BAB 10

Romance Completed 9338

“Jom!" Adib pandang Mike lalu keningnya dijungkit-jungkit,

“Uuu... dia senyum dekat kau!"

“Are you sure? Aku rasa dia senyum dekat kau," ujar Mike sebelum dia mencapai buku menu,

“Dahlah! Aku pergi ambik order dia orang."

“Eh, tak apa!" Adib tarik buku menu di tangan Mike,

“Biar aku ambik order dia orang."

“No!" Mike tarik semula buku menu,

“Biar aku ambik order."

“Eh, tak apa. Biar aku je ambik. Lagipun, aku nak try kawan Sarah tu." Muka Mike berubah. Nak try Mira? Jangan buat gila Adib! Kau tengah 'berkawan' dengan Sarah sekarang,

“Tak payahlah. Kau try orang lainlah."

“La... kenapanya? Apa salahnya aku try kawan dia?" Adib memuncungkan mulutnya.

“Sajalah. Tak payah trylah dia tu." Jawab Mike sebelum buku menu ditarik semula dari tangan Adib,

“Biar aku ambik order!" Baru Adib nak menarik semula buku menu di tangan Mike, ada satu tangan lagi yang mencapai buku menu tersebut,

“Biar aku ambik order, korang dua orang stay sini. Buat kopi, ya?" Mike dan Adib sama-sama terdiam. Is pula ukir senyum senget sebelum berlalu ke meja Sarah dan Mira. Adib jeling Mike,

“Ni semua salah kau!" Mike buat tak tahu. Salahkanlah aku, Adib. Asalkan kau tak pergi meja Sarah tu!

"Korang dua ni tengah bergaduh ke apa?"

“Siapa?" Mike bertanya.

“Kau." Apek pandang Mike sekilas sebelum dia memandang Adib,

“Adib." Adib buat muka,

“Mike ni haaa... halang aku bercinta."

“Wei, mangkuk! Bila masanya aku halang kau bercinta, syaiton?" Apek ketawa. Halang bercinta konon.

“Tadi!" Adib memuncungkan mulutnya,

“Aku baru nak mengayat kawan si Sarah. Tiba-tiba si gila ni menghalang niat suci aku."

“Kawan Sarah?" Kening Apek terangkat sikit sebelum dia memandang Mike,

“Sarah datang kafe?" Adib mengangguk. Wajahnya masih kelihatan muram. Apek pandang Adib,

“Kau nak ayat kawan Sarah tapi Mike tak bagi?" Adib angguk lagi. Apek pandang Mike lalu dia menggumam rendah,

“Patutlah..."

“Patutlah apa?" Adib pandang Apek. Mike pula dah berubah mukanya. Laju dia memberi isyarat mata pada Apek. Jangan cakap, Apek! Jangan cakap! Apek hela nafas,

“Patutlah Mike tak bagi kau ayat kawan Sarah tu. Kau tu kasanova. Nanti kau ayat minah tu, dia suka kau... kau angkat kaki. Kau ingat Sarah tu nak ke dekat Mike lepas kau buat macam gitu." Adib tiba-tiba ketawa,

“Ooo... sebab tu ke? Lain kali cakaplah awal-awal, Mike!" Mike tersengih saja,

“Takkan nak cakap. Faham-faham sendirilah." Dia kemudian memandang Apek. Terima kasih, dude! Apek menghela nafasnya sekali lagi lalu menggeleng. Kali ini aje!

Sarah menyandar pada sofa sambil menonton drama Buzzer Beat, lakonan Yamapi dan Keiko Kitagawa. Sedang dia menonton, telefon pintar yang ada di atas meja bergetar. Telefon itu dicapai lalu skrin telefon pintar itu dibuka. Pesanan Whatsapp dari Adib. Dia mengeluh namun dia tidak mahu digelar sombong. Dia layankan jua.

+Sarah! -Ya?

+Sibuk ke? -Tak sangat. Tengah tengok cerita Jepun.

+Ooo... sorry tadi waktu awak pergi kafe, saya tak tegur awak. Saya segan nak tegur. Dahi Sarah berkerut. Segan? Pelik! Tadi rasanya kat kafe, ramah aje dia tegur semua pelanggan dia. Mira kata waktu nak bayar makanan mereka, ramah aje si Adib menegur. -It's okay.

+Sarah, Mike kata awak suka kucing. Mata Sarah bercahaya apabila ternampak nama Mike di dalam mesej Adib. -Bolehlah. Awak suka kucing?

+Tak berapa tapi Mike suka. -Bercakap pasal Mike tu... dia ada split personality ke? -Tadi saya senyum dekat dia, dia tak senyum balik pun.

+Mike? Awak senyum dekat Mike ke? Saya ingat awak senyum dengan saya *insert sad face* Sarah senyum senget. Senyum dekat awak? Ampunlah... -Sebab saya pernah sembang dengan dia. Dengan awak tak pernah lagi.

+Bila awak pernah bersembang dengan dia? -Oh, saya terjumpa dia waktu sertai program sukarelawan.

+Ooo... Mike memang suka sertai program-program macam gitu. Mike tu okey sebenarnya, cuma dia pemalu sikit. Dia tak ada split personality pun. Kalau awak nak rapat lagi dengan dia, awak tegurlah dia, bersembanglah dengan dia. Lama-lama nanti dia okeylah. -Kenapa saya rasa macam awak tengah promote Mike dekat saya? *insert smirk*

+Hahaha! Taklah. Saya bagitahu je.

+Okeylah, Sarah! Saya nak tidur dulu. Selamat malam! -Selamat malam, Adib! Sarah hela nafas lalu telefon itu diletakkan di atas meja kopi. Pada masa yang sama, di sebuah rumah lain... Mike tersenyum sendiri dalam baringnya sebelum kucing berwarna putih diambil lalu diletakkan di atas dadanya,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience