BAB 7

Romance Completed 9338

Mike menghela nafas bila Apek sedang merenung dia tidak lepas,

“Kau kenapa?"

“Kau tu kenapa? Kau nampak lost, Mike. Kau ada masalah ke?" Mike menggeleng,

“Tak adalah. Aku okey je."

“Dude, aku tau kau tak okey. Adib cakap, hari ni kau macam hilang fokus bila buat kopi. Kau kenapa?" Mike hela nafas,

“Aku sebenarnyaa... arghh!"

“Kenapa?" Apek bertanya, tenang.

“Janji kau takkan bagitahu Adib?" Mike bertanya, meminta kepastian. Kala itu, hanya ada dia dan Apek saja di dalam kafe. Adib dan Is awal-awal lagi sudah pulang.

“Ada kaitan dengan Adib? Kenapa? Kau sailang awek Adib ke?"

“Bukanlah, gila!" Apek sengih,

“Dah tu?"

“Remember awek sneakers merah?"

“Ya. What about her?"

“Okey, aku rasa kau tahu kan yang Adib mesej budak perempuan tu pakai telefon aku?" Mike bertanya. Melihatkan Apek mengangguk, dia meneruskan ceritanya,

“Well, lepas Sarah reply mesej Adib, aku mesej dia semula. Aku ajak dia berkenalan." Wajah Apek berubah sedikit. Matanya yang sepet menjadi semakin sepet. Mike laju buat muka,

“Nak gelak, gelaklah!" Apek terus ketawa sebaik saja Mike memberi kebenaran!

“DUDE, IT'S FUNNY!”

“Kau nak dengar cerita ke tidak?"

“Okey... teruskan. Teruskan!"

“Then dia balas, saya dah tau awak siapa. Awak Adib. Owner Gulp! Kafe." Apek kerutkan dahi,

“Adib? Kenapa dia kata kau Adib?"

“Sebab Adib yang minta nombor dia dari kawan dia."

“Lepas tu?"

“Aku..." Mike hela nafas,

“Aku mengaku aku Adib." Wajah Apek berubah,

“Kenapa? Terus-terang jelah pasal benda betul. Kau siapa, kau nama apa. Kenapa nak pakai nama Adib?"

“Aku tak tahu! Aku rasa, better aku jadi Adib dari jadi diri aku."

“Tapi kenapa?"

“Aku tak ada keyakinan dengan diri aku. You see, dari zaman kita sekolah, Adib tu sangatlah famous. Masuk universiti pun sama. Good looking, hot, pandai. Aku? Good looking? Tak. Hot? Lagilah tak. Pandai? Lebih kurang sama je dengan Adib."

“Mike!"

“Antara kita berempat pun, orang tak pandang aku pun. Jet, sekali senyum. Lekat Iman dengan dia. Adib, apatah lagi. Tak payah senyum, setakat renung pun orang dah cair. Kau? Hmm... sepet tu daya tarikan kau. Aku, tak ada. Mata pun tak sepet."

“Bangang! Sempat lagi tu!" Apek ketawa,

“Sejak bila kau jadi kurang keyakinan diri ni, Mike?"

“Sejak aku jatuh suka dekat Sarah ni." Mike ketawa.

“Kalau kau betul suka dia, kau patut bagi dia sukakan diri kau. Bukan sukakan Adib!"

“Kalau aku jadi diri aku, kau rasa dia akan suka aku? Apek, aku bukan macam Adib yang manis berkata-kata, lembut tutur bicara, pandai buat lawak bagi orang ketawa. Aku ni tak reti bergaul dengan perempuan macam Adib. Mulut aku pun kadang-kadang tak ada tapis. Sekali tengok, macam gangster. Dua kali tengok, macam penyangak. Kau rasa dia akan suka ke lelaki macam aku?"

“Low gila self-esteem kau." Mike senyum tawar,

“Aku tau. Jet pun cakap benda yang sama."

“Jet cakap apa lagi?"

“Semua benda yang kau cakap, dia cakap juga pada aku."

“Kau nak menyamar jadi Adib sampai bila?" Mike angkat bahu,

“Entah! Sampai rahsia ni terbongkar sendiri."

“Mike, kau sedar tak kau nak cipta persahabatan dengan sebuah penipuan."

“Sedar tapi... aku betul nak kenal dengan dia." Apek mengeluh,

“Terpulanglah kau nak buat macam mana tapi aku pesan siap-siap, kalau rahsia kau ni terbongkar, aku takkan dapat tolong kau." Mike mengangguk, sedar,

“Aku tau, Apek. Aku tau." Apek menghela nafas sebelum dia menggeleng. Jet macam gitu. Mike macam gini. Aduhai...

Sarah tersenyum apabila mesej dari 'Adib' masuk. Entah macam mana, dia boleh pula bersetuju nak berkawan dengan 'Adib' padahal sebelum ini dia yang tak mahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience