Bab 5

Romance Series 10731

"arghh rimas..macam mana ni.." rungut Naufal seorang diri di dalam biliknya..mana taknya ibu nya itu sering menyuruhnya untuk keluar bersama calon menantu pilihan ibunya iaitu Lia.. tidak dinafikan Lia seorang gadis yang cantik,pandai bergaya dengan gaya trend gadis terkini namun hatinya tetap pada Nadirah..
Ibu Naufal telah bersetuju untuk merestui perkahwinan Naufal dan Nadirah tetapi ibunya meletakkan syarat dan syaratnya ialah Naufal perlu keluar bersama calon menantu pilihan ibunya. Tanpa berfikir panjang Naufal terima dengan niatnya agar ibunya merestui perkahwinannya nanti..
Nadirah sikit pun tidak berasa cemburu akan  buah hatinya itu keluar bersama wanita lain..dia kenal benar dengan Naufal. Naufal tidak akan senang senang jatuh hati pada wanita lain.
Untuk menghilangkan rasa rimasnya Naufal cepat mendail nombor Nadirah dia tahu dengan berada di sisi Nadirah masalah yang dihadapinya akan lenyap walau sekejap..itulah namanya cinta dan sayangnya hanya untuk Nadirah.

"salam awak..jom jumpa.." pinta Naufal di hujung talian yang sedari tadi dia sudah lama mendail nombor Nadirah namun dia berdiam diri..
"kita nak pergi mana?" tanya Nadirah
"teman saya boleh..saya sedang kusut wak..saya perlukan awak di sisi saya.." pinta Naufal dengan lembut..ya hanya tunangnya itu sahaja yang dapat melupakan segala hal yang sedang dia alami ..
Di sebuah pusat membeli belah..
Naufal sedang membeli tiket wayang untuknya dan Nadirah..sejak dari dalam kereta dia dan Nadirah banyak berdiam diri..mereka tahu mereka perlu menenangkan diri sebentar dengan hiburan..
Naufal membeli tiket wayang cerita terbaru iaitu Avengers, almaklumlah Naufal juga tidak ketinggalan menonton cerita itu dan dia telah mengikuti perkembangan filem tersebut mana mungkin dia melepaskan peluang untuk menontonnya..
"awak nak popcorn tak? Saya beli lebih..yelah nanti lapar pula kan..lepas wayang kita pergi makan pula ya?"  Naufal
"baiklah saya ikut aje..asalkan awak kembali tenang dan senyum macam ni okay?" sambil menayangkan senyuman yang paling manis sekali Nadirah berkata kepada Naufal seraya itu Naufal juga tersenyum..benar cinta itu dapat mengatasi segala masalah yang dia hadapi sekarang..
Selesai mereka menonton filem hebat tersebut...Nadirah dan Naufal juga keluar dari panggung wayang tersebut..lantas Nadirah menoleh ke arah Naufal yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri..Nadirah tahu bahawa pemikiran Naufa bukan tertumpu pada filem tersebut namun merawang ke lain..
"sedih kan pengakhiran filem tadi..saya hampir menangis saat spider-man pergi.." kata kata Nadirah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Naufal yang dari tadi hanya berdiam diri..
Naufal mengangguk kecil..tanda setuju dengan kata kata Nadirah..
"awak nak makan kat mana ni? Dahlah tak perlu nak sedih sangat pasal filem tadi..saya yang tengok pun tak emo semacam awak hehe.." pandai Naufal menutup perasaannya terhadap apa yang terjadi dalam panggung tadi..
Lantas Naufal mengajak Nadirah untuk makan di Nandos restoran yang sering menjadi kegemaran Naufal..
"awak..kenapa kita duduk di sini saya tidak selesa lah..rasa macam ada orang perhatikan kita.." kata kata Nadirah tadi tidak di endahkan..Naufal terus duduk di tempat tersebut..
"ish mana ada lah..awak ni perasan eh..sejak bila tunang saya ni pandai perasan ni haa?" yang sebenarnya Naufal juga rasa ada orang tengah perhatikan mereka..namun dia tidak mahu perkara itu membimbangkan Nadirah..
"apa apa jelah..dah saya lapar ni jom makan hehe.."
Setelah memesan makanan yang mereka mahu..maka sampailah makanan tersebut dan sejurus itu Nadirah terus membaca bismillah terus memasukkan makanan ke dalam mulutnya.. sungguh sejak dari dalam panggung lagi perutnya telah berbunyi..
Naufal yang perasan akan perwatakan Nadirah hanya mampu tertawa dengan kerena tunangnya itu..sungguh menarik hati..namun ada juga mata yang sedang memandang Nadirah selain Naufal..

"seronoknya kau makan Nadirah..aku kat sini dah macam spy tengok kau pergi sana sini dengan lelaki tu..sabar ajelah.." rungut Mikael..yelah sejak dari apa yang abangnya kata Mikael seperti tidak mengambil tahu tentang Nadirah..sekarang segala gerak geri Nadirah sudah berada di dalam tangan Mikael..

Usai makan..Naufal mengajak Nadirah untuk bermain bowling..itulah permainan yang mereka dua suka sekali apabila dulu mereka stress ketika belajar..
"padan muka awak kalah..wekkk" Nadirah yang mengejek Naufal terus Naufal buat buat merajuk..
"alah saya bagi "chance" je tu untuk awak menang..sebelum ni awak jarang menang kan.."
Naufal terus membalas ejekan Nadirah tadi..
"eleh dah kalah tak nak mengaku..itulah lelaki sifat ego dengan lelaki berpisah tiada.."
Naufal terus menampar lembut lengan Nadirah dan mereka terus gelak ketawa bersama..Mikael yang melihat adegan itu terus rasa nak bangun nak pergi dari situ tapi bila dia fikirkan balik janjinya itu...dia harus pertahankannya..

Tanpa disedari..tarikh perkahwinan Iman Nadirah dan Naufal Haikal sudah semakin dekat..
Yang makin merungsingkan Nadirah ialah..sekarang Iman Mikael kerap kali muncul di office nya..apa yang lelaki itu mahu darinya?..
Yang masih bermain di fikiran Nadirah ialah..lelaki itu sentiasa ada saat dia sedang menghadapi masalah.. contohnya..pada hari itu hujan lebat..
"marilah saya tumpangkan awak..bas lama lagi tu nak sampai habis dah lencun tu baju tu kang lain pula jadi.." Mikael mengajak Nadirah menaiki keretanya
Nadirah pantas menggeleng
"Tak apa pensyarah..saya dah biasa dah tunggu bas masa hujan macam ni.." kata kata Nadirah itu membuatkan Mikael berang..
"okay tak apalah kalau tak mahu naik..mana tahu nanti ada orang jahat ke nanti jangan sibuk jerit nama saya ya? Dahlah awak sorang aje tu" sengaja Mikael menakutkan Nadirah yang masih berdiri di sisi keretanya..
Laju sahaja Nadirah menaiki keretanya tanpa banyak soal..
"Pensyarah ni saje je kan nak menakutkan saya? Tahulah saya sorang aje di sini.."
"mana ada saya takutkan awak..Cuma awak tak tahu ke beberapa hari lepas ada orang kena ragut tau di sini..haa awak tak takut ke?" benar..kata kata Mikael memang benar..Nadirah juga sudah dengar berita tentang kes ragut itu..daripada Kak Rina.. hehe miss wartawan lah katakan Kak Rina tu..
"apa apa jelah pensyarah ni ada ada sahaja.."
"lagi satu saya nak cakap kat awak ni..tolong jangan panggil saya pensyarah lagi boleh? Nama saya Iman Mikael..panggil saya Mikael atau Mika"
"hmm baiklah..sekarang saya pula nak bertanya..cik Mikael ni tak ada kerja ke? Selalu aje saya tengok cik di pejabat saya ni..mengintai saya ke?"
Nak aja Mikael menjawab 'ye aku intai kau Nadirah..intai semua gerak geri kau..tak kenal erti penat..bertukar tukar kerja disebabkan kau hai lahh..nasib la kau Iman Nadirah kalau orang lain tak ada aku gila macam ni..'
"eh tak adalah..tak ada masa saya nak mengintai awak..saya banyak lagi kerja nak buat..awak tahu tak syarikat yang awak kerja tu syarikat keluarga saya..syarikat ayah saya tau..jadi apa maknanya tu?"
Tercengang Nadirah mendengar apa yang sedang diperkatakan oleh Mikael sebentar tadi..jadi Cik Mahfuz dan Cik Mikael ni bersaudara ke?..
"jadi Cik Mikael kerja di sini lah ye? Dan lagi satu Cik Mahfuz itu saudara Cik Mikael ke?"..
Sambil menggaru kepalanya Nadirah masih berani bertanyakan soalan sebegitu kepada Mikael..
"yup dia abang saya.."
"tapi bukan ke cik Mikael bekerja sebagai Pensyarah di tempat belajar saya dulu?"
Mikael sudah berkerut dahinya..
"Saje je tukar kerja..teringin nak mengajar..lagi lagi mahu mengajar awak ni Iman Nadirah lagi buat saya tidak keruan tau.." dengan senyuman nakal Mikael sengaja dia pamerkan di depan Nadirah..
Nadirah hanya menelan air liur tidak berani dia mahu bertanya lagi..silap silap dia pulak kena makan dengan Cik Mikael yang berbadan besar itu..
Dan banyak lagi adegan yang Cik Mikael membantunya..Cik Mikael seperti Superman yang sentiasa tahu dia sedang menghadapi masalah..mampukah Nadirah melupakan Mikael begitu sahaja? Sedangkan hatinya sedikit terbuka untuk Cik Mikael..
"apa aku fikir ni..ish..kau tu lagi berapa hari je dah nak jadi isteri orang tahu.." terus Nadirah menepuk mulutnya.. bila difikirkan Datin Maria yang tidak berapa suka akan dirinya terus terbatal niatnya ingin berangan lebih tentang perkahwinan..
"tak apa aku akan cuba buat Datin Maria suka akan aku..aku akan pastikan!" terus terangkat tangan Nadirah menandakan dia betul betul nekad mahu mengambil hati bakal ibu mertuanya itu..
Adakah Mikael akan membiarkan Nadirah berkahwin dengan Naufal begitu sahaja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience