Bab 13

Romance Series 27529

Ariana mundar-mandir di kawasan dapur, jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Sejak tadi dia cuba melelapkan mata namun matanya itu tidak mahu beri kerjasama. Macam mana nak tidur kalau hati tu penuh dengan rasa serba salah? Serba salah dengan suami ni lagi perit beb masa nak tidur tu kalau tak minta maaf rasa macam buat dosa besar sangat!Macam ni lah yang Ariana rasa sekarang. Bayangkan lah tadi waktu makan malam suaminya tidak turut serta, nasiblah Ariana pandai bagi alasan pada Dato Halil sewaktu disoal tadi. Namun ketenangan yang Ariana rasa tu sekejap sahaja, semuanya musnah bila Mak Jah kata suaminya ada menghidap penyakit gastrik dan tahun lepas suaminya pernah dimasukkan ke hospital gara-gara penyakit tersebut.
‘Tak boleh jadi ni, dah berbakul-bakul rasa serba salah aku dekat Firhath tu, macam mana nak sejukkan balik hati dia yang tengah panas menggelegak tu aae?’ Ariana berkata sendiri. Idea? Waktu-waktu macam ni memang otak dia tak boleh nak bekerjasama dengan baik.
“Eh, Arin. Kenapa tak tidur lagi? Terkejut Mak Jah, ingatkan Datin lah tadi” sapaan Mak Jah dari arah belakang buat Ariana tersengih malu.
“Belum lagi Mak Jah, nak minum air itu yang turun ni” balas Ariana mesra. Dia dan Mak Jah memang kamceng sekarang, teman bebual, teman memasak dan teman membawang. Hehe Ariana pun dah boleh masuk persatuan bawang Rangers ni!
“Ouh, mana airnya? Tak buat untuk encik suami sekali ke?” soalan Mak Jah buat Ariana terfikir satu idea yang sangat bernas, air khas untuk Encik Suami. Tapi…. Firhath suka minum air apa? Nak tanya kat Mak Jah seganlah pula, mana tidaknya isteri tak tahu minuman kegemaran suami.
“Encik Firhath suka minum air milo biasanya” Mak Jah menyambung lagi, alhamdulillah Ariana sudah bersyukur sangat-sangat. Silalah berterima kasih pada Mak Jah yang telah memberikan informasi. Kalau takde Mak Jah tadi alamatnya mati keringlah Ariana di dapur ni nak mencari idea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience