BAB 21

Romance Completed 9338

“Puan, inilah adik lelaki saya tu. Mikail namanya. Barista kafe ni." Puan Safiah ukir senyum,

“Bagus anak muda macam awak buka kafe macam ni." Mike menunduk sikit pada Puan Safiah, tanda hormat,

“Terima kasih, puan. Banyak lagi kami kena belajar." Puan Safiah mengangguk. Sopan.

“Pak ngah!" Aimy berlari mendekati Mike. Mike buat muka,

“Apa? Pak ngah tak ada duit dah nak bagi jajan dekat Aimy." Aimy tarik muka sebelum dia mendepangkan tangannya,

“Dukung!"

“Ei, tak malu ke? Tu aunty cantik tu pandang Aimy," ujar Mike sambil memandang Sarah sekilas.

“Pak ngah! Nak dukunggggg!" Puan Safiah ketawa. Mike pula terus mendukung Aimy yang mula nak merengek,

“Why so manja?" Aimy buat muka. Zalia ketawa sebelum dia membelai rambut Aimy,

“Aimy ni memang manja dengan pak ngah dia. Walaupun pak ngah dia ni kuat mengusik, kalau saya marah dia... pak ngah dia mesti marah saya balik." Puan Safiah ketawa lagi. Sarah pula tanpa sedar mengukir senyum. So cute!

“Saya nak minta diri dulu. Nak kemas dapur pulak," ujar Mike sambil mengukir senyum pada Sarah dan Puan Safiah. Puan Safiah mengangguk,

“Terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap tadi." Mike mengangguk sebelum dia memandang Aimy,

“Pak ngah nak masuk dapur. Aimy nak stay dengan mummy ke nak ikut pak ngah?"

“Aimy nak ikut pak ngah!" Mike buat muka sebelum pipi Aimy dicium,

“Ei, busuk!" Dia kemudiannya terus berjalan meninggalkan kakaknya bersama Puan Safiah.

“Pak ngahlah busuk!" Dari jauh mereka mendengar Aimy membentak. Puan Safiah dan Zalia ketawa lagi. Sarah pula menghela nafas. Bagi dia peluang, huh? Adib pandang Mike yang sedang bermain tepuk-tepuk dengan Aimy,

“Kau ada cuba bercakap dengan dia tadi?"

“Nak cuba bercakap apa? Dia berkepit je dengan mak dia."

“Aku terkejut gila bila nampak dia tadi." Apek yang tadi senyap mengangguk,

“Aku ingat dia dah tak nak jejak dah kafe kita."

“Aku jumpa dia tadi lagi," ujar Mike sebelum mula mengikat rambut anak saudaranya.

“Huh? Bila?"

“Tadi. Waktu aku beli hadiah untuk budak ni!" Jawab Mike sambil dia menarik rambut Aimy.

“Pak ngah!" Adib dan Apek ketawa.

“Kau jumpa dia kat mana?" Tanya Adib, kembali ke topik asal.

“Kat kedai hadiah tu. Aku terlanggar dia waktu bawak teddy bear budak ni!" Sekali lagi rambut Aimy ditarik.

“Pak ngah!"

“Kau tak puas hati apa dengan anak saudara kau ni?" Ujar Apek sebelum dia buat gaya bagai mahu mendukung Aimy. Aimy menggeleng,

“Uncle, where is your eyes?" Sesaat, bahagian dapur itu sunyi sepi dari sebarang suara sebelum Mike dan Adib mula ketawa berdekah-dekah.

“Uuu... burned!" Adib ketawa kuat. Aimy terpinga-pinga lalu dia memandang Apek. Apek pula menghela nafas. Kau pun nak cari pasal macam pak ngah kau ke budak? Mike ketawa,

“Budak memang jujur, Apek. Terimalah kenyataan."

“Diam kau!" Ucap Apek sebelum berlalu ke sinki. Adib berhenti ketawa akhirnya sebelum dia memandang Mike,

“Waktu kau nampak dia lepas berminggu-minggu tak nampak dia, apa kau rasa?"

“Waktu aku nampak dia tadi..." Mike memejamkan mata, bagai mengulang kembali saat dia da Sarah bertentang mata di kedai hadiah tadi,

“Aku rasa aku baru jumpa bidadari." Adib terlopong,

“Sungguhlah kau ni Romeo, Mike! Aku yang orang panggil kasanova angkat tabik dekat kau." Mike senyum,

“Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia benda yang sebenarnya. Aku tak rasa dia nak jumpa aku or dengar apa yang aku cakap."

“Ingat pesan Is, kalau nak jadi romeo..."

“Jadilah romeo yang agresif. Bukan pasif." Adib senyum lalu mengangguk. Aimy tiba-tiba memandang Mike,

“Pak ngah, what is Romeo?" Mike pandang Adib. Adib pandang Apek. Apek pandang Is yang baru masuk ke dapur. Is yang sedar diperhatikan angkat kening,

“Kenapa?" Serentak, mereka bertiga ukir sengih. Mike terus berbisik pada Aimy. Aimy mengangguk sebelum memandang Is,

“Uncle Is."

“Ya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience