Ariana tarik nafas perlahan, dia sudah berada di hadapan bilik bacaan yang berada berhampiran dengan kawasan dapur, Ariana takut sebenarnya sekarang ini sebab itulah dia menjadi patung cendana yang dok tercegat di hadapan pintu sambil memikirkan tepat atau tidak keputusannya sekarang ini. “alah kau ni Ariana, penakut betul lah! Masuk jelah bukannya dia tu dracula yang boleh hisap darah kau sampai mati pun paling teruk pun dia marah-marah kau je. Kalau dia marah kau, kau balas je balik dengan lelaki macam Firhath tu mana boleh tunjuk yang kita ni lemah kena berani tau” suara hatinya cuba meyakinkan tuannya yang sedang dalam dilema dan akhirnya setelah 5 saat berlalu Ariana terus mengetuk pintu bilik tersebut.
“masuk” suara garau suaminya yang memberi arahan yang amat melegakan. Masuk dengan senyuman manis dibibir tapi suaminya itu pandang pun tidak mahu malahan masih sibuk menghadap Ipad di tangan. Lagaknya seolah-olah terlalu sibuk tanpa menghiraukan orang yang masuk ke dalam bilik bacaan itu.
“Saya ada buatkan air milo ni, minumlah” Ariana bersuara dengan nada lembut sekali, ialah takkan nak kasar-kasar pulak kan tak fasal-fasal cawan milo ni melekat dekat kepala dia dek dibaling oleh suaminya yang pasti akan mengamuk nanti.
“siapa yang suruh kau buat?” soalan Firhath buat Ariana bungkam tanpa suara, penyakit gelabah biawak dia dah datanglah ni.
“Takde siapa yang suruh tapi saya yang nak buat, lagipun awak tak makan dari tadi so saya pun buatkanlah takut awak gastrik pula nanti” balasan Ariana buat Firhath rasa berbunga-bunga pula. Eh? Dah kenapa nak berbunga-bunga pula ni brother? Dah ada cinta yang tumbuh mekar ke buat Nur Ariana.
“Kau risau ke kalau aku sakit?” fuh cepumasnya soalan suaminya ini, takkanlah Ariana nak jujur yang dia risau kalau suaminya sakit kot? Nanti nampak Ariana beria lah pula!
“Taklah, mana ada saya risau.” Ariana cuba berlagak tenang waktu itu lagi-lagi disaat Firhath merenungnya. Mak aii nak gugur dah jantung cheq ni! Ariana memang tak mahulah nak tenung balik suaminya penyudahnya dia lihat ke arah dinding tapi pipinya yang sudah kemerahan itu sudah tak mampu disorokkan lagi.
“Really? Why are you blushing? “ Firhath masih giat menyakat Ariana yang seperti mahu menyorok di bawah meja oleh kerana malu yang teramat sangat.
“Err.. Saya keluar dululah “ habis sahaja berkata begitu Ariana segera ingin menoleh ke arah pintu keluar namun tangannya di pegang oleh Firhath. Kalau tadi gugup je sekarang ini Ariana rasa seperti mahu pengsan pula!
“Jangan keluar dulu, teman aku buat kerja “ mungkin nada itu taklah selembut mana namun pada pendengaran Ariana suara itu cukup mengasyikkan hingga mampu membuatkan dirinya terasa di awang-awangan!
Share this novel
Author xnak sambung ke novel ni
Next please
best citer nie..terrbaikk..next episod yea..x sbar nk tunggu.hee