Bab 8

Romance Series 10731

Naufal dan Nadirah telah berpindah sejak dari tragedi peperangan dia dan ibu mertuanya itu.. dia terus mengajak Naufal untuk pindah..
Nasib menyebelahi nya..rumah mereka juga sudah siap..

"Termenung apa tu sayang.. teringat kat saya ke? Saya ada je di sini.." lantas Naufal menghadiahkan ciuman di pipi Nadirah..
"Ee sayang saya sorang ni kan..kalau cium tu tak bagi salam dulu eh..terkejut tau tak ada termenung apa pun..hehe saje je menikmati suasana rumah baru kita ni..indah sungguh" Nadirah mengusap pipinya..
"Eh? Nak cium isteri sendiri pun perlu bagi salam ke sayang.. apa lah sayang ni.. indah kan? Tetapi indah lagi ciptaan Allah di depan saya ni.." Naufal tersenyum lebar saat mengucapkan kata itu
"Ada ada aje tau awak ni..awak...saya nak tanya lah.." Nadirah
"Tanya lah.. tak kena bayar pun kalau tanya hehe.. apa dia sayang nak tanya tu.."
"Awak kalau boleh nak kita ada anak berapa?.."
selamba Nadirah bertanya soalan tersebut..iyelah dia orang perlu bersiap sedia untuk hari akan datang dan perlu merancang..
"Wuishh..kita baru je kahwin sayang tak sampai setahun pun lagi..sayang dah tanya anak eh..nakal.. hehe tapi kalau saya..saya tak kisah anak berapa asalkan awak sentiasa menjadi ibu kepada anak anak kita nanti" lantas Naufal merangkul pinggang Nadirah..

"Okayy kalau macam tu..jom teman saya masak dulu..lapar pula perut ni hahaha.." ajak Nadirah yang dari tadi sememangnya dia lapar.

Sedang Nadirah memasak sambil ditemani oleh encik suami..telefon Naufal berdering.. dan Naufal menjawab..tetapi Nadirah agak curiga kerana Naufal menjawab telefon tersebut agak jauh darinya sehingga dia tidak dapat mendengar perbualan suaminya itu..

"Siapa yang telefon tadi?" Tanya Nadirah..
"Huh? Tak ada siapa.." jawab Naufal gagap..
"Eh kalau tak ada siapa awak cakap dengan hantu ke tadi.hahaha" Nadirah berjenaka untuk menutup rasa curiganya...
"Tak ada..kawan kat tempat kerja..dia telefon katanya nak ajak keluar.." tebak Naufal..
"Ohh bilanya mahu keluar tu?" Tanya Nadirah
"Esok" cepat Naufal jawab..
"Tak apalah awak keluar lah..lagipun saya ada latihan memandu esok..awak hantar saya dulu eh?" Pinta Nadirah
"Baiklah tuan puteri..tu dah siap belum tu? Perut saya dah menyanyi dah ni meminta makanan huhuhu"

Mereka terus ketawa di dapur rumah mereka sendiri..

"You keluar dengan i ni isteri you tak marah ke? " soal Lia yang dari tadi tidak lepas merangkul lengan Naufal..
"Hmm..kalau dia marah kenapa you ugut untuk i keluar dengan you lagi?" Jawab Naufal berang..
"You tahu kan i dah mula suka kan you sejak kita mula keluar dulu lagi..i sanggup jadi isteri kedua you Fal..janji i dapat hidup dengan you" rengek Lia..
"NO Lia..you sedar tak i dah ada Iman Nadirah dan dia sahaja yang layak jadi isteri i! Full stop!" Tangan Naufal pantas meleraikan genggaman Lia yang dari tadi tidak melepaskannya..walaupun dia banyak kali telah cuba untuk melepaskannya..
"and NO juga untuk you fal..sebab i dah memang tekad..i nak you & you sorang je..if you tak jadikan i isteri you..i sanggup bunuh diri.." Kamalia
"You jangan buat gila la Lia..you cantik you boleh dapat lelaki better than me..go ahead!" Jerit Naufal.

Naufal semakin rimas.. dia terpaksa keluar bersama Lia kerana wanita itu telah mengugutnya untuk keluar..sekiranya Naufal tidak keluar wanita itu akan cuba buat benda yang tidak terkawal.. jadi Naufal terpaksa akur..

Di pejabat Nadirah..
"Kak Rina..kenapa diam aje ni..akak abc ke?" Tanya Nadirah..faham faham ajelah kalau Allah Bagi Cuti ni pasti membuatkan emosi wanita tidak menentu..
"Tak ada lah Nadirah..akak sedih sikit hari ini kerana tu haa dekat papan kenyataan sana ada pengumuman tentang CEO syarikat kita Tan Sri Yaacob telah melucutkan jawatannya dan kini anaknya Encik Mahfuz telah menggantikan tempatnya..Tan Sri amat baik orangnya Nadirah.." kata kata Sabrina sebentar tadi terus membuatkan Nadirah terbangun dari kerusinya..
"Hah? Betul ke ni kak? Alahai sedihnya kan..tak ada lagi bos yang periang seperti tan sri tu kan kak..tapi tak apa Encik Mahfuz pun apa kurangnya kak..hehe" sambil mengenyitkan matanya Nadirah cuba untuk menceriakan Sabrina..
"Apa kurangnya apa kau ni Nadirah..Encik Mahfuz tu handsome sangat..nanti kang akak pula angau masa meeting asyik teringatkan dia aje tau! Bahaya lah Nadirah itu belum lagi Encik Mikael tu..mahu juling mata akak dibuatnya.." meletus ketawa Nadirah dan Sabrina ..memecahkan suasana yang sepi di pejabat mereka..
"Haa gelak apa tu..meh kongsi dengan saya sekali.." Kata kata Mahfuz membuatkan dua orang gadis di depannya itu terus mati akal..
"Eh cik Mahfuz..borak borak kosong aje ni.." Sabrina
"Hak ah betul tu cik..borak kosong aje ni..hehe" sambil menayangkan giginya Nadirah juga menyokong kata kata Kak Rina
"Iya ke kosong? Ke tengah kutuk saya ni.. haa aiyokkk!" Sambil tunjuk jari ke arah mereka berdua Mahfuz sengaja ingin mengenakan mereka.
"Eh mana ada..tak baik tuduh tau..haa cik Mahfuz datang ke sini mengapa? Ada berita baru ke?" Tanya Sabrina..iyelah sejak Mahfuz menggantikan ayahnya itu..Mahfuz sering singgah di tingkat 6, di mana terletaknya Nadirah dan Sabrina..
"Saje je datang tengok kamu berdua..mana tahu ada orang lapar ke di sini..saya ada bawa kfc.." sambil menunjukkan plastik yang sudah sedia berada di luar bilik Nadirah dan Sabrina..
"Kfc??!!" Jerit Nadirah..
"Nakkkk.." Sabrina pula menyahut..
"Terima kasih cik Mahfuz.." semua staf di tingkat 6 mengucapkan terima kasih serentak kepada Mahfuz..
"Sama sama..Nadirah kemari sekejap ikut saya.." pinta Mahfuz..niatnya ialah untuk berbual dengan Nadirah..
"Ye cik Mahfuz? Kenapa?" Soal Nadirah..
"Awak mengandung ke? Lain macam saya tengok awak berselera makan tadi..mama saya kata kalau orang yang dah kahwin berselera makan lain macam ni mengandung.." Mahfuz
"Eh mana ada cik Mahfuz pandai pandai je..cik Mahfuz doktor ke? Hehe.. saya memang dah lama mahu makan kfc lah cik..tapi tidak berkesempatan..huhu balik kerja terus tidur memang lah huhu" jawab Nadirah..iyelah dia sendiri tidak tahu dia mengandung atau tidak..
"Haa yelah..tapi kalau mengandung bagitahu tau..nanti saya boleh menyediakan kerusi kerja awak kepada wheelchair hehe" gurau Mahfuz membuatkan mereka berdua ketawa..
"Okay lah semua boleh sambung kerja yaa.." Mahfuz..

Niat Mahfuz bertanyakan tentang kehamilan Nadirah itu kerana..Mikael yang menyuruhnya..kerana Mikael nampak akan perubahan Nadirah..
ya, Mikael masih menjaga Nadirah dari jauh..walaupun dia sudah sedia maklum Nadirah sudah bersuami namun dia tetap melaksanakan janjinya..

"Mika..sudah sudah lah tu dia pun dah kahwin dah Mika dah setahun lebih mereka berkahwin.." Puan Salma kasihankan anaknya itu yang masih berharap agar Nadirah menjadi miliknya..
"Tak apa maa..Mika ikhlas lakukan semua ini demi Nadirah walaupun dia tidak tahu..Mika sanggup maa..asalkan Mika dapat mengotakan janji Mika terhadap Maklang.." terang Mika dengan sepenuh hatinya..
"Mika tahu..jika Nadirah bukan jodoh Mika.. mengapa Mika sering bertemu dengan nya ma?mengapa dia seperti memerlukan Mika di sisinya.." terang Mika lagi.

Benar..dia cuba menepis soal Nadirah dan janjinya..namun dia tidak boleh melepaskan semua itu tiap kali dia terserempak bersama Nadirah..

...
"You kena bertanggungjawab!"
"Apa yang you cakap ni Lia..apa i dah buat?" Apa yang Lia katakan benar benar buatkan Naufal tercengang..
"You dah buat i terluka Naufal..you boleh sweet sweet dengan bini you depan i? You ingat i tak ada hati dan perasaan ke? You tengok ni..semua ni i buat sebab i sakit hati tahu tak!" Sambil menunjukkan tangannya Lia mengadu, dia menyakiti dirinya kerana sakit hati akan agenda yang dia lihat beberapa hari lepas.
"Lia..listen here..dia isteri i, itu tanggungjawab i untuk gembirakan hati dia tunaikan segala apa yang dikendaki..you tak ada hak pun nak cakap macam ni dengan i. Lagi satu, tak perlu lah you merosakkan diri you sendiri demi i. Sikit pun i tak terkejut Lia..i tahu you sanggup buat begini" Panjang penjelasan Naufal..
"Tapi you tahu kan Fal..i sanggup buat apa sahaja demi dapatkan you..kenapa you tak boleh nak penuhi kehendak i pula?" Rengek Lia sambil merangkul tangannya ke lengan Naufal..
"Fal.."
"Hmm" jawab Naufal malas
"Jom lah kahwin..i sanggup jadi yang kedua..i tahu you pun nak"
"No Lia..my answer is still no forever.."
"Forever huh? How about this.." sambil Lia cuba untuk menggoda Naufal
"Stop it Lia..i taknak nanti Nadirah nampak.."
"Kita berdua je sekarang mana ada Nadirah.."
"Dah la i nak keluar kejap.. you jaga diri!"
"Fal!!" Sedang Lia menjerit nama Naufal, lantas Naufal melangkah kakinya laju..

"Apa aku buat ni..ya Allah maafkan saya..sayang saya banyak salah dengan awak" sambil meraup wajahnya, terbit rasa sebersalah Naufal pada Nadirah..tidak sanggup dia untuk berjumpa Nadirah pada waktu ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience