Ariana memeluk Elena dengan erat, sudah lama tak bertemu dengan sahabat baiknya dan sepupunya ini.
“OMG Arin! Makin lawa kau sekarang” puji Elena, dia dan Ariana sudah duduk di bangku di sebuah taman. Hmm pencinta alam sekitar sangatlah ni, bukan tidak mahu berjumpa di Kafe ataupun restoran tapi Elena request masakan kegemarannya dari Ariana yang paling penting masakan Ariana sahaja sebenarnya.
“Ceyh puji orang pulak, kau pun sama cantik je dengan aku tapi itulah badan kau ni makin kering lah aku tengok. Kau tak makan ke El? Ish tak payah nak diet sangatlah badan kau dah terlebih kurus dah aku tengok” sempat lagi Ariana membebel kepada Elena isu badannya yang terlalu kurus itu. Tergelak Elena mendengarnya.
“Aku tak dietlah, berselera je masa makan Cuma itulah nak buat macam mana kalau berat badan aku memang susah nak naik. Eh dahlah cakap fasal badan ni, aku dah tak sabar nak makan lauk ayam masak merah ni!” tanpa segan silu Elena mengambil bekas tupperware lalu dibukanya semerbak bau ayam masak merah yang begitu membuka selera. Kecur liur Elena melihatnya, memang dia akui Ariana hebat bila di dapur!
“Baca bismilah dulu ya Cik Elena Amira”
“Baiklah Puan Nur Ariana”
Terus mereka berdua tergelak.
“Amacam hidup lepas kahwin? Happy tak?” soalan dari Elena buat Ariana bungkam tanpa suara. Tapi nak mengelak dari soalan itu memang dia yakin tidak mampu kerana kenal sangat perangai si Elena yang suka memaksa jika dia merahsiakan sesuatu dari wanita itu. Mereka berkawan bukan setahun dua dah lebih dua puluh tahun pun jadi apa sahaja yang terjadi pada Ariana pasti Elena akan mengetahuinya.
“Kau sendiri tahu aku kahwin sebab apa kan? Entahlah, El aku pun tak tahulah nak kata aku ni bahagia atau tidak” balas Ariana perlahan, Elena mula rasa simpati pada Ariana. Dahulu sewaktu dia mengetahui Ariana mahu berkahwin dengan Firhath terkejut beruk juga masa itu mana tidaknya takde angin takde ribut Ariana di paksa berkahwin secara mengejut dan bila tahu punca mereka berkahwin Elena sudah mula rasa risau. Risau jika Ariana akan terluka jika bersama Firhath!
“Dia masih tuduh kau lagi ke Arin?”
“Hmm, dia masih anggap aku yang rancang kemalangan tu. Pihak polis tengah buat siasatan lagi tapi punca kitorang boleh kemalangan sebab ada orang yang putuskan break kereta aku.”
Mendengar cerita daripada Ariana buat Elena panas hati pula, dia yakin Ariana takkan lakukan semua itu. Mana mungkin Ariana sanggup cederakan diri sendiri? Tak logik langsung. Mesti ada orang yang berdendam dengan Ariana.
“Laki kau tu pun satu hal lah, takde bukti lagi yang kau lakukan semua tu. Belajar je sampai overseas tapi otak masih tepu lagi, takkanlah kau sanggup nak cederakan diri sendiri kan lagipun masa kemalangan hari tu kau pun koma tiga hari. Aku yakin ada orang nak perangkap kau dan arwah Nina!” Elena menyuarakan isi hatinya, walaupun tengah marah tapi selera makan dia tetap ada. Haihlah Elena macam-macam hal!
“Dahlah El aku malas nak kisah fasal hal ni lagi, aku percaya satu hari nanti akan terbukti juga yang aku tak bersalah. Kau ni tengah makan pun sempat nak marah-marah aae? Tercekik tulang ayam baru kau tahu seksanya” seloroh Ariana, tertawa Elena mendengarnya. Aku tahu kau mampu harunginya sahabatku!
Rumah teres yang dahulu didudukinya dipandang, Ariana mula rasa sebak apabila bayangan wajah arwah Nina terimbau di mindanya.
“Kau dah kenapa tercegat lagi dekat sini? Pergilah ambil kereta kau tu.” Tegur Firhath dengan tegas, Ariana sudah tersentak oleh kerana suara Firhath yang seperti bunyi guruh itu. Tertelan mikrofon agaknya masa kecik!
“Kau bagi je kunci kau dekat lelaki pakai baju warna kelabu tu, nanti dia yang bawa kereta kau” belum sempat Ariana mahu melangkah keluar dari kereta Firhath sudah bersuara. Makin blur Ariana jadinya bila mendengar arahan dari Firhath yang langsung tidak di fahami.
“Kenapa pula nak bagi pada lelaki tu? Saya tak bagi kereta saya pada stranger tau!”bantah Ariana, aduhai dahlah lelaki yang berbaju kelabu itu sasa badannya rasa macam kereta dia mahu di tarik oleh ahlong pengutip hutang pula.
“Kau jangan banyak songeh boleh tak? Ikut jelah arahan aku. Lelaki tu pekerja aku, dia akan bawa kereta kau sebab kau kena ikut aku pergi suatu tempat lepas ni” Lantas Firhath memberi penerangan pada Ariana yang blur kuasa dua ini.
“Ouh cakaplah dari tadi, awak buat saya cuak tau!” sempat lagi Ariana membebel sebelum keluar dari perut kereta.
Pandangan sinis dari Kirana buat Ariana tergamam, apakah Kirana juga sama seperti kawan-kawannya yang lain. Memilih untuk menjauhi Ariana lepas peristiwa kemalangan itu, Ariana kurang pasti siapa yang sanggup memfitnahnya sehingga begitu sekali.
“Kau rupanya, amacam duduk dengan lelaki kaya? Best ke? Of course lah best kan dapat kahwin dengan lelaki idaman harta dia pun kau dapat! Itu yang sanggup membunuh kawan sendiri” ayat sindiran itu buat Ariana panas hati, tanggannya yang sudah menggigil ini menandakan bila-bila masa sahaja tangannya boleh mengena pipi Kirana.
“Aku datang sini bukan nak gaduh dengan kau Ira, aku cuma nak ambil kereta aku je.”Ariana masih lagi cuba berlembut tapi nada itu ada ketegasan. Oleh kerana rasa geram pada Ariana, Kirana terus mencampakkan kunci kereta itu di atas lantai. Kurang ajar betul Kirana ni, eloknya masuk balik darjah 1 sebab tak reti beradab. Makin berapi Ariana jadinya tapi dia tahu nak membalas pun tiada guna sahaja nanti perbalahan besar turut terjadi.
Prank!
Hempasan frame gambar tepat mengena kaki Ariana, Kirana sudah tersenyum sinis melihat Ariana yang sudah mengaduh kesakitan kerana kakinya yang berdarah terkena serpihan kaca itu.
“Siapa izinkan kau buat macam tu pada isteri aku?!” jerkah Firhath dari belakang, wajahnya cukup bengis. Segera tubuh Ariana di hampirinya, pelupuk mata Ariana sudah digenangi air mata.
“Ariana…. Aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja” Kirana sudah berpura-pura mahu memohon maaf wajah simpati juga turut ditayangkan pada Ariana dan Firhath.
“Tak sengaja konon, aku tahu niat kau Kirana! Aku nak ingatkan kau untuk jangan kacau Ariana lagi kalau aku tahu kau buat lagi sekali hidup kau takkan aman!” amaran Firhath buat Kirana kecut perut. Dia tahu kuasa yang Firhath punya bila-bila masa sahaja jawatan yang dipegangnya sekarang boleh dilucutkan paling teruk sekali dia boleh di halau keluar dari syarikat. Tanpa menoleh lagi Firhath terus mengendong tubuh Ariana untuk segera di bawa ke hospital.
Share this novel