BAB 25

Romance Completed 9338

“Kenapa?"

“Susah nak cari lelaki Melayu macam tu zaman sekarang ni, sayang. Papa pun setuju dengan mama cuma papa tak suka satu je."

“Apa yang papa tak suka tu?"

“Rambut dia tu. Papa kata, kalau nak kahwin nanti kena potong rambut." Sarah bulatkan mata,

“Siapa nak kahwin dengan dia tu?!" Puan Safiah ketawa dan terus bangun berlalu ke dapur.

"Mike, Iced Americano dua!" Is meletakkan kertas order di atas kaunter.

“Noted!" Mike mengeluarkan dua biji gelas dari bawah kaunter sebelum diletakkan di atas kaunter,

“Adib mana, Is?"

“Dia cirit-birit! Hari ni cuti." Mike mengangguk.

“Teruk sangat ke?"

“Boleh tahanlah. Mak long aku cakap sampai lembik badan."

“Makan apalah budak tu sampai kena cirit birit," ujar Mike sebelum menuang espresso ke dalam gelas yang berisi ais.

“Entah! Tapi kata mak long aku sebelum kena cirit tu dia keluar dengan Nida." Mike angkat kening,

“Dia dah dapat ayat si Nida ke?"

“Mungkin! Kalau tak, takkan dia orang boleh keluar sekali." Baru Mike membalas, pintu kafe ditolak dari luar membuatkan Mike dan Is sama-sama berpaling ke depan,

“Selamat datang!" Is tiba-tiba ukir senyum senget sebelum memandang Mike,

“Dia datang... dengan lenggang-lenggoknya! Dia datang... dengan lenggang-lenggoknya."

“Diam! Pergi hantar ni dekat customer." Mike memberi arahan.

“Ai ai, bos!" Mike terus mencapai pen dan buku menu. Walaupun kakinya sakit, dia berjalan juga mendekati meja Sarah dan rakan-rakannya,

“Hi, may I take your order?" Buku menu dihulurkan pada salah seorang rakan Sarah.

“Kaki awak kenapa?" Tanya Sarah. Kawan-kawannya yang tadi sedang membelek buku menu memandang Sarah yang menegur lelaki yang masih berdiri di meja mereka. Mike sengih,

“Romeo pun manusia biasa. Terpeleot sebab salah landing." Sarah tahan senyum nak menguntum,

“Lain kali tak payah nak berlagak Romeo sangat, nak panjat-panjat pagar rumah orang."

“Nak pujuk Juliet kan?" Sarah buat muka.

“Eh, korang kenal?" Salah seorang kawan Sarah menyampuk. Sarah pandang Mike sekilas sebelum memandang kawan-kawannya,

“Kawan aku. Salah seorang owner kafe ni." Mike pandang Sarah dengan riak wajah tak percaya. Sarah sebut kawan aku...

“Patutlah kau cadangkan kafe ni," kawan Sarah ukir senyum mengusik,

“Saya Elisya, kawan Sarah sejak kecik lagi. Nak tau apa-apa pasal Sarah, tanyalah saya!" Mike senyum lalu menggeleng,

“Tak apa. Saya tanya dia sendiri je nanti. Baru gentleman!" Sarah buat muka. Gentleman sangat!

Mike baru nak melelapkan matanya membuka matanya saat terasa ada getaran dari bawah bantalnya. Telefon dicapai sebelum skrin dibuka. Melihatkan nama yang tertera di skrin, dia terus bangkit dari baringnya!

+Mikail? -Ya, saya!

+Dah tidur ke?" -Baru nak lelap ????

+Saya dah buat keputusan nak maafkan awak dan beri awak peluang kedua. Mike yang membaca mesej itu terus melompat turun dari katil sebelum melompat-lompat di atas lantai! Yeay! Terima kasih Ya Allah. Mike berhenti melompat bila telefonnya bergetar sekali lagi. Pesanan dari Sarah dibuka.

+Tapi saya ada syarat... -Apa syaratnya?

+No more lies, please. Saya tak suka ditipu. -Janji! No more lies. Lepas ni saya cuma akan bagitahu awak benda yang betul sahaja.

+Janji? -Janji!?

+Okey

+Hai, nama saya Sarah. Mike tersenyum sebelum dia membalas mesej dari Sarah. -Hai, nama saya Mikail tapi awak boleh panggil saya Mike! Selamat berkenalan.

+Selamat berkenalan, Mike ????

Adib memandang Mike yang sedari tadi tersengih. Mike dah angau!

“Cukuplah sengih sorang-sorang! Orang lain pun bercinta jugak."

“Siapa orang lain yang bercinta tu? Kau?" Apek jungkit kening. Adib sengih! Mestilah aku!

“Aku mana bercinta pun. Kami kawan je," ujar Mike.

“Yelah tu," Apek tarik muka.

“Betullah. Kami selesa berkawan sekarang."

“Tak apalah, berkawan dulu. Dah kenal hati budi, proceed ke langkah seterusnya," ujar Is sambil mengelap gelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience