BAB 9

Romance Completed 9338

“Guys, gerak!" Suara si ketua program mengejutkan mereka bertiga. Mike senyum,

“That's our call! Jom gerak!" Mira dan Sarah sama mengangguk. Sempat mereka berpamitan dengan wanita separuh abad yang sudah mula menjamah makanan yang diberikan kepadanya tadi.

"Kami baru lagi join program ni. Dulu pernah join waktu kat universiti. Ni sekarang masing-masing dah habis belajar, tu saja-saja join. Lagipun kami tak kerja lagi, bolehlah nak join program macam ni." Mike mengangguk mendengar kata-kata Mira,

“Belajar dulu ambik course apa?"

“Saya ambik business," jawab Sarah sebelum menyedut air kotak perisa epal yang ada di tangannya. Mike kerling Sarah yang masih lagi senyap tanpa suara,

“Er... Sarah?" Sarah pandang Mike lalu dia senyum nipis,

“Akaun."

“Awak dah lama join program ni, Mike?"

“Bolehlah! Waktu dekat universiti dulu saya memang selalu join program macam ni. Tapi lepas bukak kafe dengan member-member saya, jarang join tapi kalau ada kelapangan, saya akan join." Sarah dan Mira mengangguk kemudian Mira terus bertanyakan pelbagai soalan pada Mike. Sarah pula hanya mendengar. Sesekali dia memandang Mike. Kat mana kami pernah jumpa ya?

“Nyiaoo..." Mata Mike terus terarah pada seekor kucing yang sedang menggeselkan badannya pada kakinya. Bibirnya terus mengukir senyum lebar. Kucing terus diangkat,

“Hai, sayang!" Sarah pandang Mike. Muka serius macam gangster, kelam-kabut sikit, ramah, suka senyum dan... penyayang! Mike mengacah-acah kucing di tangannya itu,

“Kurus sangat awak ni. Nak ikut abang balik rumah?"

“Awak bela kucing?" Tanya Sarah sambil menongkat dagu memandang Mike.

“Hmm, setakat ni ada sepuluh ekor kot. Kalau termasuk yang ini, mungkin jadi sebelas. Atau lebih." Jawab Mike dengan senyuman yang memekar di bibirnya. Sarah tersenyum. Mata dia bercahaya! Mesti dia sangat, sangat, sangat, sukakan kucing.

“Awak suka kucing?" Mike kalih memandang Sarah sebelum dia kembali memandang kucing yang dia letakkan di atas ribanya. Not good! Not good! Senyuman dia... Ya Allah!

“Suka!" Sarah memanjangkan tangannya, membelai kucing di riba Mike,

“Tapi dulu saya neutral, nak kata suka pun tak, nak kata tak suka pun tak. Sejak mama saya bela, baru rasa suka tu datang." Mike tersenyum di luar sedar lalu dia mengangguk.

“Mike, kau jumpa stray cat lagi, huh?!" Faiz yang baru tiba ukir senyum.

“Macam kau tak tahu. By the way Faiz, aku nak kena gerak dulu ni! Aku tak dapat tunggu dah," Mike berdiri.

“Eh, dah nak balik ke?" Tanya Mira sebelum berdiri bersama-sama Sarah. Mike mengangguk,

“Tak boleh stay lama. Nice meeting you girls. Kau pun, Faiz! Nanti datanglah lepak kat kafe. Awak berdua jugak!" Sarah dan Mira mengangguk. Faiz pula menepuk bahu Mike. Mike ukir senyum sebelum berlalu pergi dengan kucing di tangannya.

“Faiz, dah lama ke kenal dia tu?" Tanya Mira. Faiz angkat bahu,

“Sejak dari universiti lagi. Dia tu, nampak aje garang tapi pemalu. Sekali dia senyum, nampaklah muka dia tu macam mesra sikit."

“Dia sayang kucing sangat-sangat, eh?" Tanya Sarah. Faiz mengangguk.

“Sangat. Kat mana ada kucing, kat situ ada dia dan kat mana ada dia, kat situ ada kucing. Rajin pulak tu bagi makan kucing-kucing kat universiti kami dulu." Sarah mengangguk lalu dia memandang Mira,

“Kau tak nak try si Mike tu?"

“Tak naklah! Tapi kalau kau offer Adib dekat aku, aku terima je." Sarah tarik muka,

“Kalau kau nak mamat tu, ambiklah. Aku tak heran pun!" Mira terus ketawa, kuat!

"Kau apahal sengih-sengih aje ni, gila?" Adib menumbuk bahu Mike yang sedang tersengih. Buat kopi sengih, buat mojito sengih,

“Kau tengah bercinta ke Mike?"

“Sengih pun salah ke?"

“Tak adalah. Kau sedang tersengih lebar, Mike! Rare kot." Mike buat muka pada Adib sebelum dia memandang Is,

“Is, aku senyum pelik ke?" Is jungkit kening sebelum dia mengambil dulang yang ada di depannya,

“Nope! Aku rasa kau better senyum macam tu. Nampak mesra sikit!" Mike pandang Adib lalu keningnya dijungkit-jungkit,

“See..." Adib tarik muka,

“Whatever, dude!" Mike ketawa. Dah kalahlah tu. Pintu kafe ditolak dari luar. Adib panggung kepala. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyum lebar,

“Mike!"

“Apa?"

“Sneakers merah!" Mike laju mengangkat muka. Damn! Mira yang nampak Mike mengangkat muka terus mengangkat tangan. Sempat dia menyiku Sarah di tepinya,

“Sarah, Adib duduk sebelah Mike tu!" Sarah mengerling Adib yang sedang tersenyum lebar. Sempat dia memandang Mike juga. Mamat gangster! Dia mengukir senyum segaris sebelum menarik tangan Mira untuk duduk di meja,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience