BAB 15

Romance Completed 9338

“Tapi serius aku suka dia, wei! Lagi dia jual mahal, lagi aku nak beli." Mike senyum,

“Kau rasa sekarang kau dah matang?"

“Matang sikitlah dari kau!" Adib jungkit-jungkit kening. Mike mencampakkan kain lap meja ke muka Adib. Apek ketawa,

“So, bila kau nak bagitahu dia, Mike?"

“Tak tahulah! Semalam dia senyum kat aku, aku terus pandang tempat lain... tak balas pun senyuman dia. Aku rasa macam bersalah nak balas senyuman dia." Apek ketawa lalu dia menggeleng,

“Sebab tu kau kena be a man untuk hilangkan rasa bersalah kau tu."

“Arghh! Kenapalah aku boleh suka kat Sarah tu?!" Mike mengeluh kuat sebelum meletakkan kepalanya pada meja kaunter. Adib ketawa,

“Mike... Mike... aku ingatkan selama ni kau cuma akan sukakan kucing aje! Rupanya kau ada jugak perasaan dekat manusia kan?" Mike angkat muka,

“Kau nak aku letak anak kucing dalam loker kau kat bilik rehat tu?" Adib terus berhenti ketawa. Err... seram...

"Papa nak Sarah sambung master dekat mana?" Sarah angkat kening.

“Aussie. Kak Nadya ada kat sana."

“Sarah baru cadang nak study dalam Malaysia je."

“Sarah ni pelik, tahu? Orang lain berlumba-lumba nak sambung belajar dekat luar negara, Sarah nak belajar dekat Malaysia je?" Puan Safiah menggelengkan kepala.

“Ada apa dekat luar negara tu? Lagipun Sarah dah dapat tawaran untuk sambung di Universiti Malaya."

“Sarah, papa dengan mama nak yang terbaik untuk Sarah." Encik Said memandang Sarah dengan penuh harapan.

“Sarah tak nak. Sejak tingkatan satu, Sarah duduk jauh dari keluarga. Untuk kali ini, tolong... Sarah nak belajar dalam Malaysia saja. Keputusan Sarah muktamad."

“Sarah..." Sarah segera bangun,

“Sarah dah nak masuk tidur! Assalamualaikum, mama papa. Good night!" Encik Said menggeleng,

“Waalaikumussalam..." Sarah yang sudah berlalu ke biliknya mengeluh.

Tiba-tiba saja mama dan papanya mahu dia menyambung pengajian ke luar negara. Sarah segera duduk di birai katil sebelum telefon pintar yang disorokkan dibawah bantal ditarik keluar.

Skrin telefon dibuka. Notifikasi dari aplikasi Whatsapp dibuka. Bibirnya tersenyum saat nama Adib tertera di atas skrin.

+Sarah!

-Assalamualaikum...

+Waalaikumussalam. Busy tak?

-Tak. Baru nak tidur. Kenapa ya?

+Esok... awak datang kafe, boleh?

Sarah mengerutkan dahinya dengan permintaan Adib. Dia baru berkira-kira tak nak menjejakkan kaki di kafe itu. Dia masih kecewa dan marah dengan Mike! -Oh, kenapa ya?

+Ada benda saya nak bagitahu awak.

-Oh, bagitahu ajelah dekat sini. -Penting ke?

+Tak boleh. Kena bagitahu awak face to face. Yes, ia sangat penting. URGENT!

-Pukul berapa awak nak saya pergi kafe itu?

+Terpulang pada awak. Tapi kalau boleh waktu sianglah. Sarah mengeluh sikit. Hmm... nak pergi ke idok?

-Okey. Saya datang lepas Zohor. Okey?

+Okey! Sekarang, awak pergi tidur. Dah lewat ni.

-Baik, encik! Goodnite, Adib!

Sarah menyimpan telefonnya di bawah bantalnya sebelum dia memejamkan matanya. Apalah agaknya yang Adib nak beritahu pada dia, ya?

Mike kerling jam di dinding. Sudah pukul 2.30 petang tapi bayang Sarah masih lagi tidak kunjung tiba.

“Relakslah! Karang sampailah dia tu." Mike hela nafas,

“Kalau dia tak datang pun bagus jugak."

“Kenapa?"

“Aku takutlah, gila!" Adib ketawa,

“Berani buat tapi takut nak mengaku!"

“Diam kau!" Mike tarik muka. Adib ketawa. Sentap... Bunyi pintu ditolak buat Adib dan Mike memandang ke arah pintu. Adib ukir senyum lebar,

“Selamat datang!" Sarah membalas senyuman Adib. Ceria sangat dia hari ni. Kenapa ya? Adib kalih memandang Mike,

“Woi, senyum!" Mike merenung kosong pada wajah Sarah sebelum dia kalih memandang mesin espresso. Adib tepuk dahi. Dia buat dah! Sarah tanpa sedar menarik muka. Sombong! Dia kemudiannya terus mengambil tempat di sebuah meja kosong.

“Mike!"

“Dude, I can't do this!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience