“Sah”
Usai ungkapan itu maka terjalinlah satu ikatan suci antara Ariana dan Firhath. Air mata makin mengalir deras di pelupuk matanya, perkahwinan tanpa cinta bukan itu yang di mahukannya.
“Kau boleh tak jangan nak menangis dekat sini? Buat malu jelah” walaupun suaminya hanya berbisik namun nada suara itu cukup menggambarkan dia tidak disukai si suami. Dengan berat Ariana mencium tangan Firhath ketika sesi pembatalan air sembahyang dijalankan. Tepukan di bahunya terus buat Ariana menoleh segera di peluk Mak Teh nya itu.
“Anak Mak Teh dah jadi isteri orang dah, jaga diri ya Arin ingat tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri. Mak teh doakan kamu dan Firhath bahagia dunia akhirat, dahlah tak payah nangis lagi habis comot dah muka Arin” makin sebak hati Ariana mendengar ayat yang dituturkan oleh Mak Teh.
‘Kalaulah ibu dan ayah masih hidup mesti diorang takkan biarkan Arin kahwin dengan Firhath kan. Tapi ini takdir hidupku, aku harus tabah mengharunginya. Ibu… ayah Arin dah kahwin sekarang’ Ariana berkata-kata dalam hati, dia cuba tersenyum di hadapan Mak Teh yang selama ini menjaganya semenjak dia kehilangan ibu dan ayah pada usianya yang baru sahaja lapan tahun.
“Suami kamu dah panggil tu, mesti nak ajak bergambar. Kamu pergilah” segera Ariana bangun dan berjalan ke arah suaminya. Sungguh dia rasa dipermainkan sangat apabila lelaki itu berpura bahagia dengannya di hadapan tetamu. Kepuraan yang membuatkan hatinya makin sakit dengan apa yang berlaku. Nina, maafkan aku kalau aku tak mampu jadi isteri yang terbaik buat lelaki seperti Firhath. Kenangan dia dan Nina beberapa minggu lalu menerjah ruang pemikiran.
“Nina! Kirana! Aku dapat naik pangkat” dengan penuh teruja Ariana berkata pada dua orang sahabatnya. Tersenyum dua orang sahabat itu.
“Alhamdulillah, tahniah Arin. Memandangkan hari ni hari bahagia kau apa kata kita celebrate? Ok tak?” cadangan dari Nina buat Ariana mengangguk. Kirana pula hanya senyap hanya tadi sahaja dia mengucapkan tahniah kepada Ariana.
“Celebrate? Aku ok je, apa kata kita pergi bercuti? Lagipun Nina pun lepas ni dah nak kahwin so biarlah percutian kita kali ni akan menjadi kenangan yang terindah. Ira? Kau ok tak?” Ariana berkata dengan teruja, Nina mengangguk bersetuju.
“Aku ok je” ringkas sahaja balasan Kirana lalu dia terus meninggalkan Ariana dan Nina yang sedang memandang pelik ke arahnya.
“Kenapa dengan Ira tu? Nampak macam ada masalah je” soal Ariana pada Nina, yelah takde angin takde ribut tiba-tiba Kirana tayang wajah cemberut.
“Gaduh dengan boyfriend kot, alah dia tu kau jangan risau sangat esok lusa eloklah. Ha ni, kita nak pergi bercuti dekat mana?” Ariana mengangguk mendengar kata-kata Nina kerana kenal sangat perangai si Kirana yang selalu sangat badmood itu.
“Langkawi? Ok tak?” soal Ariana, dia memang tak pernah lagi pergi ke sana jadi apa salahnya kalau kali ini dia tak lepaskan peluang bergembira bersama sahabat.
“ok sangatlah tu dapatlah aku throwback kenangan aku berjumpa dengan Firhath” balas Nina dengan gembira.
“Amboi bahagianya, orang ada tunang lainlah aku ni forever alone!” usik Ariana dia sudah tersengih dapat mengusik si Nina yang sudah tayang wajah cemberut.
“Eh kau ni Arin, forever alone apanya. Si Irsyad CEO syarikat tu berkenan kat kau, tapi kau tu pula jual mahal” Ariana dah tahu pasti isu dia tak layan si Tengku Irsyad tu jadi masalah. Bukannya apa kalau boleh dia tak nak berkahwin dengan keturunan Tengku atau Tuan atau apa-apa sahajalah yang mempunyai pangkat kerana takut dia tidak mampu menjadi wanita yang sempurna buat keluarga yang terhormat seperti itu. Dia hanya gadis biasa.
“Bukan jual mahal lah, aku cuma tak terbuka hati nak terima mana-mana lelaki. Ada jodoh adalah” sangkal Ariana ringkas, Nina hanya menggeleng mendengar jawapan Ariana.
Seminggu kemudian,
Mereka sudah mahu bertolak menuju ke Langkawi tapi itulah Kirana tidak mahu turut serta kerana perutnya sakit maklumlah bila awal bulan ni kena bendera merah itulah senggugut datang menyerang. Jadi hanya Ariana dan Nina sahajalah yang pergi makan angin di Langkawi.
Suasana di dalam kereta Honda Jazz itu sangat sunyi hanya kedengaran bunyi DJ yang sedang berceloteh itu ini.Keadaan Ariana dan Nina sangat janggal waktu ini seumpama mereka tak kenal antara satu sama lain pula.
"Arin kalau aku ada buat salah dengan kau maafkan aku aae?Yelah takutlah tak sempat nak mintak maaf"kata maaf dari Nina buat Ariana rasa sebak sangat sungguh Ain tak pernah melakukan kesalahannya.
"Nina kau tak pernah buat salah dengan aku sebaliknya aku yang patut minta maaf sebab pernah simpan hati dekat Firhath tapi sumpah Nina aku betul-betul tak tahu kau dengan dia tunang masa tu hinggalah kau bawa aku jumpa dia."luah Ariana kesal alangkah terkejutnya dia bila Nina hanya tersenyum sahaja mendengar pengakuannya.
"Aku dah tahu Arin kau jangan risau aku tak salahkan kau pun"Dengan tenang Nina berkata,Ariana rasa lega sedikit takutlah juga Nina bertukar jadi hantu bila dapat tahu dia pernah sukakan Firhath
"Arin kalau jadi apa-apa dekat aku tolong jaga Firhath untuk aku boleh?Janji dengan aku please?"soalan dari Nina itu buat Ariana rasa sedih sangat tolonglah dia tak ingin kehilangan seorang sahabat yang sangat baik dengannya.
"Nina tolong jangan cakap benda merepek insyaAllah takkan jadi apa-apa kat kau.Next week kau dah nak nikah pun jangan fikir negatif please"pantas Ariana menyangkal tidak mahu Nina terus menerus berfikiran negatif.
"Ya Arin aku tahu tapi untuk sekali ni je janji dengan aku?please.."rayu Nina. Entahlah sejak dua menjak ini hatinya rasa tidak tenang sangat.
"Aku janji Nina"senafas ayat yang dia tuturkan.Tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah hadapan mahu melanggar kereta mereka dengan pantas Ariana cuba menekan brek namun brek langsung tidak berfungi dan.....
BUMM!!!
Mengucap panjang Ariana bila teringat kejadian itu. Ya, dia pernah menyukai Firhath dari zaman sekolah namun tiga bulan yang lepas baru dia mengetahui bahawa Nina ialah tunang kepada Firhath. Nina memang perahsia orangnya, dia masih ingat lagi kata-kata Nina hingga kini ‘aku bukannya tak nak beritahu kau tapi kalau kecoh-kecoh lepastu tak jadi kahwin kan dah malu so nanti ada masa aku akan jumpa kan kau dengan tunang aku’ dan hinggalah mereka bertiga bertemu dan Ariana patah hati sangat-sangat bila melihat lelaki yang dipujanya dari zaman sekolah menjadi tunang kawan baik sendiri. Namun tidak pernah dia menyimpan sedikit dendam pun pada Nina kerana dia tahu setiap apa yang berlaku padanya pasti ada hikmah.
“Kau ni boleh tak stop termenung? Menyampahlah aku tengok. Dah jom ikut aku, ramai sedara mara dah tanya fasal kau” teguran kasar dari belakangnya buat Ariana tersentak. Paling sakit hati apabila dengan kasar tangannya di tarik mengikut langkah suaminya itu. Baru berapa minit jadi isteri si Firhath ni pun dah kena layan teruk sangat agaknya macam manalah dia mahu bersabar dengan perangai Firhath ini. Sabar! Itu sahaja yang Ariana mahukan.
Firhath masuk ke dalam bilik dengan wajah menyinga dijeling sekilas pada Ariana yang sedang duduk di atas katil dengan baju pengantin yang belum ditukar.
"Puas hati kau sekarang ni?"dengan kasar Firhath menyoal menatap wajah Ariana yang takut-takut memandang ke arahnya.
"kenapa dengan awak ni?Takde angin takde ribut nak mengamuk"balas Ariana senada wajah nampak tenang tapi dalam hati macam nak sorok dekat mana-mana takut punya fasal.Nak melawan tak boleh mengenangkan sekarang ini Firhath suaminya.
"Kau jangan nak acah baik lah perempuan kau ingat aku tak tahu ke kau rancang semua ni!!Kau yang bunuh Nina kan?Kau ni memang tak guna!!"Marah Firhath ditarik tangan Ariana dan digenggam sekuat hati urat ditanggannya juga timbul.Ariana rasa mahu menangis saat ini seumur hidupnya tiada siapa lagi melakukan sebegini kepadanya malahan ayahnya juga tidak pernah buat begitu Firhath memang kejam!!
"Awak... Sakit,tolonglah jangan buat saya macam ni"mata Ariana sudah mengalirkan air mata, Firhath langsung tak hiraukan wajah kesakitan Ariana yang dia tahu mahu membalas dendam sahaja.
"Sakit!!Sakit tangan kau tak sesakit hati aku ni lah perempuan.Pembunuh tak sedar diri"dengan kasar tangan Ariana dilepaskan.
"Saya tak terdesak lagi nak dapatkan awak sampai nak bunuh Nina!Saya bukan pembunuh"suara Ariana juga sudah naik seoktaf tak sanggup lagi dirinya dituduh sebegini rupa dia juga manusia ada hati dan perasaan apa Firhath ingat dia ni anak patung beruang ke?Boleh dicampak dan dibuang sesuka hati!!
"Huh kau tipu!!Kalau kau tak rancang semua ni kenapa kau bawak kereta Nina?Kenapa?!!jelaskan kat aku sekarang"Duga Firhath tangannya naik mencekak pinggang.
"Nina yang suruh saya bawak.Dia pening kepala masa tu... Awak dah salah faham dengan saya"terang Ariana cuba mempertahankan diri nya.
"Kau fikir aku percaya?Eh dahlah banyak mana pun kau cuba cakap yang kau tak salah aku takkan percaya sebab kau tu pembunuh!!"tanpa memikirkan perasaan Ariana saat itu Firhath terus menghamburkan marahnya.
"Please Firhath percayakan saya"rayu Ariana air mata sudah membasahi pipinya.
"Sudah!! Kau dengar sini tempat tidur kau kat bawah sesuai dengan kedudukan kau yang hina tu. Jangan berani sentuh katil aku,aku tak nak tercemar dengan perempuan kotor macam kau ni dan jangan sesekali berani nak bukak tudung kau depan aku sebab aku tak nak tengok rambut kau. Sebiji macam ahli sihir"Amaran dari Firhath buat Ariana rasa dirinya sangat terhina dimata lelaki itu umpama pengemis!!
"And one more thing jangan sesekali cerita fasal kita dekat sesiapa!! Aku dapat tahu siap kau, mulut busuk macam kau ni bukan boleh percaya sama busuk macam hati kau tu"sambung Firhath lagi Ariana yang berdiri di tepi katil itu ditolak dengan kasar hingga terjatuh di lantai.Ariana mengesat air matanya yang meleleh itu. Bertabahlah Ariana kau kan kuat!!
Share this novel