Bab 3

Romance Series 10731

Di sebuah syarikat..
Nadirah mendapat panggilan untuk temuduga di syarikat tersebut bernama YSM Sdn Bhd..Nadirah mengenakan pakaian yang sopan iaitu baju kurung cotton bercorak bunga halus, dipadankan dengan tudung pink lembut dan mukanya di solek dengan "natural look" sungguh manis..
Dipandang ke kiri dan kanan diperlihatkan beberapa orang yang juga ingin bertemu duga di syarikat tersebut..rata-rata mereka semua berpakaian agak menonjol dan agak mengugat mata-mata yang memandang namun ia tidak mematahkan semangat Nadirah untuk meneruskan sesi temu duga nya..
"Iman Nadirah Ismail sila masuk" panggil staff yang telah berada di pintu bilik temu duga tersebut
Nadirah bingkas bangun dan memasuki bilik tersebut..
"Iman Nadirah right?" soal jejaka di depan Nadirah..
"yes I am.." jawab Nadirah
"So miss Nadirah.. you know the job you applied for?"
"Junior Executive.." jawab Nadirah yakin..
"yes..that's right..let's proceed..tell me about yourself"
"I am Iman Nadirah..my age is 21 years old.. I am graduate from Universiti from Perak..i'm taking course Architecture"

Setelah selesai sesi temuduga...Nadirah amat bersyukur kerana setelah ditemu duga dia terus diterima mula bekerja di syarikat tersebut. Walaupun dia agak terkejut dengan keputusan pihak tersebut namun dia tidak banyak soal tentang itu janji dia dapat kerja dan dia sudah mula kumpul duit tunang nya. Menjerit dia didalam hati..

Permulaan hari bekerja..
Nadirah agak gementar kerana hari ini adalah hari pertama dia bekerja di syarikat besar, walaupun tidak terkemuka namun masih gah bangunan dia bagi Nadirah..
"Cik ni Cik Rina kan? Saya Iman Nadirah melaporkan diri cik!" sambil mengangkat tangan ke dahi ibarat salute kepada Cik Rina yang berada di depannya.
"Tak payah over sangat lah..hahaha ingat kau tu nak lapor diri jadi polis ke apa?" tergelak Sabrina melihat telatah Nadirah di depannya.
"Erkk..tak perlu lapor diri ke Cik? Maaflah saya baru sahaja di sini tunjuk ajar Cik amatlah saya hargai" malu akan tindakannya Nadirah terus mengatakan hasratnya berada di situ.
"Dah..dah jom akak tunjuk meja kau..meja kau dengan akak tak jauh sebelah je..apa-apa nak tanya..jangan segan..mulai harini akak mentor kau di sini"
"Baiklah kak..terima kasih.."
"letak dulu barang kat situ akak nak tunjuk surau, tandas, pantry staff kat sini kang ada pulak yang sesat jadi polis bantuan lagi macam tadi hahaha" masih berbasi tawa Sabrina dek kerana perwatakan Nadirah sebentar tadi..

"ish akak ni kan..malu la Nadirah macam ni. Mana nak letak muka.." sambil menekup mukanya Nadirah benar-benar malu akan tingkah lakunya sebentar tadi..lantas kaki laju mengekori Sabrina yang sudah sedia berada jauh di depannya.
"haa ni surau, sebelah surau ni pula tandas untuk staf dan hujung sana tu pantry..kalau ada bawak bekal ke nak letak kat sana pun boleh semua staf buat macam tu.." terang Sabrina lagi, iyelah dengan ekonomi sekarang kebanyakkan staf bawa bekal sahaja senang tak perlu membazir duit untuk beli makanan di luar yang sudah terang-terang mahalnya tidak terkata.
Nadirah hanya mengangguk setiap apa yang diperkatakan oleh Sabrina, entah faham atau tidak ditolak tepi yang penting Sabrina menganggap bahawa Nadirah memahami apa yang cuba disampaikan.
"okay dah faham kan? Jom pergi kat meja kita.." ajak Sabrina kerana banyak kerja yang perlu di siapkan dan banyak benda yang perlu dia ajar Nadirah memandangkan Nadirah masih baru di dalam syarikat tersebut. Dia perlu bagitahu Nadirah terdapat beberapa peraturan yang Nadirah perlu patuhi.

"Lagi satu akak lupa nak bagitahu kat kau..peraturan kat sini akak bagitahu asas jelah eh malas nak panjang berjelar kau pun bukan budak tadika lagi.."
Sambil mencebik Nadirah hanya membesarkan telinga untuk mendengar peraturan yang bakal kak Rina terangkan kepadanya..
"1. Nampak lif sebelah kiri sekali tu..haa tu lif untuk orang atasan je boleh naik kita yang staf ni naik lif yang dua belah kanan tu..tapi tadi akak nampak kau selamba aje naik lif belah kiri tu sambil tersengih sengih..takpa nasib kau baru lagi jadi akak maafkan..
2. Setiap kerja yang kau dah siapkan tunjuk kat akak dulu..lepastu dah 'approved' baru hantar kat Encik Hashim kat meja hujung tu..nanti dia akan kumpulkan semua kerja staf dan minta cop bos kita di tingkat 11. Hanya Encik Hashim sahaja boleh naik atas tu kerana tingkat 11 tu 'private' katanya..
3. Jangan sesekali buat hal dalam syarikat ni, sebabnya sekelip mata je kau boleh hilang jawatan di tempat ni tau. Jadi jangan buat hal ya, dengar apa akak cakap. Apa yang boleh apa yang tak..
Itu sahaja buat masa ini akak nak bagitahu kau..nanti kalau ada lagi akak bagitahu.."
Sambil menelan air liur, Nadirah tercengang kerana dia telah menaiki lif itu sejak dari sesi temu duga lepas dan tiada orang pun yang menegurnya..nasib kak Rina bagitahu kalau tak sedap aja dia naik dengan lif itu..kerana lif itu sahaja tiada orang jadi senang untuk dia..
"baik kak Rina..maaf tentang lif itu..Nadirah tak tahu..lepas ni pasti Nadirah tak naik dah..hehe" Sambil menayangkan gigi dia yang putih itu Nadirah bersahaja..
Masa bekerja telah pun berlalu dan kini masa untuk pulang, sekali lagi lif yang kiri itu terbuka untuknya namun dia memandang sekiranya ada orang yang bakal menaiki lif tersebut..namun hampa tiada seorang pun..jadi dia menekan lagi lif agar lif staf bakal terbuka..
Datang seorang jejaka menegur Nadirah..
"kenapa tak nak naik lif tu?" kata kata lelaki itu mematikan niat Nadirah yang dari tadi menekan butang lif untuk turun di lif staf..
"Eh Encik..itu kan lif orang atasan..saya tidak boleh naik cik.." sambil menunduk Nadirah seloroh menjawab soalan jejaka tadi..
"Siapa kata awak tidak boleh naik? Awak Iman Nadirah kan?.."
"Kak Rina bagitahu lif tu staf tidak boleh naik..mana encik tahu nama saya?" lantas laju sahaja kepala Nadirah mendongak ke arah jejaka tersebut..
"Oh.. saya lah yang memasukkan awak ke syarikat ni nama saya Mahfuz.. tak perlu ber-encik encik lah.. panggil Mahfuz sahaja..nanti awak jadi adik ipar saya juga.." perlahan sahaja kata-kata terakhir Mahfuz itu hanya dia sahaja yang mendengarnya..benar Iman Mikael yang menyuruh abangnya itu menerima Iman Nadirah berkerja di syarikat keluarga mereka..
"Mana boleh macam tu cik, Saya kena hormat cik sebagai orang atasan di syarikat ini..takpa kalau encik tak bagi saya panggil Encik saya panggil Tuan lah kalau macam tu hehe.." seraya gurauan Nadirah itu membuatkan Mahfuz terhibur dan memecahkan suasana di lif tersebut yang dari tadi hanya ada mereka berdua sahaja..
Lif staf telah pun terbuka..tanpa disedari Mahfuz juga menaiki lif staf bersama Nadirah..tertarik sungguh hatinya untuk mengenal gadis yang berjaya menarik hati adik lelakinya itu..
"Awak tinggal dimana Nadirah? Balik dengan apa?"
"Saya tinggal tidak jauh dari sini je cik, saya balik menaiki bas sahaja..alaa dekat tu je hah cik tak perlu risau..pandai saya datang..pandai saya balik..hehe" selamba aje Nadirah bergurau dengan Mahfuz tanpa berfikir orang yang dia berjenaka itu ialah orang atasannya..
"Pandai bergurau pulak budak ni..kalau macam tu marilah saya hantar..kata dekat sahaja rumah awak kan?..mana tahu syarikat saya ni berjiran dengan rumah awak boleh kita jadi jiran hahaha" sambil berbasi ketawanya Mahfuz seraya menekan butang tempat parkir kereta tanpa menoleh ke arah Nadirah
"Eh cik Mahfuz ni mana boleh bangunan besar cik Mahfuz ni berjiran dengan rumah saya yang buruk tu..tak boleh tak boleh..betul ke cik boleh hantar? Kalau macam tu jimat duit tambang saya hehe.." selamba Nadirah menerima pelawaan Cik Mahfuz itu tanpa berfikir panjang dia seperti sudah rapat lama dengan Cik Mahfuz, kalau tidak sebelum ni sesiapa yang mengajaknya pasti dia tidak akan menerima atau serta merta menolak pelawaan orang tersebut..
Sejurus itu mereka berjalan menuju ke arah kereta Mahfuz..terbeliak mata Nadirah melihat kereta Mahfuz..kereta mewah yang tidak pernah di idamkan..
"Ni kereta cik ke?" tanya Nadirah yang masih berada di luar kereta..
"Eh tak adalah.. ni kereta curi..saya curi kat showroom kereta ..so baik awak cepat naik kalau tak nanti polis nampak mati kita.." sambil masuk ke perut kereta..Mahfuz tak henti-henti mentertawakan Nadirah yang seperti tidak percaya itu keretanya..iyelah keretanya itu tampak hebat sekali..audi r8 berwarna hitam tampak lagi kereta itu mahal baginya..
"ish cik Mahfuz ni kan..boleh lagi bergurau macam tu..."
"Saya beli lah kereta ni..awak jangan risau lah tiada polis yang mengekori kita..haha"
Di dalam kereta Nadirah hanya berdiam diri dan matanya tidak lekang meniliti kereta kepunyaan Mahfuz..
"dah kenapa diam pula ni..tadi kemain lagi mulutnya seperti bertih jagung.."
"Saya...kagumlah dengan cik ni..baik hati..bagi saya tumpang kereta mahal cik ni..lepastu sudi pula hantar saya sampai kerumah..majikan mana je yang baik seperti cik ni pasti bertuah pekerjanya.." kata kata Nadirah itu menyedarkan Mahfuz..ye syarikatnya itu sering mengamalkan sikap bantu membantu sesama pekerja dan majikan tiada istilah orang atasan atau bawah..
"kita ni manusia biasa je Nadirah..amalan bantu membantu tu harus dipupuk dalam diri sejak kecil lagi kan? Begitulah yang ibu bapa kita ajar betul tak apa yang saya cakap?"
Terdiam Nadirah seketika mengenangkan yang dia kini tidak mempunyai sesiapa..hanya mengharapkan Mak Ngah nya sahaja..tanpa pengetahuannya matanya telah mengalirkan air mata..
"Eh kenapa ni? Saya salah cakap ke Nadirah? Maafkan saya.." terkejut dengan apa yang berlaku di depannya..Mahfuz terus memberhentikan keretanya dan kini dia menghadap Nadirah yang dari tadi hanya menunduk..
"Saya sudah tiada siapa lagi di dunia ni Encik..Saya anak yatim piatu...ayah saya baru meninggal dunia beberapa minggu lepas..ibu saya pula pergi meninggalkan saya ketika melahirkan saya..saya anak tunggal dalam keluarga.." dalam tangis Nadirah kuatkan diri untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya..
Cepat – cepat Mahfuz meraup wajahnya...ya dia lupa yang Iman Mikael ada bagitahu yang Nadirah baru sahaja kehilangan ayahnya..
"Maafkan saya Nadirah..saya tidak tahu..takziah saya ucapkan di atas pemergian ayah awak..saya tahu awak seorang yang kuat Nadirah." Lantas Mahfuz mengusap kepala Nadirah beberapa kali untuk menenangkannya..
"Takpa encik..maaf terbuat luahan hati pula..sampai encik terpaksa berhentikan kereta.." terukir senyuman di wajah Nadirah tanda dia sudah benar-benar kuat untuk menghadapi ujian yang bakal mendatang..
Setelah kereta Mahfuz berada di depan rumah Nadirah..lantas Nadirah keluar..
"Terima Kasih ya encik..semoga tuhan sahaja yang dapat membalas jasa encik ini.."
"sama-sama dah pergi masuk cepat..nanti kena culik duduk lama-lama kat luar ni.."
Nadirah yang mendengarnya terus meletus ketawa nya...mana ada orang nak culik itu taman perumahannya sejak kecil lagi..semua orang dah kenal dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience