Bab 13

Romance Series 10731

"Sayang..i need your hug now.." pinta Naufal
"No sayang..i banyak kerja ni.. jangan lah kacau"
"Hmm..you..kita dah 3bulan kahwin but u tak habis habis sibuk dengan kerja..i ni suami u kot u patut layan i"
"You senang lah cakap..you kerja dengan ayah u je.. i ni kerja bawah orang..kerja semua kena on time hantar dahla jangan kacau lah..tak fokus i nak buat kerja"

Naufal termenung..dia sungguh rindukan belaian seorang isteri. Dia terus teringatkan Nadirah, ketika awal perkahwinan mereka Nadirah menatangnya bagai minyak yang penuh cukup dengan segala layanan dan masakan Nadirah juga amat dirindui..setelah dia berkahwin..perasaan benci terhadap Nadirah langsung hilang, dan kini dia berasa sebersalah terbit di hatinya.. apa lah yang sedang Nadirah buat ketika ini..

"Sayang, esok teman i shopping eh? Dah lama i tak pergi mall baju baju i pun dah tak seronok di pakai"
"Kan baru je i teman bulan lepas.. baju baju you tu dah penuh satu almari tau.."
"Alaaa jom jelah..eh?"
"Hmm yelah"
Kalau begini keadaan Lia..hampir botak Naufal dibuatnya tiap bulan duit shopping nya aje Naufal bagi hampir 5ribu..malah ditambah lagi dengan duit Kamalia sendiri..

"Awak..tengok tu comel lah hamster ni.." jerit Nadirah
"Kann..kita beli nak? Nanti kita sama sama jaga.."
"Taknak lah.. saya takut saya tak dapat jaga dia dengan elok nanti..kalau dia mati kesian je"
"Lahh..tak apa lah kita jaga berdua"
Mikael dan Nadirah bersetuju membeli hamster comel itu, berpasangan. Keluar sahaja mereka dari kedai haiwan itu ada mata yang memandang.

"Cepat je kau dapat pengganti kan..dasar perempuan jalang..sia sia sahaja aku fikirkan kau selama ni. Aku akan pastikan kebahagiaan kau takkan berkekalan Nadirah!" berang Naufal melihat adegan gelak tawa Mikael dan Nadirah yang berlalu di depannya.
Ada sedikit rasa cemburu di hati Naufal saat dia melihat Nadirah gembira bersama lelaki lain.

"You pandang apa tu?"
"Tak ada apa..i tengok kedai pet shop tu..nanti kita masuk situ eh"
"You ni tiba tiba je nak masuk situ kenapa?"
"Saje..mana tahu dapat beli kucing comel ke"
"Ehh taknak taknak..i allergic.."
Naufal sudah membuat muka bosan, semua yang dia mahu tak dapat. Ada saje alasan Kamalia..

Mikael dan Nadirah sedang rancak berborak, datang Naufal menegur mereka dia sebuah restoran.

"Eh bro, apa khabar. Mana isteri kau?" Soal Mikael
"Ada, dia pergi shopping. Aku penat tu yg nak duduk makan je ni." Sambil mata menjeling Nadirah tajam
"Ohh marilah join kami..boleh borak sekali"
"Yeke ni?"
"Ye boleh" jawab Mikael tetapi Nadirah sudah berkali kali menggelengkan kepalanya namun tidak dihiraukan.

"Sibuk jelah dia ni, haih apa lah nasib aku kena buli macam ni. Baru nak feeling dating dengan Mikael" bisik hati Nadirah, ya. Dia kini telah membuka hatinya untuk Mikael tetapi mereka masih dalam sesi kenal hati budi masing masing dan akan melangsungkan pertunangan.

"Korang borak pasal apa ni?" Soal Naufal
"Borak pasal Nadirah punya event nanti, yelah dia kan kini dah jadi model jadi aku lah jadi manager dia uruskan serba sedikit jadual dia"
"Ohh bagus lah kan, package. Dapat menyulam hati dan perasaan juga kan" perli Naufal sempat dia memandang Nadirah dengan mata yang menakutkan..Nadirah masih lagi tidak mengeluarkan suara
"Menyulam hati tu natural bro, ni hal kerja kena lah straight to the point hahaha"
"Kenapa diam je Nadirah? Terkejut ke aku kat sini? Ke kau nak aku blah dari sini?" Tanya Naufal yang tidak mengendahkan gurauan Mikael sebentar tadi
"Err.. tak ada lah. Saya taknak masuk campur bualan lelaki baik saya diam je. Lagipun apa yg diperkatakan Mikael semua memang benar."
"Apa yang benar? Natural sayang menyanyangi ke? Cepat betul kau berubah kan Nadirah, itulah aku memang sudah tahu hal ini lama. Kau memang tak cukup satu"
"Siapa yg tak cukup satu? Saya atau awak? Siapa yg kahwin saya atau awak? Sudah setahun lebih kita bercerai dan awak tiada hak nak menjaga hal dan hubungan saya dengan siapa sekalipun"
"Aku tak cukup satu sebab kau lah, siapa suruh kau jalang. Kalau kau tak menyundal dengan entah mana jantan pasti aku tak macam ni"
#PANGGGGG!!
Laju tamparan Mikael tepat kena muka Naufal
"Kau jangan suka suka nak cakap bakal isteri aku macam tu! Kau tu patut balik rumah tanya sendiri mak kau apa yang dia dah buat dekat perkahwinan korang dulu, jangan menuduh sebelum menyiasat Naufal. Think wisely. Assalamualaikum!" Lalu Mikael menarik tangan Nadirah dan mereka berlalu pergi meninggalkan Naufal seorang.

"Tak guna punya Mikael..kau ingat kau siapa?!" Jerit Naufal sambil menumbuk meja makan di restoran tersebut

"Heyy..awak jangan lah nangis macam ni.. kan kita dah janji kita akan lalui ini semua bersama? Kan sayang? Awak sekarang ada saya, saya takkan benarkan siapa pun menyakiti awak" pantas Mikael memujuk Nadirah dan memeluk wanita itu yg berada dalam keesakan menangis.
Nadirah berasa tenang berada di dalam pelukan Mikael, dia sungguh rasa selamat di dakapan lelaki sasa itu..
Lama mereka berkeadaan begitu, Mikael masih tidak jemu menepuk perlahan lahan belakang Nadirah supaya surut tangisannya..dan ia berjaya.

"Saya nak balik.." pinta Nadirah
"Kalau nak balik, kena tunggu awak dah stabil baru saya bagi pelepasan awak balik okay?"
"Saya dah okay.."
"Betul ni? Tu kenapa jatuh lagi air mata?"
"Saya okay janji awak berada di sisi saya, Terima kasih awak telah membela saya sebentar tadi saya sungguh terharu akan tindakan awak"
"Sudah menjadi tanggungjawab saya..no big deal honey..dah jom kita balik ye.."

Nadirah sungguh rasa terjaga semasa dengan Mikael, kemana sahaja dia mahu pergi Mikael akan mengikutinya..sedikit pun Mikael tidak membenarkan dia untuk keseorangan..
Mereka juga telah bersetuju untuk bertunang pada hujung minggu ni..
Mak Ngah juga lah orang yang paling gembira saat mendapat berita tentang Nadirah bakal bertunang bersama jejaka yang mereka memang harapkan itu jodoh Nadirah..

Nadirah mengenakan busana biru cair.. Puan Sri Salma sungguh gembira menyarungkan cincin ke jari Nadirah..

"Jadi bila tarikh akan langsungkan pernikahan?" Soal Mak Ngah kepada Mikael dan Nadirah
"3bulan lagi Mak Ngah.." mereka menjawab serentak
"Eh eh memang jodoh lah kamu ni..jawab pun serentak"
Nadirah sudah tersipu malu, lagi lagi apabila Mikael mengusiknya..

Mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan bertunang dengan sangat bahagia..tetapi ada sahaja rintangan mereka iaitu Naufal. Naufal berkali kali mengacau Nadirah..dan juga pernah cuba untuk melanggar Nadirah..

Mikael tekad..dia ingin mempercepatkan perkahwinan mereka agar lebih senang mereka bersama ke mana mana, Mikael harus menjaga Nadirah.. namun Nadirah menolak untuk mempercepatkan perkahwinan mereka kerana tidak sampai lagi sebulan sahaja persiapan dan tarikh juga semua telah ditetapkan.. Mikael akur.

Sedang Nadirah membuka pintu di rumahnya ketika pulang dari kerja, Naufal telah berada di belakangnya..

"Kenapa kau tak cerita akan hal sebenar Nadirah? Apa yang telah terjadi pada malam itu?!" Jerit Naufal
"Perkara itu sudah lama Naufal..dan kita tidak boleh berpatah balik.. saya juga telah mempunyai kebahagiaan saya sendiri. Awak bina lah kebahagiaan awak juga"
"Kau tahu kan..aku masih sayangkan kau..bukan begini yang harus aku terima Nadirah..ibu telah mengaku bahawa dia telah mengupah seorang lelaki utk masuk ke rumah kita pada masa tu dan lelaki itu juga langsung tidak menyentuh kau"
"Jadi awak sudah tahu bukan? Tetapi sebelum ni apabila saya ingin menjelaskan hal sebenar awak mengelak dan pelbagai 'hadiah' yang saya terima..cukuplah Naufal..tiada apa yang perlu dibincangkan lagi.."
"Ada..aku nak kau balik kepada aku semula Nadirah..aku akan berubah..bagi aku masa Nadirah.."
"Apa awak cakap ni? Awak dah mempunyai isteri Naufal, balik lah.."
"Tidak..cinta dan sayang aku hanya untuk kau Nadirah.."
"Saya sudah bertunang Naufal, hubungan kita memang tidak boleh pergi jauh. Tolong terima takdir yang kita memang tidak boleh bersama"
"Tidakkk!! Aku akan pastikan kita hidup bersama Nadirahh"
Kuat gengaman tangan Naufal memegang Nadirah..Nadirah cuba melepaskan diri tetapi dia kalah.. dia tidak kuat..
"Lepaskan dia!" Jerit Mikael
"Awakkk!! Tolong saya" Nadirah meminta tolong Mikael..
Naufal telah bergelut dengan Mikael..tanpa disedari Naufal telah mengeluarkan pisau dan ingin menikam Mikael..Nadirah sudah menelefon polis..

Mikael masih cuba membuang pisau tersebut ke tangan Naufal..namun tewas..Dia sudah terkena tikaman Naufal.. bukan sekali tikaman tetapi dua..Nadirah yang terkejut melihat darah di baju Mikael menjerit meminta tolong..
Naufal telah lari terlebih dahulu..

"Awak..jangan tutup mata.. awak..bercakap dengan saya" pinta Nadirah..
"Ma..af..kan..ss.aya..ti..dak..dap..at..men..ja..ga..awak.."
"No Mikael..No jangan cakap macam tu..awak lah lelaki terbaik yang saya pernah kenal dan tolong jangan tinggalkan saya..lagi seminggu perkahwinan kita bakal berlangsung..awak harus kuat.."
Namun tiada jawapan dari Mikael.. Nadirah sudah menangis semahunya..polis dan ambulance juga tiba ditempat kejadian..
Seraya itu, Nadirah terus menelefon Mahfuz dan memberitahu akan kejadian yang menimpa dia dan Mikael, keluarga Mikael terus bergegas ke hospital..

"Kami akan cuba sedaya upaya kami menyelematkan anak puan" terang doktor, Mikael masih berada di dalam bilik pembedahan..
"Ya Allah anak aku.." rintih Puan Salma
"Sabar ye ma..ini semua dugaan bagi kita..fuz yakin Mikael akan selamat..kita hanya berdoa sahaja"
"Betul kata Mahfuz tu Salma..awak perlu berehat..nanti darah tinggi pula awak nanti" kata Tan Srj Yaacob yang dari tadi risau akan kesihatan isterinya itu..
"Sayang..macam mana boleh jadi mcm ni nak.." Puan Salma mendapatkan Nadirah yang dari tadi masih menangis sambil bajunya bersisa kan darah Mikael..
Lantas Puan Salma memeluk Nadirah erat..
"Semua ni salah Nadirah ma..kalau Mikael tak datang rumah Nadirah pasti perkara ni tak jadi ma.."
"No sayang..mama tahu bukan kamu yang bersalah..siapa punya kerja lah ni yang cuba apa apa kan kamu.."
"Naufal ma..dia tikam Mikael..dia pembunuh maa..." teriak Nadirah sedih, sudah dua kali Naufal meragut nyawa orang yang dia sayang. Kali ini dia tidak akan melepaskan Naufal.. aku akan cari kau Naufal!
"Mama & Nadirah pulang lah dulu berehat..nanti Mikael dah habis operation fuz call datang"
"Taknak..saya nak duduk sini sehingga Mikael keluar" tegas Nadirah
"Mama pun"
"Baiklah.."

Mereka pantas menoleh saat sekujur badan yang berada di atas katil yang di tolak Jururawat..mereka terus mendapatkan doktor..

"Bagaimana doktor anak saya?" Soal Tan Sri Yaacob.
Doktor menggelengkan kepala tanda itu adalah perkara buruk..
"Kami sudah cuba..dia juga telah bertarung lama dengan pembedahan tadi"
Nadirah yang dengar akan apa yang diperkatakan doktor terus rebah badannya..dia tidak berdaya lagi..dia juga pengsan.. mereka yang lain sudah menangis.. Puan Salma juga telah meraung sehabisnya..
Mahfuz pantas mencempung badan Nadirah dan dibawa ke bilik doktor untuk pemeriksaan.

Setelah Nadirah bangun..dia melihat Puan Salma, Tan Sri Yaacob dan juga Mahfuz setia menanti dirinya..
"Nadirah mimpi je kan ma? Mikael selamatkan ma?" Soal Nadirah..
Puan Salma sudah menghaburkan rasa sedihnya..
"Sayang rehat dulu ye.. jangan banyak fikir"
Nadirah kembali meraung dan doktor terpaksa mencucuk Nadirah dengan ubat tidur..

Sesi pengebumian Mikael telah selesai dijalankan.. Nadirah tidak dapat hadiri kerana dirinya masih berada dalam keadaan tidak terkawal..
Setelah semua selesai..mereka melawat Nadirah..
"Tak apa mama & papa balik dulu..fuz je teman Nadirah.."
"Baiklah..mama kamu pun dah penat sangat papa tengok" jawab Tan Sri Yaacob
"Kirim salam mama pada Nadirah ya..maaf tidak dapat melawat..kamu cuba lah pujuk dia"
"Baik maa..dia pasti faham.."

Setibanya Mahfuz di hospital..
"Assalamualaikum.."
"Mikael?" Soal Nadirah..
"Ni abang lah.."
"Masf bang.. Nadirah masih tidak dapat melupakan dia.."
"Tak apa abang faham.. ni ira dah makan belum?"
"Tak selera.."
"Makan lah..nanti boleh keluar hosp & lawat kubur Mikael.."
"Nadirah tak kuat abang..tak kuat untuk tempuh semua ini tanpa Mikael.." Nadirah sudah menangis
"Abang faham..pemergian dia juga amat terkesan kepada keluarga kita ira..ira kena kuat.. pasti Mikael sedih kalau dia tahu ira berkelakuan begini"
"Maafkan Nadirah bang.. Nadirah cuba..Nadirah nak tengok kubur Mikael boleh?"
"Okay kalau macam tu kena makan dulu..abang suap ye? Lepas tu kita tanya doktor ira boleh discharge bila okay?"
"Hmm" Nadirah mengangguk lemah..dia tidak perasan akan perubahan panggilan Mahfuz terhadapnya.. 'ira'

Selesai perbualan Mahfuz bersama Doktor dan keadaan Nadirah juga sudah stabil.. jadi dia boleh discharge..

"Aku mintak maaf Salma..aku tak sedar akan perkara ni berlaku..kalau aku tahu aku sudah pergi ke rumah Nadirah pada malam itu" terang Mak Ngah yang turut rasa sebersalah..
"Tak apa ngah..aku redha..ini bukan salah kamu..Ada Hikmah disebalik setiap yang berlaku ni..malam ni jemput ye datang ke majlis tahlil.."
"Yelah aku minta Nadirah bawakkan aku nanti.."

"Nadirah kamu dah okay ke ni?"
"Ye Mak Ngah..dah kuat sikit..tapi masih bersisa pemergian Mikael..lagi seminggu perkahwinan kami bakal berlangsung Mak Ngah..tetapi bertukar ke majlis tahlil Mikael.." sebak hati Nadirah
"Tak apa lah nak..kamu redha dan sentiasa mendoakan kesejahteraan Mikael di sana nanti.."
"Tentang majlis kamu itu..nanti Mak Ngah cuba bincangkan bersama Puan Salma"
"Baiklah Mak Ngah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience