BAB 9

Romance Series 27529

Resipi mudah dan ringkas, spaghetti carbonara! Maklumlah tekak suaminya itu tekak orang putih, berbeza langsung dengan Ariana yang lebih menggemari makanan kampung. Patutlah selama ini apa yang dia masak Firhath tak makan, tak kena citarasa lah kononya! Semalam Nenda sudah pulang ke kampungnya di Kelantan.
Deruman enjin kereta yang dimatikan di porch luar rumah menarik perhatian Ariana. Juadah makanan yang bertemakan western sudah siap terhidang di atas meja. Cepat-cepat dia mengeluarkan jag dari fridge dan diletakkan di atas kaunter. Kemudian kaki diatur ke ruang tamu untuk menyambut kepulangan Firhath. Misinya untuk memikat hati Firhath sudah bermula!
Tips yang pertama, apabila si suami pulang ke rumah sambutlah dia dengan senyuman manis. Berikan kucupan dan pelukan agar si suami merasa tenang tapi Ariana tak mahulah buat semua itu cukup dengan Firhath merasai air tangan nya.
“Baru balik ke?” Soal Ariana bersama senyuman manis. Beg bimbit ditangan lelaki itu diambil tanpa sempat Firhath menahan. Firhath memandang aneh.
“Kau nampak aku macam baru nak pergi ke?”
Pft! Ariana tersengih kelat. Bijak kau Ariana. Bijak sangat. Soalan paling bijak yang pernah kau tanya setakat ni. Kawal lah sikit Ariana oi! Marahnya di dalam hati.
“Saya ada masak makanan favourite awak! Kita makan sama aae?” Ariana bertanya sambil tersenyum, lantaklah Firhath nak kata dia buang tabiat ke dia tak kisah langsung. Firhath malas mahu membantah yelah perutnya pun tengah berkeroncong sekarang ini jadi memang malaslah dia nak bergaduh dengan si Ariana ni!
“Aku nak mandi dulu, kejap lagi aku turun makan”
Ariana tersenyum mendengar balasan suaminya, dah nak berjaya dah ni harapnya spaghetti tu kenalah dengan citarasa tekak dia. Tapi itulah aku pula yang tak lalu nak makan, tekak aku ni tekak orang melayu kalau takde sambal belacan atau apalah yang pedas memang tak bestlah dan nasi lagilah penting. Jaranglah nak makan spaggheti ni semua tapi nak buat macam mana dapat laki yang agak kebaratan cara pemakanannya terpaksalah Ariana tabahkan tekak nak makan nanti.

“Boleh tak esok saya nak keluar sekejap?” Ariana mencuba nasib, wajah Firhath yang sedang menikmati makanan itu ditenung dengan penuh pengharapan.
“Nak pergi mana? Dengan siapa? Penting ke?” Firhath bertanya seperti seorang anggota polis yang sedang buat siasatan. Amboi cara tanya macam risau je, hatinya berkata namun otak mengendahkannya. Mana ada risau aku cuma tak nak dia lari dari aku lepastu mesti papa akan mengamuk kalau dapat tahu menantu kesayangan dia hilang. Alasan! Kalau Ariana tu nak lari tak payah nak tunggu sekarang masa kau pergi Johor haritu dia dah boleh sangat nak lari tau! Huh ego je Firhath ni.
“Tak pasti lagi nak pergi mana, pergi dengan cousin saya, Elena. Penting sangat-sangat sebab kitorang dah lama tak jumpa lagipun dia duduk singapore so susah sangatlah nak jumpa itu pun kebetulan je dia ada kerja dekat sini. Boleh la ya? Saya janji takkan balik lewat, awak janganlah risau sangat.” Balas Ariana panjang lebar, kalau tak dapat keluar lagi memang eloknya Ariana buat karangan 1000 patah perkataan lah dengan 100 alasan dia mahu berjumpa Elena. Susah sangat Firhath ni macam duduk dalam penjara sahaja Ariana ni!
“mana ada aku risau, jangan perasan sangatlah perempuan!”balasan Firhath Ariana sudah biasa sangat mendengar balasan sinis macam itu dah lali telinganya ini.
“Terima Kasih sebab izinkan, bolehlah saya ambil kereta saya sekali” ucap Ariana dengan teruja. Rindu pada Elena dan kereta Myvi kesayangannya!
“No need nak suruh cousin kau ambilkan kereta tu. Hari ahad petang kau ikut aku pergi ambil kereta” dan Ariana tergamam mendengar ayat itu. Betul ke lelaki di hadapannya ini Firhath Hazim? Lain macam sangat perangainya, bersyukur jelah Ariana suami kau yang terlebih baik ni nak menolong.
“Betul ke ni? Awak tak main-main kan?” Ariana menyoal minta kepastian tapi wajahnya memang nampak gembira sangat sekarang ni.
“Kau ada nampak aku macam main-main ke? Tak kan. Dah jangan banyak tanya,lebih baik kau diam sebab kalau aku rimas aku boleh ubah fikiran” walaupun nada itu sarkastik Ariana tetap bersyukur. Tak sia-sia dia masakkan spaghetti istemewa untuk Firhath!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience