Ariana menhidangkan semangkuk bubur dan air suam di atas dulang, belum sempat dia mahu menaiki tangga untuk menuju ke bilik suaminya telefon rumah berdering minta diangkat, di letakkan dulang yang dibawanya di atas meja berhampiran. Telefon segera diangkat.
“Assalammualaikum. Ni Ariana isteri Firhath” Airen memperkenalkan dirinya.
“Waalaikummussalam, Arin ni papa. Firhath ada?” Dato Halia rupanya mesti bapa mertuanya mahu bertanya mengapa Firhath tidak datang ke pejabat.
“Ouh papa rupanya, Firhath demam lah Papa. Ada apa-apa yang penting ke Papa nak cakap dengan dia?” Ariana terus menyoal bapa mertuanya, manalah tahu ada hal mustahak.
“Patutlah tak datang office, demam rupanya. Teruk sangat ke demamnya?” Dato Halil bertanya dengan nada risau, ialah si Firhath ni memang payah nak demam tapi bila dah demam memang teruklah jadinya.
“Alhamdulillah dah kebah sikit dah ni Pa, ini pun Arin nak bagi dia makan. Ada apa-apa lagi ke Papa nak cakap? Kalau takde apa lagi Arin nak letak dulu, takut perut Firhath masuk angin pulak ialah dari semalam tak makan” balas Ariana, telefon itu ditutup setelah habis berbicara dengan Dato Halil. Dulang yang diletakkan di atas meja diambil dan dibawa naik ke atas.
Seminggu kemudian, kesihatan Firhath sudah pulih sepenuhnya. Lepas sahaja peristiwa Ariana menjaganya itu hubungan mereka masih tetap sama kaku dan dingin. Setiap hari Ariana masak untuknya namun makanan itu tak langsung disentuhnya dan penyudahnya semua lauk itu disedekahkan kedalam tong sampah mahu Ariana tak kecil hati dahlah melakukan pembaziran oleh kerana perangai suaminya itu dan sejak hari tu Ariana hanya masak sedikit sahaja.
Firhath bergerak menuju ke daun pintu sambil menarik luggage. Selama dua hari ini dia harus ke Johor Bahru untuk membuat appointment dengan pengurus tapak projek di sana. Dan selama itu juga kepala otaknya bakal tenang. Aman tanpa adanya Ariana! Tombol pintu dipulas dari dalam. Seketika kemudian terpacul figura bertubuh kecil yang turut kaget melihatnya. Gadis itu juga nampak gayanya baru keluar dari kamar tidur. Sama sepertinya.
“Err… Awak nak pergi dah?” Ariana tersenyum halus. Matanya jatuh melihat luggage besar di tepi kaki Firhath. Besarnya beg… Kata nak pergi 3 hari je tapi beg bagasi besar serupa nak duduk sana terus. Soalan Ariana didengar sepi tanpa bersambut. Dijeling gadis itu sekilas sebelum berlalu selamba ke anak tangga. Langkahnya turut dibuntuti Ariana dari belakang. Firhath bereaksi biasa.
“Kalau papa tanya saya macam-macam, saya nak jawab apa?”
“Papa tahu aku pergi tengok site plus bersemuka dengan pengurus. Kau tak perlu ambik tahu apa-apa. Duduk diam-diam dalam rumah.” Jawab Firhath sambil memasukkan luggage ke dalam but kereta. Kaca mata hitam yang tersangkut di tulang kolar kemeja putih dikenakan pada wajah.
“Bila awak balik sini?”
Soalan Ariana menarik perhatian Firhath. Terus sahaja dia membalikkan tubuh memandang gadis itu dengan keriutan di dahi. Tubuh disandarkan sebentar di but kereta sambil kedua-dua belah tangan memeluk tubuh.
“Aku salah dengar ke?”
“Saya tanya je.”
Firhath tergelak sinis. “Tak payah acah macam isteri mithali lah Nur Ariana. Berapa kali aku nak ingatkan kau, jangan masuk campur hal aku?”
“Saya Cuma nak tahu sebab kalau awak balik awal, boleh tak kalau awak bawa saya ke rumah sewa? Saya nak ambil kereta saya dekat sana. Tapi kalau awak tak lapang, saya boleh pergi sendiri. Saya-“ belum sempat Ariana habiskan bicaranya Firhath sudah menyampuk
“No!”
Bibir digigit. “Tapi awak… Saya-“
“You hear me right? Kau nak aku pakai bahasa keling paria baru nak faham ke apa?” Soal Firhath kasar.
“Saya nak ambik kereta saya je.” Ariana mencuba nasib sekali lagi.
“Kereta konon… Kau nak larikan diri daripada aku kan sebenarnya? Sebab kau dah tak sanggup duduk dalam rumah ni, that’s why kau bagi alasan lapuk macam ni untuk lepaskan diri. Bravo Ariana, bravo!” Kedua-dua belah tangan ditepuk dengan lagak gaya terpegun.
Ariana menarik nafas panjang. Cuba menenangkan diri sendiri. “Saya Cuma minta untuk ambil kereta je. Kalau awak tak boleh hantarkan, saya boleh minta papa temankan saya…”
Tak guna! Khairul menyumpah. Ariana sudah pandai mahu menggunakan nama papanya itu. Dia tahu, kalau dengan Dato Halil, memang papanya itu dengan senang hatinya melepaskan Ariana. Apa yang boleh dia buat lagi selepas itu? Tiada apa.
“Boleh tak?” Senyuman manis terpampang di wajah gadis itu.
Nafas ditarik dalam-dalam. Kaca mata dilonggarkan dari wajah sebelum matanya tertunak redup di dalam mata Ariana. Didekatkan tubuhnya mendekati Ariana sambil berbisik halus di halwa telinga gadis itu.
“Kau dengar sini sayang…” Kedua-dua belah bahu Ariana dipegang.
“-Selangkah kau keluar dari rumah, memang neraka tempat kau. Kasi hadam dalam kepala hotak.”
Ciuman tidak berperasaan dihadiahi di tepi dahi gadis itu sebelum dia mula berlalu bersama ngauman BMW. Sekelip mata sahaja bayang kereta mewah berwarna merah garang itu lesap. Meninggalkan Ariana yang masih tercongok kaku dengan wajah pucat lesi tidak berdarah
Share this novel