BAB 5

Romance Completed 9337

Mike menggosok rambutnya yang basah dengan tuala. Rambut panjang yang dibela sejak dua tahun lepas itu hanya akan dipotong bila rambut itu memanjang melebihi tulang belikatnya.

Telefon pintar yang sudah separuh bateri dicas, dibuka. Logo Samsung kelihatan di skrin. Sambil menunggu telefon itu sedia untuk digunakan, dia menyidai tuala yang digunakannya tadi pada penyidai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Dia kemudiannya turun ke tingkat bawah sebelum dia masuk ke dapur. Balang plastik berisi makanan kucing dicapai sebelum pintu dapur dibuka.

“Awang! Kiah! Che' Teh! Pak Tam! Abu!" Dia bersuara kuat namun nadanya masih terkawal. Takut terkejut pula jiran-jiran di sebelah rumahnya,

“Kuman, Lemak, Pau, Adib!"

“Meoww..." Seekor kucing berwarna oren putih menggeselkan kepalanya pada kaki Mike. Mike tersenyum lebar sebelum kucing itu diangkat dan diletakkan di atas ribanya,

“Awang! Rindu aku ya?"

“Nyiaoo!" Seekor kucing betina yang berwarna hitam putih dan oren pula datang mendekati Mike.

“Kiah! Perut kau ni dah nak meletup dah!" Kepala kucing yang dipanggil Kiah itu diusap lembut. Dan kucing itu, apabila diusap-usap, mulalah nak menggeletis. Kemudian, semakin banyak pulak kucing-kucing mendekati dia yang sudah bersila di pintu dapur. Mike kemudian mengangkat Awang turun dari ribanya sebelum bekas makanan kucing dibuka penutupnya dan makanan mereka di letakkan di dalam bekas-bekas yang sudah tersedia,

“Mai makan semua!"

“Balik kerja, belek kucing. Balik kerja, belek kucing!" Suara di belakangnya buat dia kalih ke belakang. Kakaknya, Zalia sedang berpeluk tubuh memandang dirinya.

“Suka hati akulah, kak oiii! Aku bukan ada anak nak dikelek-kelek macam kau!" Mike sengih.

“Abang, company husband aku nak cari engineer baru. Tak nak try ke?" Mike menggeleng,

“No, thanks kak! Aku dah lama tinggal ilmu kejuruteraan ni. Kalau kau suruh aku buat kopi, insyaAllah aku pandai." Zalia ketawa,

“Aku tanya je. Aku tau kau tak nak." Mike sengih sebelum dia mengangkat anak kucing berwarna kelabu lalu dikucup anak kucing itu bertalu-talu,

“Good night, Abu!"

“Kahwinlah, bang! Aku rasa kau macam dah parah je. Orang umur macam kau ni selalunya cium anak, ni kucing tulah kau cium-cium." Mike buat muka apabila mendengar kata-kata wanita yang tua dua tahun darinya itu,

“Apa barang kahwin awal?" Zalia menggeleng,

“Aku nak naik dah. Jangan lupa kunci pintu tu."

“Yelah, kak!" Mike mencangkung melihat kucing-kucingnya sedang menjamu selera. Dia kemudiannya berdiri sebelum pintu dapur ditutup dan dikunci. Dia kemudiannya pergi ke sinki dan tangannya dibasuh dengan sabun pencuci tangan sebelum dibilas. Selepas itu, dia mendekati peti ais dan pintu peti ais dibuka sebelum dia mencapai sebotol air mineral yang sudah tersedia di dalam peti ais itu. Pintu peti ais ditolak perlahan dengan kakinya. Kemudian, dia menutup lampu dapur dan terus berlalu naik ke tingkat atas. Sebaik saja dia masuk ke dalam biliknya, dia menutup pintu bilik dan dia terus mendekati tempat telefonnya sedang dicas. Telefon itu dibuka skrinnya. Terpampang notifikasi Whatsapp dari tiga conversation berbeza yang diterima di atas skrin telefon tersebut. Aplikasi itu dibuka dan wajahnya berubah melihat satu nama di atas skrin. Pesanan itu dibuka dan wajahnya berubah menjadi semakin kelam.

+Assalamualaikum. Sarah, kan? ?? -Waalaikumussalam. Ni siapa ya????? Mike mengerutkan dahinya lalu nafasnya dihela panjang,

“Adib!!!" Pada masa yang sama... Adib yang tertidur di ruang tamu rumahnya terus terjaga dengan mata yang terbeliak!

“UMI!!!!" Adib raup wajah yang terasa basah dengan peluh. Bapak ngeri gila mimpi dia tadi! Meremang bulu romanya bila bayangan mimpinya dikejar sekumpulan kucing berlegar-legar di mindanya. Errr... seram!

Sarah mencapai kerepek pisang yang ada di dalam balang sebelum kerepek itu masukkan ke dalam mulutnya. Tangan kirinya pula asyik membelai kucing mamanya yang diberi nama Ali. Dia sebenarnya taklah suka sangat pada kucing tapi selepas mama membela si Ali. Rasa sayang pada kucing tiba-tiba saja muncul.

“Ali, kenapa kau kuat tidur hah, kucing gemuk?" Peha gebu Ali ditepuk-tepuk, geram. Ali yang sedang bersandar badan pada peha Sarah buat tidak tahu. Sarah ketawa sendiri. Dia kemudiannya mengambil telefon pintar yang ada di atas meja kopi. Aplikasi Whatsapp dibuka. Mesej yang dia terima tadi dibuka semula. Dia mengerutkan dahinya. Dah blue tick tapi dia tak balas. Profile picture si penghantar mesej dibuka. Gambar empat orang lelaki memakai apron, berdiri sambil memeluk tubuh masing-masing.

“Dia tak reply lagi?" Sarah berpaling pada orang yang baru duduk di sebelahnya, Mira.

“Tak!" Sarah menggeleng. Mira sengih,

“Kau mesti cuak kan, dapat mesej dia tadi?"

“Gila tak cuak? Tiba-tiba hantar mesej bagi salam, sebut nama aku pulak tu. Dahlah aku tak kenal siapa."

“Tak cuba call?"

“Tak nak aku. Bukan aku yang cari dia. Dia yang cari aku."

“Nak kata salah nombor, macam tak mungkin sebab dia sebut nama kau dalam mesej dia tu." Sarah mengangguk.

“Eh, parents kau berapa lama pergi Singapore?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience