BAB 20

Romance Completed 9338

“Pak ngah pergi ambik hadiah Aimy dalam kereta pak ngah." Aimy senyum sebelum dia memeluk leher Mike. Zalia menghela nafas sebelum dia menampar lengan Mike,

“Where have you been? Semua orang tunggu."

“Kau ni kak! Aku pergi ambik hadiah Aimy lah."

“Pergi ambik hadiah ke pergi beli hadiah?" Mike tarik muka sebelum meletakkan Aimy ke bawah,

“Pergi tiup lilin, potong kek. Kawan Aimy dah tunggu." Aimy terus menarik tangan mummynya. Zalia sempat menepuk bahu Mike sebelum dia mengikut langkah Aimy. Mike mengukir senyum pada tetamu-tetamu yang ada di situ sehinggalah matanya terpaku pada seseorang yang sedang berdiri berhampiran dengan pintu beranda. Sarah!

Sarah menghela nafas. Kalau dia tahu parti hari jadi anak kawan mama dia dibuat di kafe ni, sumpah dia takkan menjejakkan kaki ke sini! Dah lah tadi boleh pulak dia bertembung dengan mamat penipu tu kat gift shop hujung lot ni, sumpah dia takkan datang!

“Sarah, tak makan ke? Sedap tau makanan yang dia orang sediakan ni."

“Kenyang."

“Kenyang? Bila Sarah makannya? Jomlah makan. Serius sedap ni," pujuk Puan Safiah.

“Nanti Sarah ambik. Mama makan apa tu?"

“Spaghetti bolognaise. Ada sate kebab jugak. Sedap."

“Ai, mama ni beria-ia sangat memuji ni." Puan Safiah ketawa,

“Sebab sedap." Sarah senyum lalu dia berdiri. Sedap pulak tengok mama makan. Dia sekali terliur.

“Sarah nak ambik makanan ke?" Sarah mengangguk.

“Tolong ambikkan mama air ya."

“Baik, ma!" Sarah tersenyum sebelum dia berlalu ke meja bufet. Pinggan dicapai sebelum spaghetti diletakkan di dalam pinggan. Dua cucuk sate kebab diambil sebelum kuah spaghetti dicedok ke dalam pinggan.

“Hai!"

Sarah panggung kepala. Wajahnya berubah apabila Adib berdiri di depannya.

“Ingat dah tak sudi datang sini." Sarah tak membalas. Sebaliknya dia tenang mengambil sosej bersama sos keju dan diletakkan di dalam pinggannya.

“You marah Mike lagi?"

“What do you want, Adib? Kalau awak setakat nak gelak dekat saya, boleh buat lain hari."

“Look, I dan Mike tak ada niat pun nak mainkan you. Lebih-lebih lagi Mike. Sebenarnya, mesej pertama yang you terima dari Whatsapp, I yang hantar, dengan gunakan telefon Mike. Betul, memang I yang bagi nombor telefon you dekat Mike tapi dia tak nak pun nombor you. Dia tak ada keyakinan diri pun nak mesej you tapi sebab I nak tolong dia, I pun ambik telefon dia dan mesej you." Sarah diam.

“Kalau you nak tahu, antara kami berempat... Mikelah yang paling jujur dan baik sekali. I bukan nak bela dia ke apa tapi ini kali pertama Mike menipu dengan pakai nama I berkenalan dengan you."

“Awak nak bagitahu apa sebenarnya ni?" Adib hela nafas,

“I cuma nak mintak you tolong dengar apa yang Mike nak beritahu you hari tu."

“Itu je? Can you leave me alone?" Adib mengeluh,

“I rasa you dah kenal pun Mike tu macam mana sepanjang you dengan dia berkawan. Mike mungkin tipu nama dia tapi setiap mesej yang you terima dari dia selama ni adalah diri dia yang sebenarnya." Sarah diam. Adib hela nafas lagi,

“Sorry I mengganggu. Selamat menjamu selera." Sebaik saja Adib berlalu, Sarah berpaling memandang Aimy, anak staff mamanya yang sedang duduk di riba Mike. Sesekali dia nampak Mike mengusik Aimy, dan adakalanya Aimy mengusik Mike. Sarah gigit bibir. Patut ke aku cuba dengar apa yang dia nak cakap hari tu?

"Sedap makanan-makanan yang awak hidangkan hari ni."

“Oh, ni hasil masakan chef kafe ni. Saya harap puan puas hati dengan majlis hari ni." Puan Safiah tersenyum,

“Puas hati sangat! Pandai awak cari kafe yang cozy macam ni."

“Oh, ni kafe adik saya dengan kawan-kawan dia."

“Wah, bagusnya! Boleh saya datang selalu lepas ni."

“Boleh puan. Boleh sangat." Zalia senyum sebelum memandang Sarah yang berdiri di sebelah Puan Safiah,

“Anak puan ke?"

“Satu-satunya anak perempuan saya, Sarah." Zalia dan Sarah saling bersalaman,

“Terima kasih sudi datang majlis akak ni."

“Sama-sama kak," Sarah tersenyum sebelum dia merendahkan badannya, untuk menjadi sama tinggi dengan Aimy,

“Selamat hari jadi."

“Thank you, aunty!" Aimy ukir senyum. Sarah mencubit pipi Aimy yang tembam. Comel!

“Kak, ni ada makanan lebih. Bagilah kat ketua kau." Suara seorang lelaki membuatkan Sarah mendongak sebelum terus berdiri. Mike!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience