Bab 8

Romance Series 27529

“Eh nenda, kenapa tak tidur lagi ni, dah lewat?” Soal Ariana pada nenda yang sedang menonton televisyen.
“Belum lagi Arin. Nenda nak tengok cerita hantu ni dulu. Arin kalau dah ngantuk tidurlah dulu”
“Takpelah nenda, Arin teman Nenda jelah” Ariana berkata sambil tersenyum.
Firhath tiba tiba muncul di ruang tamu dan duduk di sebelah Ariana dan paling buat Ariana rasa mahu pengsan apabila Firhath mengangkat tangannya dan diletakkan di atas pehanya. Ariana tersentak ingin saja menarik semula tangannya, namun tangannya di pegang erat oleh Firhath.
“Nenda ni memang kalau dah mengadap cerita hantu, tak makan tak tidur pun takpa dah” Firhath bersuara lantas tersenyum kepada Ariana. Ariana pula tidak tahu membalas apa dia hanya senyap sahaja. Tiba-tiba cerita Annabelle itu memaparkan wajah hantu yang amat menggerunkan kerana terkejut dan ketakutan Ariana terus menyembamkan mukanya di dada Firhath. Tersentak Firhath namun entah mengapa dia rasa bahagia pula bila Ariana buat begitu. Seminit dua minit Ariana masih tidak mengangkat wajahnya.
“Hisy kamu ni. Dah jom masuk tidur. Arin, jom. Eh Ariana? Lahhh, dah tidur rupanya”
Ariana tertidur dan mukanya masih berada di atas dada Firhath.
“Lah, tidur pulak? Aduh macam mana ni nenda? Arin, Arin” soal Firhath kepada Hajah Fatimah sambil tangannya menggoncang badan Ariana.
“Haa apa lagi, kamu dukung lah dia masuk bilik. Itu pun taktau lagi. Dahla, nenda masuk tidur dulu ya” pamit Hajah Fatimah.
Firhath meraup wajahnya. Dia menarik hembus nafas. Ditenung wajah Ariana yang sedang tidur. Di usap usap rambut Ariana yang menutupi wajah, itulah kali pertama dia melihat rambut Ariana dan hari ni dia sendiri yang suruh Ariana untuk tidak bertudung ialah pelik pula nenda nanti sedangkan Firhath suaminya dan tiada larangan untuk Firhath melihat rambutnya. Rambut Ariana beralun dan panjang sehingga paras bahu senang cakap rambut Ariana ikal. Dia lantas bangun dan mendukung Ariana masuk ke dalam bilik.

“Ariana dan Firhath ok?” soalan Hajah Fatimah buat Ariana bungkam tanpa suara, rasa bersalah pula mahu menipu nenda tapi nak buat macam mana? Kalau jujur pun memakan diri sendiri sahaja nanti. Diluah mati bapak, ditelan mati emak! Macam itulah Ariana sekarang ini
“Ok je Nenda, kenapa nenda tanya?”
Hajah Fatimah tersenyum mendengar bicara Ariana, dia dan Ariana sudah mula rapat bagi Hajah Fatimah Ariana memang baik dan manja budak nya, oleh kerana dia tahu apa yang terjadi antara Firhath dan Ariana sekarang ini jadi tidak salah kalau dia sebagai nenda memberikan nasihat. Soalan cepumas itu saja mahu menguji Ariana!
“Nenda tahu apa yang jadi antara kamu berdua, dan itulah tujuan nenda datang sini” walaupun nada suara itu lembut Ariana sudah mula rasa ketakutan sekarang ini. Janganlah nenda seperti Datin Farina yang tak berapa suka dengannya.
“Maksud nenda?” Ariana menyoal dengan takut-takut. Tak sanggup dia membayangkan apa yang akan jadi padanya nanti.
“kenapa buat muka takut ni Arin? Haihlah nak ketawa nenda tengok, jangan risau sayang Nenda tak makan orang pun.” Sempat lagi Hajah Fatimah berseloroh, Ariana hanya tersenyum hambar.
“Nenda datang sini nak ajar kamu sikit” suara itu kembali tegas. Ajar? Fuh Ariana dah rasa lemah lutut, ajar apa pula ni? Nenda buat dia semakin berteka teki.
“Ajar apa, Nenda? Arin ada buat salah ke?”
“Betul kata Ina kamu ni memang suka menggelabah lah Arin. Nenda nak ajar kamu macam mana nak pikat hati suami kamulah, kamu ingat apa?” balasan Hajah Fatimah buat Ariana lega. Aduhai nenda bikin dia gemuruh sangat. Pikat hati Firhath? Grr Ariana rasa takkan berjaya. Apalah Ariana ni belum cuba belum tahu!
“Pikat hati Firhath? Tak nak lah Nenda, takut tak berjaya je” Luah Ariana, manakan tidak kalau masakan dia pun Firhath tak nak makan cuma malam tadi sahaja lah, itu pun kerana Nenda ada bersama kalau tidak jangan haraplah.
“Belum cuba belum tahu, Firhath tu memang la tegas dan garang sikit tapi Nenda yakin kalau kena dengan caranya pasti menjadi. Cuma Ariana kena ada usaha lah, jangan risau nenda boleh tolong bagi tips” Hajah Fatimah cuba meyakinkan Ariana. Ariana sudah mati kutu, dan akhirnya dia bersetuju sahaja.
“Senang je tips nya.” Nenda berkata sambil tersenyum penuh makna.

1- Bila si suami pulang ke rumah, sambut lah dia dengan senyuman manis. Berikan kucupan atau pelukan agar si suami merasa senang.
2- Tanyakan perkembangan dirinya agar si suami merasa anda mengambil berat terhadapnya.
3- Latih diri untuk selalu mendengar dan bertanya soalan. Tunjukkan sifat memahami kepada si suami.
4- Berikan perhatian sepenuhnya jikalau dia ingin menyatakan sesuatu kepada anda walaupun tika itu anda sangat sibuk. Si suami sukakan perhatian daripada pasangannya.
5- Tawarkan diri untuk membantu si suami jikalau dia melakukan sesuatu. Buat lah secara bersama-sama.
6- Selalu lah puji memuji si suami agar dia merasa gembira dengan pujian anda.
7- Akui perasaanya bila si suami marah. Tenangkan dirinya dan selami hatinya dengan baik.
8- Jika dia memerlukan pendapat atau sokongan anda, jawab dan layan lah dengan sepenuh hati. Jangan sambil lewa.
9- Hantar sms ‘iloveyou’ ketika si suami berada di tempat kerja agar dia akan teringatkan anda sepanjang hari.
10- Selalu tawarkan diri untuk mengurut jikalau si suami keletihan.
11- Amalkan pelukan dan ciuman setiap hari.
12- Ambil tahu tentang segala kegemarannya. Makanan atau sbg.
13- Mencantikkan diri sendiri dari luar dan dalam.
14- Bila berjauhkan, nyatakan perasaan rindu anda kepadanya.
15- Jikalau suami dalam keadaan membuak-buak marah, senyap sahaja. Tenangkan dirinya dengan kasih sayang.
16- Luang masa bersama seperti bermain apa-apa sahaja permainan.
17- Layan karenah suami
Pft! Tips memikat apa ni? Ariana melopong. Gila ke dia nak buat semua ni? Nanti Firhath ingat dia ni buang tabiat!
“Amalkan cium dan pelukan setiap hari?” Ariana meneguk air liur. Tak fasal-fasal penumbuk Firhath melekat dekat muka dia ni.
“Merepek lah tips ni… Merepek!” Komennya lagi dengan nada tidak puas hati. Ingat dia ni berani sangat ke nak buat semua tu? Hubungan dia dengan Firhath bukannya baik sangat. Esok-esok memang naya kalau dia jadi bahan ejekkan lelaki itu. Paling sadis, lelaki itu menuduhnya sebagai perempuan murahan kerana berkelakuan seperti penggoda. Euw!
‘Nenda tahu bukan senang untuk Arin tawan hati Fir. Tapi kalau kena dengan caranya, Nenda percaya Arin mampu lakukan.’
Ariana mengeluh. Tips ni bukannya nenda yang bagi tapi dia yang gatal tangan nak search di aplikasi google, Nenda hanya bagi tips masakan dan cara memasak masakan kegemaran Firhath sahaja. Kata Nenda kalau dia mampu tambat hati Firhath dengan masakan tak mustahil hati Firhath juga mampu dipikat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience