BAB 28

Romance Completed 9337

“Adib! Jangan kacaulah!" Kakak sulung Adib, Adina menampar tangan Adib.

“Sengetlah, along!"

“Memang sengaja angah buat senget!" Kakak kedua Adib, Asilah membalas,

“Jangan kacau!" Adib sekali lagi mahu membetulkan letak bunga namun tangan Mike laju menampar tangannya,

“Cuba kau duduk diam."

“Bunga tu senget! Tak lawa!" Adib tarik muncung.

“Senget tu seni, tahu! Dah, tepi!" Asilah menolak Adib ke tepi. Glue gun dicapai sebelum bunga berwarna ungu lembut itu dilekatkan di tepi dulang. Adib tarik muka,

“Kak lang tak balik ke?"

“Kak lang balik esok!" Adina menjawab. Adib pandang Mike,

“Wei, jom lepak bilik akulah!"

“Aku ingat kau nak suruh aku buat hantaran sekali kakak kau tadi." Adib menjeling sebelum dia dan Mike berdiri dan sama-sama berlalu ke tingkat atas.

“Buatlah macam bilik sendiri!" Ujar Adib sebelum dia duduk di kerusi meja kerjanya.

“Memang aku selalu buat bilik kau ni bilik aku sendiri pun,” Mike mengangguk sebelum dia duduk di atas katil Adib,

“Apa perasaan kau nak bertunang dengan Nida ni?"

“Perasaan?" Adib jungkit kening,

“Entah!"

“Nervous?"

“Tak."

“Gugup?"

“Tak." Adib ketawa,

“Bukan aku nak akad nikah lagi, gila!" Mike turut sama ketawa,

“Berapa lama tempoh pertunangan kau dengan Nida?"

“Family aku mintak setahun. Family dia nak tunang dua tahun tapi tengoklah esok. Umi aku nak bincang dengan mummy Nida macam mana."

“Mangai lama sampai dua tahun!"

“Nida tu tengah sayang nak lepaskan kerjaya dia." Adib senyum tawar,

“Lagipun aku nak tunggu kau, Apek dengan Jet kahwin dulu."

“Nasib kaulah dapat bakal isteri orang famous." Mike ketawa,

“Kalau macam tu, sampai ke tua belum tentu kau dapat kahwin. Apek tu macam mustahil je nak kahwin dalam masa terdekat ni."

“Ah, yang penting kau kahwin dulu!" Mike senyum,

“InsyaAllah. Kau rasa Jet balik tak kenduri aku?" Adib jungkit bahu,

“Aku harap dia balik."

“Aku pun!"

"Mike..."

“Ya?"

“Kalau kita tak cari kasut nikah, tak apa tak?"

“Eh, kenapa? Awak tak nak nikah dengan saya ke?" Mike jungkit kening.

“Naklah!" Sarah menjawab laju,

“Tapi..."

“Tapi...?" Mike pandang Sarah.

“Saya tak pandai pakai heels." Mike mengerutkan dahinya,

“Pakai ajelah. Sarung dan jalan macam biasa ajelah kan?"

“Saya tak pandai nak balancekan badan saya. Saya dah biasa pakai sneakers dan flats je. Kalau kasut pergi ofis pun, ada tumit sikit je," Sarah menggaru-garukan kepalanya. Mike senyum. Comel!

“Tak apa! Jom kita pergi tengok-tengok dulu, okey?" Sarah menghela nafas,

“Okey tapi tak apa ke awak masuk kafe lambat hari ni?"

“Tak apa. Saya dah cakap dekat budak-budak tu." Sarah mengangguk sebelum dia dan Mike sama-sama beriringan masuk ke dalam sebuah kedai kasut.

“Hai, boleh saya bantu?" Seorang pembantu kedai datang mendekati Mike dan Sarah.

“Kami cari kasut tumit tinggi untuk majlis kahwin." Si pembantu kedai pantas mengangguk sebelum memandang Sarah,

“Boleh cik ikut saya?" Sarah pandang Mike. Mike mengangguk,

“Saya stay sini." Sarah ukir senyum nak tak nak. Dengan hati yang tak rela dia mengikut langkah pekerja di situ yang menuju ke rak kasut yang dipenuhi dengan kasut-kasut tumit tinggi yang cantik.

"Kenduri aku next month, kau balik tak?" Jet di skrin mengangkat bahu,

“Kau harap aku balik ke?"

“Wei, gila! Kau jangan buat pasal eh! Kau cakap kau nak kahwin kalau salah seorang daripada kami kahwin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience