BAB 4

Romance Completed 9338

“Manalah tahu kot angin Itali buat kau berubah hati." Jet senyum senget. Berubah hati? Dah lama hati aku ni berubah, Mike. Cuma baru sekarang aku sedar...

Mike dan Apek saling berpandangan. Adib pula tersengih,

“Ni sepupu aku, Is! Buat sementara waktu, kita ambiklah dia jadi waiter kejap."

“Ni sepupu kau yang mana ni?" Mike jungkit kening. Macam pernah tengok mamat ni tapi kat mana ya?

“Ala, yang waktu kecik dulu kerja nak mengikut je kita berempat nak pergi mana-mana. Takkan dah tak ingat?"

“Iskandar? Anak mak ngah kau?" Apek buntangkan mata. Lelaki yang dipanggil Is itu isyarat 'peace' dengan tangan kanannya,

“Yo!"

“Damn it! Kau dah dewasa, oi!" Apek ketawa sebelum berhigh-five dengan Is.

“Dewasa? Aku tahulah kau tua dari aku, tapi kau punya bahasa..." Is ketawa.

“Kau tak kisah ke jadi waiter ni, Is?"

“Aku tak kisah pun, Mike!" Adib senyum senget,

“Is ni nak jadi cef macam si Sepet ni tapi rezeki dia tak datang lagi nak kerja kat tempat yang dia nak."

“Kau ambik kulinari jugak ke dulu?"

“Lebih kuranglah," Is menjawab sambil tersenyum.

“Macam ginilah, Is. Sementara Jet tak ada ni, kau ambiklah tugas dia dulu. Nanti lepas kami ambik waiter baru atau Jet balik, kau pindah masuk dapur. Aku rasa aku boleh gunakan seorang lagi pembantu cef," Apek jungkit kening. Is senyum,

“On!"

“Dah! Dah!" Mike sengih sebelum menepuk tangan berkali-kali,

“Jom mula kerja!"

"Mike..."

“Apa?"

“Kau mesti tak contact budak perempuan tu lagi kan?"

“Apa motif aku pun nak contact dia?" Ujar Mike sebelum meninggalkan Adib di kaunter dan berlalu masuk ke dapur. Is yang berdiri di depan kaunter angkat kening,

“Mike ada crush ke?" Adib sengih,

“Kau budak-budak lagi, jangan campur hal orang tua."

“Ala, setakat dua tahun je pun!" Is ketawa sebelum dia mencapai dulang yang berisi Iced Americano dan Pepsi Lemon dan terus berlalu ke meja pelanggan. Adib mengetuk jari jemarinya di atas meja kaunter sebelum matanya terpandang telefon pintar Mike yang ada di atas kaunter. Bibirnya mengukir senyum nakal.

"Wei, ada sesiapa nampak phone aku tak?" Adib pandang Is lalu dia buat isyarat senyap.

“Wei, tak nampak ke?" Mike garu kepalanya. Ah, serabut!

“Tak. Kau letak kat mana tadi?" Is bertanya. Adib senyum lalu isyarat bagus ditunjuk kepada Is. Ini baru namanya sepupu!

“Rasa tadi aku letak kat kaunter tu je. Ni tak ada pun. Aduhai..."

“Kejap, biar aku try call!" Adib keluarkan telefon dari poket apron sebelum dia mendail nombor Mike,

“Mike, masuk voicemail. Kau off phone ke?"

“Rasanya tak. Alahai... mana pulak phone tu." Adib beri isyarat mata pada Is. Is mengangguk lalu dia berjalan ke kaunter minuman. Pura-pura mencari telefon Mike. Telefon yang ada di dalam poketnya ditarik keluar sebelum diletakkan di sebelah mesin espresso. Dia kemudianya terus berpura-pura mencari sebelum dia tiba-tiba menjerit,

“Dah jumpa!" Mike kalih memandang Is,

“Kau jumpa kat mana."

“Ni kat mesin kopi." Dahi Mike berkerut. Tadi rasanya dia dah cari dah kat situ,

“Cuba bukak phone aku tu." Is menekan-nekan butang tepi telefon pintar itu lalu dia menggeleng,

“Aku rasa phone kau ni habis bateri." Mike mengeluh. Habis bateri? Alahai...! Dia berjalan mendekati Is lalu telefon itu diambil,

“Thanks, Is."

“Aku ada bawak charger. Kau nak pinjam ke?" Tanya Adib. Mike menggeleng,

“Tak payahlah. Aku cas lepas balik rumah karang." Adib sengih lalu mengangguk. Sedang dia tersengih, dia terasa seperti ada yang sedang memerhatikan dia. Saat matanya bertemu dengan mata Apek, sengihannya mati.

“Kau yang ambik phone dia, kan?" Senyap.

“Kau yang habiskan bateri telefon dia, kan?" Senyap lagi.

“Kau dajalkan Mike kan?"

“Aku cuma nak tolong dia." Apek menggelengkan kepala,

“Apa-apa jadi nanti, aku tak campur."

“Benda apa yang nak jadi pun? Aku tolong Mike ajelah." Apek angkat bahu, tanda tak nak ambik tahu. Adib buat muka. Aku nak tolong Mike aje pun...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience