BAB 8

Romance Completed 9338

“Sarah!" Sarah angkat kepala dari memandang telefon,

“Ya?"

“Kau nak pergi ke tak ni? Tak siap pun lagi."

“Kat mana pulak dia orang buat program ni?"

“Kat Jalan Perdana Indah. Cepatlah siap, Sarah!" Gesa Mira bila dia lihat Sarah masih bermalas-malasan di atas katil. Sarah bangun dengan rasa malas yang menggunung. Dia memuncungkan mulutnya apabila dengar Mira masih membebelkan dirinya sebelum dia menolak Mira keluar dari biliknya,

“Kau keluar dulu. Bagi aku sepuluh minit." Kemudian Sarah cepat-cepat menutup pintu biliknya sebelum sempat Mira membalas kata-katanya. Sepuluh minit kemudian,

“Dah! Jom!" Sarah ukir sengih. Mira menggeleng,

“Kau ni dulu memang cita-cita nak join black metal ke, Sarah? Dari tudung sampai ke stokin warna hitam. Cuba tukar warna lain sama."

“Ah, diam!" Sarah jungkit kening. Beg sandang berwarna merah digalas dengan sebelah bahu,

“Jomlah."

“Tak warna hitam, warna merah."

“Diam, Mira! Cepat!" Laju Sarah tarik tangan Mira yang mula nak keluarkan bunga-bunga membebel.

Mike mengikat rambutnya kemas sambil dia mendengar penerangan dari ketua program. Sesekali dia mengangguk tanda memahami apa yang diterangkan oleh ketua program.

“Okey, semua faham kan? Ingat, pukul empat nanti kita berkumpul semula di sini." Semua orang di situ mengangguk termasuk Mike.

“Mikey!" Si ketua program mendekati Mike.

“Heya, mate!" Mereka berhigh-five.

“Lama kau tak join program."

“Sibuklah, Faiz. Macam kau tak tahu kafe aku macam mana."

“Aku tahu!" Faiz mengangguk,

“Apa pun, it's nice seeing you here!"

“Sure, dude!" Di kawasan yang sama,

“Sarah!"

“Apa?" Sarah yang sedang tunduk mengikat tali sneakers bertanya.

“Tu, macam kawan Adib je." Sarah terus panggung muka,

“Mana?"

“Tu, yang tengah cakap dengan Faiz tu!" Sarah berdiri lalu dia memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Mira. Dia mengangguk. Dia kenal mamat tu. Mamat gangster. Rambut panjang, selalu tocang satu. Air mukanya garang sentiasa,

“Adib tu tak ada pulak."

“Aiceh, cari Adib nampak?"

“Mana. Aku cakap je." Mira ketawa sebelum dia menegur orang yang berada di sebelahnya. Sarah pula terus merenung kawan Adib yang dia gelar sebagai mamat gangster itu. Saat lelaki itu ketawa, Sarah tiba-tiba rasa seperti dia kenal lelaki itu. Dia rasa dia pernah jumpa lelaki itu sebelum ini. Pertemuan mereka di Gulp! Kafe bukanlah pertemuan mereka yang pertama. Dia dapat rasakan mereka berdua pernah bertemu sebelum ini tapi dia tak ingat di mana!

Mike tunduk pada seorang wanita yang sedang bersandar pada pintu bangunan bersama dua orang anaknya. Rambut anak wanita itu dibelai lembut sebelum dia menghulurkan dua bekas makanan kepada wanita tersebut. Wanita itu mengesat matanya sedikit sebelum dia mencapai bekas makanan yang dihulurkan Mike,

“Terima kasih." Mike mengangguk perlahan,

“Sama-sama." Sarah yang sedang memberi bekas makanan kepada gelandangan yang lain sempat memandang lelaki yang bertocang satu itu.

“Sarah, pandang apa?" Sarah pantas menggeleng lalu tangan wanita separuh abad yang sedang duduk ditepi longkang itu digenggam erat,

“Nanti saya datang lagi, ya?"

“Terima kasih, nak..." Sarah membuka jaket yang dipakainya namun baru saja dia mahu meletakkan jaket itu di atas badan wanita itu, ada seseorang yang meletakkan sehelai selimut di atas bahu wanita itu. Sarah berpaling ke tepi. Wajahnya berubah sedikit. Eh! Mike yang sedar dirinya diperhatikan, memandang ke sisinya. Wajahnya turut sama berubah! Sneakers merah! Mira yang memerhati terus mengukir senyum,

“Hai! You kawan Adib kan?" Mike mengangguk walaupun dia sedikit teragak-agak,

“Aaaa... ya."

“Saya, Mira!" Mira mengukir senyum,

“Yang ini, Sarah."

“Salam perkenalan!" Mike senyum serba-salah sebelum dia tersedar sesuatu. Mangai, skema gila salam perkenalan!

“By the way, saya Mike. I mean, nama saya Mikail tapi you guys can call me Mike." Sarah tersenyum sikit. Nampak macam gangster tapi kalut semacam! Comel je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience