Selesai sahaja memasak nasi goreng ayam Ariana terus duduk di ruang tamu, hari ni masuk 3 hari Firhath tiada di rumah dan sejujurnya Ariana rasa kebosanan yang teramat mana tidaknya duduk dalam rumah besar macam ni seorang diri pula tu siapa je yang tak sunyi part sunyi tu kira oklah tapi bila otaknya tiba-tiba teringat segala jenis cerita hantu yang pernah ditontonya di kaca televisyen lagi la dia takut dan penyudahnya dia tidur di atas sofa kononya hilang sikit rasa takut dari kena tidur dalam bilik seorang diri. Hampir 15 minit juga baru dia selesai makan nasi goreng sambil menonton drama, macam biasalah drama pukul 7.
Ting Tong
Bunyi lonceng rumah menggamit perhatian Ariana.
“Siapa pula yang datang waktu macam ni?” Ariana berfikir sendiri, tudung yang terletak elok di atas sofa di ambil manalah tahu yang datang berkunjung itu lelaki jadi tidak adalah dia buat tayangan percuma pula nanti. Pintu rumah dibuka dan terjengul wajah seorang lelaki yang Ariana tak pernah kenal, lelaki itu berpakaian pejabat.
“Ya Encik, cari siapa ya?” soal Ariana, lelaki itu terus senyum pada nya. Musykil pula dia bila lihat riak wajah lelaki itu seperti sudah mengenalinya.
“Ariana kan? Saya Hariz, kawan suami awak” Hariz memperkenalkan diri, Ariana mengangguk faham. Kawan Firhath rupanya, tapi tak sangka pula dia kenal aku.
“Ouh ya, by the way ada hal apa ya? Firhath pun takde kat rumah dia outstation” Ariana terus menyoal sebab kedatangan Hariz kerumahnya.
“Sorry lah kalau ganggu but Firhath suruh hantar dokumen ni ke sini”
Ariana mengangguk dan terus mengambil dokumen yang Hariz beri padanya.
“Oklah Ariana, saya pulang dulu. Assalamualaikum” pamit Hariz lalu terus melangkah ke arah kereta Audi nya.
‘Cun betul bini Firhath tu, haihlah Firhath perempuan sebaik Ariana tu pun kau tak harga’ sempat lagi Hariz memuji Ariana tapi dalam hati sahajalah lagipun dia cakap begitu pun masa sudah masuk dalam kereta tapi sebagai seorang lelaki dia memang tahu Ariana cantik. Hidung mancung kulit putih dan pandai menjaga batas aurat dan pergaulan. Namun nak buat macam mana Firhath tak nampak semua itu, doa sahajalah agar ada kebahagiaan buat mereka berdua!
Luggage di dalam but dikeluarkan. Firhath merenggangkan otot di bahunya sesaat. Satu tubuhnya terasa lenguh kerana hampir 3 jam dia memandu dari Johor ke Kuala Lumpur tanpa henti. Kalau lah papa tak paksa dia balik hari ini juga, memang seminggu dia duduk di sana walaupun urusan kerjanya sudah selesai kelmarin. But kereta ditutup. Baru sahaja dia ingin menarik luggage, anak mata hazelnya menangkap arah sliding door berhadapan pool yang terkuak luas. Firhath mengerutkan dahi. Perempuan ni tak tidur lagi ke? Bukak luas-luas sliding door tu sebab nak jemput nyamuk tiruk segala mak bapak moyang nyamuk masuk ke macam mana? Luggage ditarik sehingga ke pintu utama. Baru sahaja dia ingin memasukkan kunci pada lubang, pintu dibuka dari dalam. Terpacul wajah jernih yang tersenyum nipis melihatnya. Firhath menjongket kening.
“Kau apesal? Ni, asal tak tidur lagi?
Soalan Firhath dibiarkan tidak berjawab. Kedua-dua belah tangan dihulur ke hadapan tanda ingin menyalami lelaki itu. Firhath yang melihatnya bereaksi janggal.
“Apanya?”
“Nak salam…”
“Mangarut lah kau…” Balas Firhath tanpa nada lalu selamba menarik masuk luggage masuk ke dalam rumah. Tidak diendahkan Ariana yang terkutik setempat memerhatikan tindak-tanduknya. Punggung dilabuhkan di loveseat. Penatnya memang tidak terkata.
“Awak nak air? Nak makan tak? Saya boleh buat kan…” Soalan bertalu-talu Ariana menerbitkan persoalan dibenak Firhath. Mata yang sudah terpejam dibuka sedikit. Gadis itu sudah pun mendapatkan tempat di sisinya. Hairan, kenapa Ariana berperilaku seperti ini?
“Kau kena sampuk ke?” Soalnya dengan dahi berkerut.
“Hah? Kenapa pula?” Ariana menyoal polos.
“Perangai kau pelik.”
Tawa besar Ariana pecah. Firhath yang melihatnya mengerutkan dahi. Dah lah perangai pelik, lepas tu gelak tanpa sebab. Sah lah budak ni memang bakal jadi penghuni tetap hospital mental.
“Salah ke saya ambil berat? Awak kan baru balik. Mesti penat, kan?” Kata Ariana. Hatinya sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia sudah mampu berbual seperti ini dengan Firhath walaupun bahasa yang digunapakai lelaki itu kasar dan agak menyakitkan hati. Wajah lembut itu direnung. Penat tak penat belakang cerita masalahnya dia pula yang tidak selesa dengan gadis ini. Dulu elok-elok penyegap sekarang riuh macam murai. Murai pun angkat bendera putih.
“Err… Suka hati kau lah, perempuan.”
“Saya ada masakkan lauk lemak ketam, awak lapar tak?”
“Aku dah kenyang.” Balas Firhath tanpa nada
“Nak minum? Saya boleh buatkan awak kopi?” Ariana menyoal lagi
“Aku tak minum kopi.” Balas Firhath lalu memicit lembut batang hidungnya dengan mata terpejam.
“Susu? Awak minum susu?” buat kesekian kalinya Ariana mencuba nasib
“Aku tak haus.” Dan masih sama balasan suaminya
“Kalau macam tu, mesti badan awak lenguh kan? Nak saya urutkan tak? Saya pandai mengurut.” Pelawa Ariana. Kali ni kalau kena tolak lagi mohon give up lah Ariana
“No need, aku taknak badan aku kotor kena sentuh dengan manusia macam kau.” Firhath menjawab selamba. Ariana tersenyum hambar. Sudah lali dengan lemparan hinaan Firhath. Keadaan di ruang itu menjadi hening seketika. Firhath membuka matanya sedikit memandang Ariana yang diam tidak bersuara. Gadis itu tunduk mengetel hujung baju tidurnya sendiri. Firhath mengukir senyuman senget sesaat sebelum kelopak mata dipejam kembali.
“Kau nak cakap apa sebenarnya? Aku bagi masav30 saat.” Tiga jari terangkat. “Kalau tidak, aku tak layan. Pendam lah sampai otak kau jadi tepu.”
Ariana menoleh memandang Firhath. “Hah? Err…”
“10.”
“Saya err… Saya risau awak marah.”
“17.” Hitung Firhath bersama mata yang masih terpejam.
“Err.. Boleh tak awak bawa saya ke rumah sewa? Saya-“
“21.”
Ibu jari digigit. “-Saya nak ambil kereta saya.”
“30.” Kelopak mata dicelik.
“Boleh tak?” Soal Ariana menginginkan kepastian. Anak mata hazel yang merenungnya dalam direnung beberapa saat sebelum dilarikan ke tempat lain. Segan.
“Penting sangat ke untuk kau?” soal Firhath dia memandang Ariana meminta penjelasan
“Penting sebab kereta tu saya beli pakai duit gaji pertama saya.” Terang Ariana sambil memandang wajah Firhath meminta simpati
“Okey.” Punggung dibangkit dari kerusi untuk ke tingkat atas. Ariana terus bangkit dari duduknya. Balasan ok itu masih tidak melegakan hatinya
“Boleh ke tak?” Ariana menyoal lagi sekali meminta kepastian
“Tengoklah dulu macam mana. Good night.” Balas Firhath bersahaja sebelum berlalu pergi. Ariana mengeluh kecewa.
Surat kewangan syarikat disemak dengan penuh teliti sebelum dia mula menurunkan tandatangan di bawah penjuru helaian tersebut. Firhath berdeham kecil. Setiap hasil stafnya harus diteliti dahulu sebelum dia mengarahkah budak department kewangan di aras 12 merekodkan data di dalam folder. Dia tidak mahu hasilnya nanti carca marba apabila dibentangkan di dalam mesyuarat. Sergahan suara garau yang entah dari mana datangnya bergempita. Dipusingkan kerusi rodanya menghadap meja kembali. Satu figura bertubuh tegap berdiri menghadap. Firhath menjeling.
“Kau takde adab ke? Tak reti nak ketuk pintu dulu? Terjah bilik bos macam syarikat bapak kau punya je.” Katanya dengan nada sarkastik. Sudah arif dengan perangai sahabatnya yang suka main aci redah saja.
“Macam tak biasa…” Hariz ketawa besar. Kerusi dihadapan meja Firhath diduduki.
“Asal muka macam orang mati bini je ni? Ada apa-apa jadi ke?” soal Hariz dengan lagak busy body. Bukan busy body sebenarnya tapi dia memang dah biasa sangat menjadi pendengar dan penasihat pada Firhath jadi bila tengok muka Firhath yang macam singa lapar tak makan sebulan faham sangatlah mesti ada yang lelaki ini runsingkan.
“Kau dah takde kerja ke? Sibuk je, syarikat ni tak bayar gaji pekerja yang suka bercakap dan makan gaji buta” sindir Firhath, namun Hariz buat tak tahu je dah biasa sangat.
“Ada, kerja nak nasihat kau lah! Aku ni berkarisma tau orangnya so aku dah settle kan semua kerja aku tadi then baru jumpa kau” balas Hariz, sempat lagi memuji diri sendiri menyampah pulak Firhath mendengarnya.
“Lantak kaulah Riz”
Hariz tergelak mendengar balasan Firhath tahu sangat lelaki itu malas mahu berbahas dengannya lagi.
“ By the way aku ada benda nak tanya kau ni, fasal…..”
Belum sempat Hariz habiskan ayatnya Firhath sudah menyampuk.
“Kalau fasal Ariana aku tak nak dengar!” Hariz sudah tayang wajah geram, mana tidaknya dia belum habis cakap lagi sudah dipotong bicaranya.
“Eh kau ni! Aku tak habis cakap lagi. Aku bukan nak cakap fasal Ariana tapi fasal Mya” mendengar bicara Hariz buat Firhath termangu sendiri. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu, Mya Inara. Gadis yang pernah mencuri hatinya namun cinta mereka berkubur bila Mya memutuskan perhubungan kerana mahu menyambung pelajaran di London. Lebih kurang tiga tahun juga dia tak bertemu gadis itu.
“Kenapa dengan Mya?” soal Firhath ingin tahu, ialah tiba-tiba sahaja Hariz bukan topik hal berkaitan Mya yang sudah lama dilupakan.
“Lagi dua minggu sekolah kita buat reunion kan, kau datang ke?” Hariz malas mahu menjawab pertanyaan Firhath sahaja sebenarnya mahu menguji kesabaran lelaki itu.
“Apa kena mengena dengan Mya? Kau ni Riz, cuba jangan cakap berbelit-belit” marah Firhath mana tidaknya si Hariz ni main tarik tali pula dengan dia.
“Ada kena mengena ok soalan aku tu, aku dengar cerita minggu depan Mya balik sini dan berita gempaknya dia datang reunion tu nanti. Kau datang tak?” soal Hariz lagi dan untuk kesekian kalinya Firhath termangu lagi.
“Pergi kot, tengoklah kalau aku tak busy” habis sahaja menjawab soalan Hariz Firhath berdehem sedikit menghalang rasa hati yang sedang bercelaru lagi-lagi bila melihat wajah Hariz yang tersenyum sinis ke arahnya. Faham sangat maksud senyuman itu dan yang nyata hati Firhath dalam dilema!
Share this novel