BAB 27

Romance Completed 9338

“Aku tak tau saiz cincin dia pun kalau nak melamar dia."

“Siapa kata nak melamar kena guna cincin?" Mike jungkit kening,

“Maksud kau?" Zalia ukir sengih penuh misteri. Mikail... Mikail...

"Mana kau jumpa benda ni?" Mike pandang Adib yang sedang membelek bekas baldu merah itu,

“Instagram. Kakak aku yang carikan."

“Dasyat jugak kakak kau kan? Boleh aku mintak tolong dia lepas ni."

“Kenapa? Kau nak melamar Nida jugak?" Adib sengih,

“Doa-doalah niat Jet nak balik sini tercapai tahun depan."

“Amin, insyaAllah." Is yang baru selesai menyusun atur meja melangkah ke arah Adib dan Mike,

“Mike, meja dah settle. Awek kau datang pukul berapa ni?" Mike tengok jam di pergelangan tangannya,

“Dia kata dia datang lepas habis kerja."

“Lagi setengah jam," Adib mengangguk,

“Kau dah sedia ke?"

“Tak!" Mike mengeluh,

“Aku risau aku messed up!"

“InsyaAllah tak!" Is senyum sambil menepuk bahu Mike.

“Is, order meja dua belas!" Suara Apek dari tingkap dapur buat Is laju masuk ke dapur untuk mengambil makanan yang sudah disediakan oleh Apek. Adib pula mula berjalan mendekati pelanggan yang memanggilnya untuk membuat pesanan. Mike hela nafas! Let's get back to work!

"Sibuk ke hari ni?" Tanya Mike sambil menongkat dagu memandang Sarah yang sedang menghirup Iced Mocha.

“Boleh tahan."

“Awal tak nak makan ke?"

“Saya kenyang lagi tapi saya nak Iced Mocha satu lagi, boleh?"

“Kejap, saya buatkan." Mike bangun dari kerusi dan terus berlalu ke kaunter minuman. Sarah pula memerhatikan sekeliling kafe lalu dia memandang Adib yang sedang mengumpulkan pinggan kotor,

“Adib."

“Ya?" Adib kalih memandang Sarah.

“Hari ni ada apa-apa event ke kat kafe? Macam nampak extra special. Dengan belonnya, bunga rosnya." Adib tercengang dua saat sebelum dia sengih,

“Tak ada event apa pun. Saja kami hias kafe ni cantik-cantik." Sarah mengangguk. Oh, patutlah...

“Your Iced Mocha," Mike meletakkan gelas di atas meja dengan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang kotak besar yang sudah dibalut dengan cantik.

“Thank you!" Sarah ukir senyum.

“Nah, hadiah birthday!" Mike menghulurkan kotak besar itu kepada Sarah.

“Wah! Terima kasih," Sarah mengambil kotak itu dari tangan Mike,

“Tapi awak tak payah bagi saya hadiah apa pun tak apa. Lagipun pagi tadi kan awak dah wish."

“Bukaklah kotak tu." Sarah senyum lalu balutan kotak itu dibuka. Mata Sarah bercahaya sebaik saja melihat kotak yang dipegangnya,

“Sneakers!"

“Cuba tengok saiz dia. Sama tak dengan saiz kaki awak." Kotak kasut itu dibelek lalu dia mengangguk laju,

“Sama! Mana awak tahu saiz saya?" Mike senyum,

“Saya mintak kakak saya tanya mama awak."

“Main tipu!" Ujar Sarah separuh mengejek namun bibirnya masih mengukir senyum,

“Terima kasih! Awak macam tahu je sneakers merah saya dah haus."

“Sama-sama. Happy birthday, sekali lagi." Sarah tersenyum lebar.

“Sarah..."

“Ya?"

“Saya ada satu lagi hadiah untuk awak."

“Lagi?" Mata Sarah terbuntang luas. Mike tersenyum sebelum dia mencapai kotak baldu merah di dalam poketnya. Sarah memandang Mike dengan penuh tanda tanya,

“Kenapa awak senyum macam tu? Macam ada yang tak kena aje..." Mike ketawa,

“Mana." Sarah masih lagi memandang Mike dengan mata yang curiga. Hadiah apa lagi? Mike hela nafas sebelum tangannya yang memegang kotak itu dihulur pada Sarah,

“Will you go out for a coffee date with me, everyday?" Sarah tercengang!

“A... awak... tengah propose saya ke?" Mike senyum lalu mengangguk. Please say yes!

Mike memandang Adib yang sedang membetulkan letak bunga di atas gubahan hantaran sempena pertunangannya dengan Nida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience