Bab 2

Romance Series 27529

Firhath duduk termenung di tepi kolam, malas dia mahu duduk di dalam bilik kerana malas mahu menatap wajah Ariana. Bukan apa setiap kali terlihat wajah Ariana dia pasti akan teringat semula kejadian yang terjadi padanya dan Nina.
Imbas kembali
"Firhath,Ira nak jumpa kamu katanya ada benda yang arwah Nina beri pada kamu"Datin Farina berkata dari luar bilik,segera Firhath keluar dari bilik dengan keadaan tak bermaya. Kirana merupakan housemate kepada Nina ada benda yang mahu diberikan kepada Firhath amanat daripada arwah kawan baiknya.

Surat yang diberikan Kirana tadi dibuka dengan debaran takut dengan apa yang bakal dibaca nya nanti.

Honestly, I never wrote any letter before. Not an unofficial like this. I pun Tak Tahu why tergerak sangat hati ini untuk tulis surat macam no. Well Firhath, I just wanna let you know that I love you so much. All my life I've never seen a good man like you. You terlalu baik untuk I Firhath.
Firhath my only one,
I don't know why I wrote this letter for you.I don't know what I've been thinking lately. I selalu fikir macam mana kalau jodoh kita tak kesampaian? Macam mana kalau ajal yang menjemput I dulu.You pasti akan terseksa,merana dan terluka right? Tolong Firhath kalau benar apa yang I katakan ini terjadi buka hati you untuk orang lain. Jangan sesekali salahkan takdir yang tersurat untuk kita berdua I just nak tengok You bahagia walaupun bukan dengan I. Sesungguhnya I betul-betul ikhlas cintakan you tidak ada yang lain.
Firhath, sekiranya I tidak mampu untuk bersama dengan you,ketahuilah I juga tidak mampu untuk melawan takdir Allah. I harap you tetap akan jumpa seseorang yang akan bahagia kan You. Mungkin juga dengan Ariana... Arin.
I tidak memaksa tetapi sekiranya I tiada mungkin you boleh ambil masa untuk mengenali dia. I cadangkan Ariana kerana I yakin dia mampu jaga you dengan baik,Benda yang begitu berharga yang I inginkan ialah lihat Ariana dan You bahagia you know what she love you so much but dia lepaskan you lepas dapat tahu kita tunang.I serbasalah sangat.
Firhath sekiranya ditakdirkan You tidak bersetuju dengan cadangan I janganlah You memaksa diri. Carilah pengganti I agar you bahagia.I juga tak mampu berbohong I amat berharap you akan gantikkan tempat I dengan Ariana.Dia layak Firhath trust me.
My sweetheart..
Sekiranya I benar pergi menghadap ilahi I cuma nak you doakan kebahagiaan I disana ya. Buka hati you jangan takut untuk jatuh cinta Terima Ariana ya...

Salam sayang

Nina Anissa

Macam mahu menjerit marah dia saat ini.Rasa marahnya pada Ariana meluap-luap malahan dia juga merasakan kemalangan itu dirancang oleh Ariana.Yelah Ariana sukakan dia tapi dia dah bertunang dengan Nina disebabkan dendam dia rancang kemalangan itu dan cuba mendapatkan Firhath.Ini yang difikirkan Firhath hatinya mula tersimpan dendam pada Ariana. Dan hatinya makin yakin apabila Kirana turut mengatakan bahawa Ariana dalang semua ini berlaku makin meluap rasa benci Firhath pada Ariana. Dia akan pastikan hidup Ariana takkan bahagia!
Tepukan lembut diri bahunya menyedarkan Firhath dari kenangan seminggu yang lepas, wajah Abang Khairul iaitu abang iparnya menggamit pemerhatian.
“Kenapa duduk luar ni? Isteri kau mana? Aku tak nampak pun” soal Khairul walaupun jarak umur mereka berbeza tiga tahun namun mereka sudah rapat macam abang dan adik kalau pun Farisha Hani dan dia tidak berjodoh hubungan mereka akan tetap rapat.
“Saja, ambil angin. Isteri aku dalam bilik kot” balas Firhath ringkas, jawab sahaja fasal Ariana buat kembalilah wajah ketatnya itu.
“Kot aae, kau ni ada masalah ke? Patutnya orang baru kahwin happy tapi kau macam orang mati bini pula” tegur Khairul, mana tidaknya sejak tadi dia perasan wajah si Firhath yang masam mencuka itu.
“Orang lain kahwin sebab cinta, aku kahwin tanpa cinta and kau nak suruh aku happy memang tak lah. Lagi-lagi dengan perempuan tu” balas Firhath sinis, menggeleng Khairul mendengarnya.
“Tak baik cakap macam tu, walau macam mana pun benci nya kau pada Ariana dia masih isteri kau. Cinta lepas kahwin lagi bahagia sebenarnya sebab kau dapat kenal lebih rapat lagi dengan Ariana. Trust me, Fir. Aku dengan akak kau dulu pun kahwin sebab aturan keluarga, alhamdulillah bahagia sampai sekarang” nasihat Khairul panjang lebar, rasanya tak salah dia sebagai orang yang lebih tua memberikan nasihat. Firhath mahu dengar atau tidak itu belakang cerita yang penting dia dah mencuba menasihati adik iparnya itu.
“Kau cakap senanglah, yang tanggungnya aku. Kau ingat senang ke nak menghadap wajah perempuan yang bunuh bekas tunang aku? Tak semudah tu Khai. Setiap kali aku tengok muka dia makin bertambah benci aku” sehingga begitu sekali dia menyalahkan Ariana. Mana pergi iman dan akidahnya? Cakap macam orang tak percaya pada ketentuan tuhan.
“Mengucap Fir, tak baik cakap macam tu. Ariana memang ditakdirkan jadi jodoh kau dan bukan arwah Nina. Kau kena terima kenyataan yang Nina dah takde dan tugas kau sekarang ni perlu bahagiakan Ariana bukannya masih menyalahkan perkara yang dah terjadi. Aku nak cakap lebih pun aku tak berapa nak arif sangat hal ni tapi aku tahu kau tahu nak menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Ingat Firhath jangan tatang ego dan dendam kau sangat aku takut kau menyesal suatu hari nanti” panjang lebar dia memberi nasihat pada Firhath segera di tepuk bahu adik iparnya itu lalu terus dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Ariana menuruni tangga menuju ke dapur, selesai sahaja solat subuh tadi dia menyambung tidur sekejap dan sekarang ini jam sudah menginjak ke pukul tujuh pagi lebih baik dia ke dapur dapat juga membantu ibu mertuanya ataupun Mak Jah di dapur.
“Datin masak apa tu? Boleh Arin tolong?” Ariana menegur ibu mertuanya, Datin? Ha jangan pelik pula Ariana masih segan sebenarnya takutlah Datin Farina tidak suka dia memanggilnya mama kerana sejak semalam Ariana lihat wajah itu seperti tidak senang dengan kehadirannya.
“Tak payah sibuklah, aku tahu nak buat kerja aku” nada suara itu mendatar, Ariana cuba positifkan diri dan dia masih cuba tersenyum. Bagaimana pun penerimaan Datin Farina kepadanya dia harus sabar.
“Mak Jah, buat air the sekarang kejap lagi Dato turun mesti dia nak minum” arah Datin Farina, Mak Jah atau nama sebenarnya Siti Halijah lekas menurut arahan yang diberikan majikannya.
“Mak Jah pergilah tengok sambal tumis atas dapur tu Arin boleh tolong buatkan air”Ariana mahu menolong Mak Jah ialah kesian wanita itu perlu terkejar untuk melakukan dua tugas.
“Eh puan tak mengapalah, Mak Jah boleh buat” Mak Jah menolak pertolongan Ariana dengan wajah yang mula serbasalah.
“Tak payah berpuan lah, panggil Arin je” Ariana membalas dengan ramah, segera dia menolong walaupun banyak kali juga dihalang oleh Mak Jah.
“Lepas ni Kak Jah biar je kalau dia nak menolong, jangan cakap kita membuli dia sudah” sindiran Datin Farina langsung tidak buat Ariana sakit hati tapi dia berasa bersyukur pula ialah takdelah di kering kebosanan dalam rumah ini nanti.

“Sedaplah rasa air teh ni, mama ke yang buat?” soalan dari Firhath buat Ariana sudah mahu tersedak aduhai kalaulah lelaki itu tahu dia yang buat.
“Taklah, isteri kamu yang buat. Betul kan Arin?” melihat isterinya Datin Farina yang masih diam segera Dato Halil menjawab pertanyaan anak lelakinya itu. Firhath pula sudah mula rasa menyesal bila sudah terpuji isterinya itu.
“Ingatkan Mama buat tadi. Oklah Mama, Papa… Fir nak gerak pergi office dulu ada meeting penting. Bye” pamit Firhath dari situ, Ariana yang masih duduk itu segera di pandang oleh Dato Halil. Sorotan matanya menyuruh Ariana menghantar suaminya ke kereta alah macam biasalah si isteri akan salam tangan si suami lalu dengan kasih sayang yang bermukim di hati si suami kucup dahi si isteri tapi kalau kes Ariana ni lain sikit tak fasal-fasal dia dapat kata-kata pedas yang benar boleh buat telinga bernanah itu.
“Awak…. Nak salam?” Ariana berkata lalu terus menghulurkan tangannya, oleh kerana suaminya yang tinggi lebih paras bahunya terpaksa dia mendongak ke atas. Ikutkan hati malas dia mahu bersalaman dengan isterinya itu namun bila terlihat Pak Abas iaitu pemandu peribadi papa nya yang sedang berada berhampiran mereka segera dia menghulurkan tangannya pada Ariana. Dengan penuh lemah lembut Ariana menyalami suaminya.
“Aku nak ingatkan kau satu benda, jangan berani nak keluar rumah and aku tak benarkan kau bekerja. Duduk je dalam rumah ni jangan sesekali kau nak keluar tanpa kebenaran aku!” Amaran dari suaminya buat Ariana mengeluh panjang.
“tapi kenapa? Saya sayang lah nak berhenti kerja” Ariana berkata perlahan, ialah dahlah bulan lepas dia dinaikkan pangkat tapi sekarang ini dia dengan tak rela hatinya di paksa untuk berhenti kerja.
“siapa kau untuk aku ikut cakap kau? No excuse Nur Ariana, kau nak jadi isteri derhaka ke? Aku bagi amaran ni kalau kau tak dengar tahulah apa nasib kau!” tegas nada yang dituturkan Firhath dengan kasar pintu kereta Audi nya ditutup. Tersentak Ariana.
‘Mak aii main hempas je pintu kereta tu, tahulah anak orang kaya. Kalau aku nak tutup pintu kereta Myvi aku tu pun bukan main berhati- hati lagi tapi dia ni pakat redah je, tak sayang harta benda langsung’ sempat lagi Ariana membebel, tapi dalam hati jelah berani pula dia mahu melawan bapak beruang itu depan-depan, mati pulak dia kena makan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience