampakkan struktur banglo.
Mata mengerling Firhath sekilas. Fikirannya terangka membentuk kepulan awan. Suami dia ni jenis anti sosial ke? Sebelum mereka sampai ke banglo ini, dia ada nampak beberapa kawasan perumahan dan agak jauh juga dari banglo milik Firhath. Memang sah anti sosial ke macam mana?
“Memang atas bukit ni rumah awak je ke yang ada?”
Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja kereta BMW merah garang miliknya sudah selamat memakir di porch. “Kau ada nampak rumah lain ke selain rumah aku dekat sini?”
Ariana tersenyum kelat. Sedar akan soalan yang ditujukan agak tidak bijak. Dah sah-sah banglo lelaki itu saja di atas bukit ini, lagi mau tanya. Padan muka!
“Saya tanya je. Boleh tahan besar juga ya rumah kita ni? Cantik.” Ariana memuji ikhlas namun Firhath hanya tayang wajah menyampah.
“Excuse me, ni rumah aku! Bukan rumah kita”sangkal Firhath, Ariana mengeluh perlahan
“Mesti kau suka dapat duduk rumah besar macam ni, ialah gold digger kan? Itu yang sampai sanggup membunuh kawan sendiri” ayat tohmahan itu menghancur lumatkan hati Ariana yang sedia berdarah itu.
“Tolong jangan sembarangan, saya tak seteruk tu!” marah Ariana, yelah dia manusia biasa yang masih mempunyai perasaan apa Firhath ingat dia ni patung ke? Kalau dah setiap hari asyik cakap dia ni pembunuh, perempuan tak guna dan si mata duitan siapa je yang tahan beb? Bernanah dah telinga dengar segala tohmahan yang dikatakan Firhath.
Firhath ketawa sinis lalu terus bersuara “Tak teruk kau kata? Huh, perempuan macam kau ni bersepah dekat tepi jalan” berdesing telinga Ariana mendengar kata hinaan itu, kesabarannya yang makin tipis itu memang boleh menahan kemarahan kalau si Firhath ni bukan suami dia memang dah mendapat dah tamparan percuma. Sabar Ariana sabar jangan biarkan syaitan memporak perandakan hidup kau! Segera Ariana keluar dari kereta BMW itu, malas mahu mendengar lagi perkataan yang terlebih indah dari mulut suaminya itu. Pintu kereta ditolak kasar dan Firhath terus melolosi dari ruang itu. Nafasnya yang terasa hangat membahang menunjukkan pada bila-bila masa saja dia akan meletup. Terus sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya sepanas-panasnya!
Titisan cecair hangat dari tubir mata Ariana bercucuran sekali lagi. Hiba sungguh hatinya dengan caci makian lelaki itu. Kedua-dua belah tangan naik menekup wajah sambil bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan. Rumah tangganya baru sahaja diambang permulaan. Permulaan yang begitu menyakitkan.
Ariana yang sedang tidur terkejut apabila terdengar bunyi erangan. Badan ditegakkan dan matanya meninjau dari tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Dia melihat Firhath seperti menggeletar. Badannya meringkuk seperti menahan kesejukan. Pelik kan mereka boleh tidur sebilik? Mana tidaknya sewaktu mahu makan malam tadi suaminya muntah teruk sangat di tambah pula dengan demam. Sedikit sebanyak Ariana rasa puncanya ialah peristiwa dia jatuh kolam itu kerana nak tebus rasa bersalah itu yang Ariana menjaga lelaki itu semalaman.
Ariana segera merapati suaminya. Tangan diletakkan di leher lelaki itu. Panasnya..!! Tangannya mencapai remote aircond dan butang off ditekan. Remote kipas siling pula diambil dan diperlahankan kelajuan. Ariana mengambil tempat di hujung katil. Dia menjeling. Petang tadi ajak pergi klinik tak nak. Degil!
Ariana melihat badan Firhath sudah berpeluh membasahi baju tidur yang dipakai. Kain basah di atas meja sisi diambil dan dilap perlahan muka dan leher suaminya. Coolfever yang ditampal pada dahi Firhath ditanggalkan. Kain basah dilap di tempat itu. Coolfever baru digantikan. Berkerut sedikit dahi lelaki itu. Mungkin menahan sakit kepala yang menyerang. Ariana membuka butang baju tidur suaminya satu per satu. Jantungnya berdebar, Firhath masih belum sedar dan nyenyak tidur. Jelas kelihatan badan sasa Firhath di ruang matanya. Jangan tengok!! Kepala digeleng perlahan. Kerja mengelap diteruskan.
Selepas beberapa minit, dia akhirnya selesai melakukan kerja. Baju tidur Firhath dibiarkan tidak dibutang. Selimut ditarik menutupi hingga ke leher. Wajah Firhath yang sedang tidur direnung. Handsome! Sungguh dia sayang akan lelaki itu. Tangannya mengusap perlahan rambut tebal suaminya. Kerutan di dahi Firhath semakin hilang. Mungkin terkesan dengan belaian di kepalanya.
Kepala Firhath diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Beratnya kepala! Dahi suaminya diurut perlahan bagi mengurangkan rasa sakit kepala. Rasa panas di badan Firhath sudah berkurang. Mulut yang ingin menguap segera ditutup dengan tapak tangannya.
“Cepat sembuh okey. Kalau awak sembuh, awak boleh buli dan marah saya. Kalau awak sakit, awak tak boleh buat semua tu. Get well soon sayang” bisik Ariana perlahan. Kepala Firhath dialihkan ke bantal. Dia terus bangun dari katil. Tempat tidurnya dituju. Bantal ditepuk perlahan sebelum tidur. Malam itu, dia tidur bersama senyuman manis di bibir.
Share this novel