Bab 11

Romance Series 27529

Terencut-encut kaki Ariana di saat mahu menapak keluar dari kereta suaminya, Ariana buat perangai keras hati dan sombong tak bertempat, beria Firhath mahu menolongnya tadi tapi dia buat tak tahu sahaja.
"Kau ni memang degil kan? Kaki dah sakit macam tu pun nak sombong lagi!" bebel Firhath, mereka sekarang ini berada di rumah ibu bapa Firhath, sewaktu dalam perjalanan tadi beria Ariana menolak untuk duduk di rumah keluarga mertua nya tapi faham sahajalah suaminya ini yang suka ikut kepala sendiri. Kaki sakit, hati sakit perasaan pun tersiksa full package Ariana dapat!
"Ya Allah, Fir! Kenapa dengan kaki isteri kamu ni?" soal Dato Halil dengan riak wajah yang mula risau. Firhath sudah menyampah melihat papanya yang terlalu memanjakan Ariana itu.
"Kena kaca pa, jangan risau sikit sahaja ni" balas Ariana sambil tersenyum, terus tangan Dato Halil yang duduk di atas sofa itu di salamnya.
"Macam mana boleh kena kaca pula ni, dah pergi klinik ke belum ni?" Dato Halil menyoal lagi, surat khabar yang dibacanya tadi di letak di atas meja.
"Baru balik klinik lah ni pa" balas Firhath pula, bagasi dia dan Ariana diletakkan di tepi dahulu sementara dia mahu menyalam papanya.
"Hmm baguslah kalau dah pergi. Kamu duduk sini lah Arin, kalau duduk banglo atas bukit tu kan susah, dahlah duduk seorang pulak tu" Dato Halil terus memberikan cadangan. Ariana memandang suaminya yang turut sama memandangnya juga.
"Tapi...." belum sempat Ariana mahu membantah Dato Halil bersuara lagi.
"Fir, dukung isteri kamu bawa naik atas. Bagi dia rehat jangan banyak gerak sangat nanti makin sakit kaki tu" habis merah padam wajah Ariana mendengar arahan bapa mertuanya namun apalah daya dia nak menghalang dia saat kaki yang tengah sakit ni dan akhirnya dia relakan sahaja dirinya dikendong oleh suaminya.

“Awak tolong bentangkan tilam, boleh?” Ariana bertanya, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam waktu untuk Ariana tidur.
“Eh kenapa pulak nak bentang tilam?”Firhath menyoal Ariana pula, aduhai Firhath ni buat tanya pula takkanlah dia tak ingat tempat rasmi Ariana jika balik ke rumah keluarganya takkanlah Ariana nak tidur dekat atas katil dengan Firhath kot.
“Awak juga yang cakap tak nak tercemar katil awak dengan perempuan macam saya ni, takkan tak ingat kot?”sindir Ariana, barulah Firhath faham dia akui dia salah tapi sekarang ni dia takkanlah nak membiarkan Ariana tidur di bawah dahlah kaki isterinya itu tengah sakit!! Dia taklah kejam sangat masih ada rasa berperikemanusiaan lagi.
“shuh jangan ungkit hal lama lagi, sekarang ni kau tidur je dekat atas. Tempat isteri kan disisi suami” ternganga mulut Ariana mendengar nya, Firhath ni pelik semacam takut pula Ariana jadinya. Erk!! Seriously Ariana rasa dia bakal tak bernafas dengan stabil. Dan paling tak disangka Firhath mendukungnya lalu dibaringkan di atas katil, tidak!!
“Dahlah kau tidur je, goodnight” walaupun nada suara itu masih tegas seperti selalu namun Ariana tetap rasa terbuai dengan perasaan yang sangat indah maklumlah Firhath versi caring sangat payah nak jumpa. Tidur dengan senyuman lah Ariana malam ini!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience