Bab 12

Romance Series 27529

Seminggu sudah berlalu, kaki Ariana juga sudah beransur pulih dan sekarang ini dia masih berada di rumah keluarga suaminya. Firhath macam biasalah waktu-waktu macam ini sudah lesap ke pejabat, Ariana pula dah bosan tak terkata. Kemas dapur dia dah buat, sapu sampah pun sudah. Apa lagi yang dia boleh buat? Nak keluar menyiram bunga kat luar pun memang merepek sangatlah sebab hujan lebat diluar. Kalau dia tahu dia akan lama menetap di sini memang dia bawa sekali novel Sayang Budak Jahat yang baru separuh dibacanya. Ariana segera menaiki tangga untuk menuju ke bilik suaminya, ruang bilik itu memang besar sangatlah kalau nak dibandingkan bilik Ariana masa di rumah sewa dulu memang jauh beza sangatlah 3 kali ganda besar lagi bilik Firhath. Anak orang kaya kan, biasalah tu!
Kemudian, kakinya melangkah mendekati katil bersaiz king itu. Tidak berani untuk menyentuh. Mana la tahu dia pasang cctv dalam bilik ni. Mampus aku kena lanyak kang.Langkahnya diteruskan ke bilik wardrobe. Banyak gila barang dia. Kasut sneakers berbagai warna dan jenama tersusun rapi. Banyak gila kasut dia. Kasut aku ada empat pasang ja. Satu sandals. Satu selipar. Satu untuk ke kerja dan satu untuk joging.Kebanyakan baju lelaki itu warna hitam dan putih. Mentang mentang muka cerah huh. Amboih! Mengutuk. Arhh dia bukan tau pon. Ariana memandang baju Firhath yang tergantung. Baju hoodie lebih banyak dari baju biasa. Malah masih ada hoodie yang masih dalam plastik .
Matanya dilarikan ke arah suatu tempat. Mak aii banyaknya jam. Buat koleksi ke apa. Bisik Ariana dalam hati. Nampak sangat duk tengah hutan Ariana ni. Macam tak pernah tengok ja gayanya. Baru keluar hutan kut.Tangannya menutup perlahan bilik wardrobe. Kaki melangkah ke tengah bilik. Ermm apa lagi erk?Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah bilik. Mungkin bilik rahsia Firhath. Dia selalu melihat Firhath masuk dalam bilik ini. Tetapi dia tidak berani bertanya. Kalau dia menyibuk nanti memang mendapatlah maki hamun. Huh garang tak bertempat .
Kakinya terus diayun ke bilik itu. Teragak agak dia mahu masuk. Syaitan mula berbisik. ‘Masuk jelah. Dia bukan ada pun’. Tangannya terus memulas tombol pintu. Bilik yang sederhana besar terpampang di depan mata. Bilik itu seperti perpustakaan mini. Terdapat sebuah meja yang dipenuhi kertas dan sebuah mini sofa. Bilik itu dipenuhi puluhan buah buku, atau ratusan mungkin tapi buku dia situ semua membosankan hanya isu bisnes sahaja.
Airen melihat bingkai gambar Firhath di atas meja. segak berpakaian suit pejabat. Handsome betul suaminya itu Airen tersengih. Matanya memandang sekeliling bilik itu.
Matanya terhenti pada bingkai gambar yang elok tergantung pada dinding. Gambar suaminya dan arwah Nina, sedondon berpakaian berwarna biru. Mereka berdua nampak serasi sangat. Bila teringat tentang Nina automatik Ariana kembali rasa sebak, dan otaknya pasti akan terimbau kenangan-kenangan lama.
Lamunan Ariana mati apabila suara garau memetir kuat. Mampus aku awal pulak dia balik hari ni. Kan aku dah kata dia pasang cctv. Jantungnya berdebar hebat. Badannya dipusingkan takut takut mengadap lelaki itu. Kepala ditundukkan memandang lantai. Gaya macam nak kena hukum pancung.
“Siapa benarkan kau masuk dalam bilik ni” kata Firhath. Matanya menikam wajah kecut isterinya. Dasar!!
“Tak. Saya tak sengaja” balasnya. Jelas getaran pada suaranya. Mata masih memandang lantai. Tak berani untuk mengangkat wajah kerana dia tahu Firhath sedang merenungnya dengan tajam.
“Melampau kau eh. Masuk bilik orang suka hati. Kau ingat kau mem besar alam rumah ni. Lepas pembunuh nak jadi pencuri pulak. Dasar tak kenang budi!! Aku tunggu masa je nak halau kau dari rumah ni. Kau ingat kau tu siapa! Sekarang kau keluar!! Keluar dari bilik ni! Jangan berani nak masuk dah lepas ni!! Bilik aku, hak aku!!” Jerkahnya kuat. Terangkat bahu Airen kerana terkejut. Kakinya bagai terpaku pada lantai. Air mata sudah bertakung.
“Aku kata keluar, KELUAR LA!!” tubuh Airen ditolak kasar keluar dari bilik tersebut. Dia merengus kasar. Dadanya berombak kencang menahan marah. Jika negara ni tak ada undang2, mahu saja dia bunuh perempuan tu. Lagipun dia bukan lelaki dayus yang memukul perempuan.
Pintu bilik rahsianya dihempas kuat.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-18 19:30:01 

hi...x update chapter lg ker...lama i'm waiting


NovelPlus Premium

The best ads free experience