BAB 24

Romance Completed 9337

“Kau rasa kenapa semalam aku dapat panjat pagar rumah Sarah dengan senang? Dengan tak ada alarm bunyi apa semua." Adib tepuk dahi! Maha dasyat Romeo ni! Is ketawa! Romeo Melayu, nak panjat pagar rumah pun minta kebenaran dulu!

“Kau buat apa?!" Jet di skrin menjerit terkejut!

“Jangan gelak, syaiton! Jangan gelak!" Mike tuding jari pada skrin bila dia nampak Jet menutup mulut bagai mahu ketawa.

“Dude, sejak bila kau jadi macam ni?"

“Sejak aku jumpa Sarah tulah."

“She must be a very special someone, huh?"

“Aku tak tau nak terang macam mana, Jet tapi aku rasa she's the one. Macam kau kali pertama nampak Huda dulu. Kau bagitahu kami yang Huda tu orang yang kau akan jadikan isteri." Jet tersenyum tawar,

“Aku akan doakan hubungan kau dengan dia."

“Thanks, dude!"

“No biggie! So, kafe okey?"

“Okey je. Tak ada masalah."

“Iman selalu datang kafe?" Mike menggeleng,

“Jarang dah. Dia dah mula kerja balik."

“Maksud kau?" Jet bertanya.

“Dia dah jadi arkitek semula."

“Dia dah tak menulis?"

“Entah!" Mike jungkit bahu. Jet di skrin hela nafas.

“Kau tanya pasal Iman je? Kawan-kawan kita kau tak nak tanya?" Jet senyum tawar,

“Kau kan selalu cerita pasal dia orang. Aku tunggu kau cerita aje ni."

“Sampai hati tak nak tanya pasal aku!" Jet di skrin nampak terkejut bila tiba-tiba Adib muncul di sebelah Mike.

“Kau!"

“Woi, Jet!" Adib ketawa. Jet turut ketawa akhirnya,

“Kau makin gemuklah, Adib!"

“Wei, bangang! Ni muscle kau tau? Muscle!" Adib buat muka. Mike dan Jet sama-sama ketawa. Muscle sangat...

“Aku, kau tak nak tanya Jet?" Jet ketawa apabila Apek turut muncul di sebelah Mike,

“Wei, Apek! Mata kau makin keciklah!"

“Bangang!" Jet ketawa lagi,

“Wei, Mike! Apahal dua ekor ni ada dengan kau ni?"

“Dia orang gedik nak tidur rumah aku. Ikut aku, aku halau dah tadi!"

“Eh, syaitonnya perangai kau Mikail!" Adib tarik muka. Jet dan Mike ketawa lagi kuat dari tadi. Apek yang melihat Jet ketawa, terus ukir senyum. I miss you, Jet!

"Hai, anak dara. Lawa-lawa pagi ni, nak pergi mana?" Puan Safiah memandang Sarah memakai blaus berwarna merah jambu dipadankan dengan skirt kembang hitam. Sarah sengih,

“Dating!"

“Anak mama ni dah ada boyfriend tak bagitahu mama ya?"

“Bukan dating dengan boyfriendlah mama. Sarah mana ada boyfriend lagi. Sarah nak keluar dengan kawan-kawan sekolah menengah Sarah. Elisya dah balik. Hari ni nak buat reunionlah kononnya."

“Ooo..." Puan Safiah mengangguk,

“Ingat keluar dengan Mikail, adik staff mama hari tu." Sarah yang baru nak menyisip susu dari gelas terus kalih memandang mamanya,

“Apa mama merepek ni?"

“Mama tak pernah jumpa lagi lelaki yang gentleman macam Mikail tu." Sarah menggelengkan kepalanya,

“Mama ni tiba-tiba puji dia tu kenapa? Papa dengar nanti, merajuk papa..." Puan Safiah ketawa,

“Sarah tak bagitahu mama pun yang Sarah kenal dengan Mikail tu."

“Bukan penting sangat pun."

“Tak penting? Ye ke? Kalau tak penting, takkanlah dia berani mintak kebenaran mama dengan papa nak panjat pagar rumah kita dua malam lepas?" Sarah tercengang,

“Siapa mintak kebenaran mama dengan papa?!"

“Mikail itulah. Dia datang dengan kakak dia. Tiba-tiba dia cakap pasal hal kamu dengan dia. Terkejut papa dengan mama."

“Dia bagitahu apa dekat papa dengan mama?"

“Semuanya. Pasal dia menyamar jadi kawan dia... dan lain-lain lagi." Sarah terdiam.

“Sarah tak nak maafkan dia?" Sarah pandang Puan Safiah.

“Dari apa yang mama tengok, Sarah akan rugi sangat kalau Sarah tak maafkan dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience