BAB 16

Romance Completed 9338

“Kau jangan nak lembik boleh?" Mike mengeluh sebelum dia memandang Sarah. Buku menu dicapai,

“Wish me luck, Adib!" Adib ketawa,

“You can do it, Mike!" Mike mendekati Sarah,

“Hi!" Sarah panggung kepala. Dia mengangguk sambil mengambil buku menu yang dihulurkan Mike. Mike telan air liur. Mak oi, kakak... garangnya muka!

“Seorang je hari ni?" Sarah mengangguk tanpa mengangkat mukanya. Oh my! Dia tegur aku!

“Saya nak Iced Americano dengan kek Red Velvet."

“Okey. Coming right up!" Mike berlalu ke kaunter minuman. Sarah mengangguk. Tapi dia masih tidak mengangkat mukanya. Saja nak buat sombong!

“Dah cakap?" Adib tongkat dagu memandang Mike. Mike menggeleng,

“Sabarlah dulu! Tak menyempat sangat nak cakap." Adib ketawa sebelum dia memandang Sarah. Sarah, kalau kau tahu perkara sebenar apa yang akan jadi ya?

Adib dah terlopong. Is yang tengah menghidangkan minuman pada pelanggan terkaku. Apek yang sedang duduk di kaunter minuman terus berdiri. Mike menyapu wajahnya yang baru saja dilekapkan dengan kek red velvet.

“Kelakar sangat awak dapat tipu saya macam ni, Mike?" Mike hela nafas,

“Sarah, biar saya terangkan dulu sebabnya." Sarah pantas menggeleng!

“Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Cukuplah!" Sarah menggenggam kedua-dua belah tangannya. Bagai terngiang-ngiang lagi pengakuan Mike di telinganya tadi. Bagai terbayang-bayang lagi apa yang terjadi tadi.

“Iced Americano dan kek red velvet." Sarah menganggukkan kepalanya. Baru dia nak tarik piring berisi kek dekat kepadanya, tangannya terkaku bila Mike menarik kerusi yang berhadapan dengannya. Eh?

“Sarah." Sarah angkat kening pada Mike,

“Ya?"

“Adib ajak awak datang kafe hari ni, kan?" Sarah mengerutkan dahinya sebelum mengangguk,

“Mana awak tahu?"

“Adib cakap dia nak beritahu sesuatu pada awak kan?" Sarah pandang Mike,

“Kenapa dengan awak ni?" Mike hela nafas. Dia berpaling memandang kaunter minuman. Apek dan Adib sama-sama sedang memandang mereka berdua kala itu. Mike mengeluarkan telefon pintar lalu nombor Sarah didail dari bawah meja. Sarah tersentak saat telefon pintarnya bergetar dari atas meja. Nama Adib tertera di skrin buat dia mengerutkan dahi. Dia pandang Adib yang ada di kaunter minuman. Adib sedang tersenyum!

“Angkatlah telefon tu." Sarah menarik ikon hijau di atas skrin telefonnya ke kanan sebelum telefon itu dilekapkan di telinganya,

“Hello!" Mike kemudiannya melekapkan telefon pintarnya di telinganya,

“Sarah." Wajah Sarah berubah. Dia pandang Adib di kaunter. Adib tak pegang telefon. Yang pegang telefon sekarang ni, Mike!

“Selama ni, bukan Adib yang mesej awak. Saya, Muhammad Nur Mikail yang sedang berkawan dengan awak di Whatsapp. Bukan Adib." Sarah pandang telefon di tangannya. Matanya terasa berair,

“Benda apa ni? Game apa ni?"

“Memang Adib yang minta nombor awak dari Mira tapi nombor awak dia bagi kat saya. Sebab... sebab..."

“Sebab apa? Sebab awak dengan Adib nak mainkan saya?!" Sarah berdiri.

“Sarah!" Mike turut sama berdiri,

“Bukan sebab itu."

“Jadi kenapa? Sebab saya nampak bodoh dan senang dipermainkan, macam tu?"

“No! Awak dah salah faham. Adib bagi nombor awak pada saya sebab..." Pap! Kata-kata Mike mati.

“Sarah, saya buat macam ni sebab saya nak berkawan dengan awak!" Sarah tersentak dari lamunannya sebelum dia menggeleng. Sempat dia ukir senyum sinis,

“Maaf! Saya tak nak berkawan dengan penipu!" Sarah tarik beg yang diletakkan di atas kerusi dan terus dia berlalu dari kafe itu. Mike pula terduduk. Tahniah, Mike! Tahniah!

Sarah ketawa. Ketawa bagai tak mahu berhenti. Bersungguh-sungguh dia ketawa sambil menonton rancangan 2 Broke Girls, sebuah sitkom berbahasa Inggeris. Mira memandang Sarah. Tadi, Sarah telefon dia, minta dia datang melepak di rumahnya. Tapi bila dia sampai tadi, Sarah tak bercakap sepatah apa pun. Hanya tersenyum dan terus mengajaknya menonton sitkom lakonan Kat Dennings dan Beth Behrs itu.

“Sarah... kau okey tak ni?" Sarah pandang Mira,

“Mira, kau tau tak selama ni aku bukan mesej dengan Adib tapi Mike?"

“Apa maksud kau ni?" Sarah ketawa,

“Aku dah kena main dengan Mike dan Adib. Dia orang mainkan aku." Wajah Mira berubah. What?

“Bodohkan aku? Sepatutnya aku tak layan mesej dia. Tak sepatutnya aku layan mesej dia orang! Aku rasa super duper stupid sekarang, Mira!" Sarah ketawa. Ketawa sampai meleleh air matanya! Mira pegang tangan Sarah,

“Sarah... jangan macam ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience