Bab 7

Romance Series 27529

“Bawa barang kau masuk dalam bilik aku sekarang! Jangan biar satu pun tertinggal” arahan dari suaminya buat Ariana pelik sendiri, apa laki dia ni kena sampuk dengan hantu raya ke? Tiba-tiba je suruh dia pindah bilik.
“Kenapa pula nak pindahkan barang saya dalam bilik awak? Eee tak nak lah saya, bilik tu pun dah ok dari kena duduk bilik awak” Firhath sudah mula panas hati mendengar balasan Ariana. Eh perempuan ni memang suka menguji kesabaran aku!
“Kau boleh tak jangan nak menjawab? Ikut jelah apa aku suruh, bukannya aku suruh kau terjun gaum pun!” marah Firhath, Ariana mencebik bibir.
“Dia ni lelaki ke perempuan? Kerja nak mengamuk macam perempuan datang bulan” sempat lagi Ariana mengutuk suaminya tapi perlahan jelah kalau Firhath dengar memang mati dia kena baling dari tingkat 3 rumah ni.
“Petang nanti Nenda aku datang, aku nak kau masak!” laung Firhath dari dapur, Ariana kan tengah menyapu sampah di ruangan televisyen itu yang lelaki itu menjerit. Ariana mengangguk faham.
‘patutlah suruh aku pindah bilik dia, nenek dia nak datang rupanya. Ish tak rasa bersalah ke jadi hipokrit!!’ Ariana berkata dalam hati sambil tangannya masih ligat menyapu sisa kotoran di atas permaidani.
“Nak masak lauk apa? Lauk kampung ok tak?” soal Ariana, alang-alang nak hantar penyapu yang tempat nya di dapur dan suaminya turut berada disitu lebih baik dia tanya. Manalah tahu Nenda Firhath cerewet orangnya malu pula dia nanti kalau menu yang di masak tak digemari.
“Ok je tapi kurangkan garam sikit air pun jangan manis sangat dia ada darah tinggi dengan kencing manis”beritahu Firhath, Ariana mengangguk faham.
“Awak boleh teman saya pergi pasar?” soal Ariana lagi dia memandang Firhath yang masih dingin wajahnya.
“Nak beli apa lagi? Barang dapur dalam rumah ni dah habis ke?
Ariana terus menjawab “ Saya nak masak ikan siakap tiga rasa tapi dekat rumah ni mana ada ikan ada pun ayam je and nenas pun takde so boleh lah beli sekali” Firhath terus terfikir yang Nenda nya memang suka makan lauk tiga rasa jadi tak salah kot kalau dia bawa sahaja Ariana pergi ke pasar.
“Lagi 30 minit kita gerak, kau lambat aku tinggal!”
Ariana tersenyum senang mendengar balasan Firhath. Yahoo!! Dapatlah keluar dari rumah besar ni. Bosan teruklah si Ariana ni nak pergi pasar pun dah excited gila mana tidaknya 2 minggu dia terperap je dalam rumah!

Ariana membelek-belek botol kaca kecik yang tertera perisa vanila yang ada dihadapannya, baru dia terfikir mahu buat kuih ialah nenda datang petang kan takkan nak dihidangkan nasi kalau hidang kuih muih tu ok juga dan malam barulah dia masak lauk tiga rasa itu.
“Kau nak buat apa pewarna makanan ni semua?”
Ariana menoleh ke arah suaminya yang sedang memegang troli, ikutkan Ariana tadi dia nak bawa troli tu sendiri tapi si Firhath ni berkeras nak bawakan untuknya dan ayat lelaki itu bila diingat balik Ariana rasa nak ketawa berguling-guling pun ada. ‘Nanti orang cakap aku tak gentleman sebab biarkan perempuan yang bawa troli, dah sana biar aku bawa benda di’ disebabkan Ariana rasa harini mood Firhath baik dari biasa jadi Ariana biarkan sahaja. Orang nak buat baik takkan nak marah pulak kan?
“Nenda kan sampai petang jadi saya buatlah kuih sikit, makan petang lah senang cerita. Boleh tak saya nak buat?” Ariana membalas dan meminta izin Firhath. Yelah lelaki ni bukan boleh kira pun kalau datang angin monsun dia tu mesti dia takkan benarkan Ariana buat kuih.
“lantak kaulah Ariana, aku tak kisah pun” balas Firhath selamba, Ariana terua mengambil bahan untuk membuat kuih.
“Nur Ariana?” teguran dari seseorang buat Ariana dan Firhath menoleh ke arah figura tubuh itu. Ariana tergamam, Firhath pula sudah pandang semacam bila mengetahui lelaki yang tak dikenali siapa itu mengenal isterinya.
“Irsyad, buat apa kat sini?” Ariana terus menyoal Tengku Irsyad. Lelaki itu tersenyum kepadanya.
“Belikan barang untuk Mommy, Ariana datang seorang ke?”
Belum sempat Ariana mahu membalas Firhath sudah menyampuk. Aduh masalah dah datang!
“Dia datang dengan suami dia dan I'm her husband.” Habis sahaja menjawab soalan itu dia terus bersalaman dengan Irsyad tapi tahap teruk tu habis digenggam tangan Irsyad dengan kuat sekali bagai memberi amaran. Oii Firhath kau cemburu ke? Suara hatinya memulakan sesi nak sedarkan diri.
Mana ada aku jealous! Aku Cuma tak suka lelaki yang cuba kacau bini aku, bagi aku kalau dah ada suami no need untuk rapat dengan lelaki lain sebab aku tak nak jadi lelaki dayus. Come on lah dengan lelaki ni aku nak jealous memang tak lah dahlah tak hensem. Akal Firhath menentang semua itu. Ikut kaulah Firhath takde siapa nak marah pun kalau kau nak cemburu atau tak! Ada akal lu fikirlah sendiri apa yang lupa rasa.
“Sayang… ada apa-apa lagi ke nak beli?” soal Firhath pada Ariana, wajah Irsyad sudah berbahang mana tidaknya dahlah tangan dia dah merah habis sekarang ni namun lebih menyakitkan bila mengetahui Ariana sudah menjadi milik orang. Dia cintakan Ariana namun wanita itu tak pernah anggapnya lebih dari seorang kawan.
“Err… dah takde dah rasanya” Ariana membalas dengan tergagap-gagap. Mana tidaknya Firhath tenung dia dan paling Ariana rasa nak pengsan bila tangan Firhath elok terletak di bahunya. Makin penasaran lah Irsyad melihatnya.
“Oklah Irsyad saya balik dulu, assalamualaikum” pamit Ariana dan dengan kasar tangannya ditarik oleh Firhath. Aduhai matilah Ariana kena tadah telinga balik ni!

“so lelaki tadi tu kekasih kau ke? Haha sesuai sangat dengan perempuan macam kau ni” ayat sindiran yang Ariana dapat sebaik sahaja dia memasuki kereta. Tapi Ariana tak kisah pun telinga dia dah disedekahkan untuk mendengar segala kata-kata hina dari Firhath senang cerita Ariana tayang muka tembok!
“Dia bukan kekasih saya” perlahan Ariana membalas. Memang itu lah jawapan betulnya mana pernah lagi Ariana bercinta walaupun dia tahu Irsyad sukakan dia tapi dia tak pernah anggap lelaki itu lebih dari seorang kawan dan majikannya.
“Kau fikir aku percaya? Whatever! Tapi aku tak nak kau rapat dengan dia lagi, ingat sikit kau tu dah berlaki jadi jangan nak menggedik sangat. Aku dapat tahu kau ada apa-apa hubungan lagi dengan dia hidup kau takkan aman. Kau dengar tak ni?” dengan tegas Firhath memberi amaran. Alahai jealous tapi tak nak mengaku macam biasalah ego dah tepu kan!
“As your wish, Firhath Hazim!” sindir Ariana, amboi dah pandai nak melawan Firhath sekarang kalau dahulu dah macam singa kau anggap Firhath ni!
Ariana terus memblock nombor Irsyad, akaun instagram dan fac nya juga dilakukan benda yang sama. Dengan muka bangga Ariana menunjukkan bukti dia takkan mendekati Irsyad lagi.
“Ada apa-apa lagi yang saya kena buat? Mana lah tahu awak suruh saya pakai purdah pula bila nak keluar lepas ni” sindir Ariana lagi sekali. Betul apa yang Ariana cakapkan, cara Firhath layan dia macam benci sangat tapi bila dia berbual sikit dengan Irsyad pun boleh satu masalah! Tak faham Ariana dengan seorang lelaki yang bernama Firhath Hazim ini.

“Nenda!” Jerit Firhath.
Pintu dibuka untuk menyambut kedatangan nenda tersayang. Firhath dan Ariana bersalaman dengan wanita itu.
“Ohh, inilah Ariana. Cantik juga orangnya” puji Hajah Fatimah.
Ariana hanya tersenyum kelat. Firhath pula sudah mula menyampah mendengarnya.
“Biasalah nenda, tengok suami dia lah handsome ke tak” Firhath lantas berkata sambil memeluk bahu Ariana seraya melebarkan senyuman manja kepada isterinya. Ariana tersentak dengan perbuatan Firhath yang berlakon bersikap baik terhadapnya di depan nenda.
‘Allahu’ Ariana mengucapkan di dalam hati. Dia terasa dirinya dipermainkan. Dia mahu menangis saat itu, namun senyuman yang dikuntumkan menghalang air matanya daripada gugur.
‘Alangkah indahnya jika Firhath benar bersikap begitu terhadapnya’ rintih Ariana di dalam hati.
“Nenda dah makan? Arin dah siapkan makanan. Jomla kita makan sekali. Abang, ajakla nenda makan” Ariana bersuara.
‘Abang?’ Firhath meneguk air liur.
‘Dia panggil aku abang?. Hati Firhath berkocak tatkala Ariana menggelarkan dirinya abang.
“Haa, jomlah nenda. Nenda kena rasa masakan isteri Fir. Sedap tau!” Firhath memuji isterinya, Ariana sudah mencebik ‘masakan aku pun kau tak pernah makan! Hipokrit betul'
“Tula, tengok saja pun dah rasa sedap, belum lagi makan. Kan Arin?” Nenda terus berkata begitu.
“Haha, nenda ni belum cuba lagi dah kata sedap. Apa kata nenda makan dulu, ha baru tau sedap ke tak sedap” jawab Ariana, dia senang dengan wanita itu jadi memang mudah rapatlah. Dia seakan akan sudah biasa dengan wanita itu. Firhath melihat keakraban Ariana dan nendanya. Mereka seakan akan mempunyai Chemistry yang baik. Nendanya sangat sukar untuk beramah dengan orang yang tidak dikenalinya. Tetapi berbeza pula dengan Ariana. Mereka seperti sudah kenal lama!
‘Oh shit, malam ni kena tidur sekali. Kalau tak mampus kena siasat dengan nenda’ Ammar berkata di dalam hati.
‘Jaga iman, jangan sampai tersentuh dia!’ hatinya berkata. Tembok keegoan yang masih belum runtuh lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience