Bab 4

Romance Series 10731

Di rumah Naufal..
"betul ke apa ibu dengar ni fal? Kenapa terburu buru?" kata kata Naufal sebentar tadi membuatkan Datin Maria terkejut dengan keputusan anaknya yang ingin melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis yang entah mana asal usulnya..
"ye ibu..ibu setuju lah ye..ni keputusan fal..fal dah kumpul duit dah nak bertunang dengan Nadirah..kalau ibu nak jumpa dia dulu pun boleh ibu.." Naufal menjawab dengan riang sekali..
"hmm..malas la ibu mahu bertemu perempuan itu..terpulang kepada fal nak buat apa..ibu hanya menghadiri sahaja majlis tersebut..ibu baru sahaja ingin tunjuk kepada fal calon-calon yang ibu rasa sesuai menjadi menantu ibu..tiba-tiba sahaja fal kata fal dah ada calon sendiri..hmm ibu ikutkan sahaja.." lembut sahaja Datin Maria bertutur tanda dia sudah berkecil hati dengan anaknya itu..kerana membuat keputusan tanpa pengetahuannya dan bersama calon yang entah dari mana anaknya itu kutip..
"biarlah dia nak melangsungkan pertunangannya bersama calonnya sendiri Maria..Nabil itu awak dah tentukan..apa salahnya Naufal tentukan calonnya sendiri berilah dia peluang Maria.." senada sahaja pertuturan Dato Kamal kepada isteri tercintanya itu

"Tapi saya tetap tak suka calon yang Naufal bakal bertunang itu..kerana itu bukan keputusan saya..abang jangan salahkan saya ya nanti.." dengan suara yang agak marah Datin Maria menjawab apa yang diperkatakan suaminya sebentar tadi benar-benar buat dia marah..lantas Datin Maria terus menaiki tangga di rumah mereka menuju ke biliknya..
"Tak apalah fal..ini keputusan kamu..ayah sokong kamu kerana dunia sekarang ini mana ada lagi ibu bapa menentukan jodoh untuk anaknya kan?" Dato Kamal..
"ye ayah..tapi fal masih sebersalah dengan kata-kata ibu sebentar tadi..fal ingat ibu okay bila fal memberitahu hasrat fal nak melangsungkan pertunangan dengan orang yang fal suka ayah.." sambil menunduk Naufal masih terkesan dengan kata kata ibunya..

3 bulan terlah berlalu..
Majlis pertunangan Naufal Haikal dan Iman Nadirah dilangsungkan di rumah Iman Nadirah dengan persiapan yang sederhana, bersama pertolongan Mak Ngah... Nadiah tampak cantik sekali di mata Naufal tetapi tidak di mata Datin Maria..
Iman Nadirah yang sedari dari tadi Datin Maria sering menjeling kepadanya..dia yang tidak tahu apa-apa hanya melemparkan senyuman kepada wanita itu..tanda hormat..
Semasa menyarungkan cincin sempat Datin Maria berbisik di telinga Iman Nadirah..
"kau jangan ingat aku boleh terima kau masuk keluarga aku ya perempuan miskin.." kata-kata Datin Maria itu buatkan Nadirah terperanjat tetapi dia terpaksa senyum kerana beberapa kenalannya sedang menangkap gambar mereka..
"maaf..Datin yang perlu buka mata..saya miskin harta tetapi saya tidak miskin bahasa.." tenang sahaja Nadirah menjawab..
"kau jangan nak kurang ajar ya dengan aku..siap kau.."

Setelah selesai sesi menyarung cincin..Datin Maria dan suaminya terus bingkas bangun nak meminta diri untuk pulang..yang tinggal hanya Naufal yang masih seronok berborak dengan saudara mara sebelah Nadirah..

"Hai cik tunang..tak nak balik rumah ke? Tak manis la awak lama-lama disini.." kata-kata Nadirah itu buatkan Naufal menoleh dan memandang Nadirah dengan tanda tanya..
"Alaa apa salahnyaa..nanti saya bakal jadi suami awak juga..apa salahnya kalau saya lama sikit di sini..lagipun tak puas la tengok awak tadi..tak berkelip mata saya tau..sampai rasa nak terkeluar air liur ni nasib saya sempat telan..hehehe" seloroh sahaja Naufal berkata begitu di hadapan tunangnya..
"ada ada aje awak ni kan..dah dah pergilah balik ish..tunggu apa lagi tu..ye saya tahu saya cantik nanti kita dah kahwin..tenung la saya ni selama yang awak..tapi sekarang masih tak boleh ya encik tunang..."
"iyelah..saya nak balik lah ni..hehe rindulah lepasni kena tunggu 3 bulan lagi untuk awak jadi isteri saya.. tak sabarnyaaa.." jeri Naufal perlahan..benar..siapa sahaja yang tidak gembira Iman Nadirah bakal menjadi isteri nya..Iman Nadirah yang cantik di matanya itu..dia terasa bahagia..

Lain pula yang terjadi di perkarangan rumah Tan Sri Yaacob Sabri..
"kenapa kamu biarkan dia bertunang dengan orang lain? Kamu dah putus asa ke Mika? Kamu tak ingat ke janji kamu?" lantang sahaja suara Puan Sri Salma memarahi Iman Mikael kerana anaknya itu membiarkan gadis sebaik Iman Nadirah tumpas ke tangan orang lain..
"alah mama ni..kalau mika melamar dia pun..hati dia bukan untuk mika la maa..hatinya untuk Naufal Haikal tu..lagipun dia mana kenal mika lagi..perkara lama itu tak pernah pun menjengah di sudut hatinya.." luluh hati Mikael menjawab soalan mama nya itu..benar dia juga sedih akan berita yang baru sahaja dia terima tentang pertunangan Iman Nadirah bersama Naufal Haikal..
"tu lah kau lambat sangat dik..takda 'first move' memang la..nasib abang tak 'flirt' dia tau haritu.." selamba sahaja Mahfuz berkata kepada adiknya..benar dia juga telah tertarik kepada Nadirah yang comel itu..
"bila abang jumpa dia?" cepat sahaja Mikael bertanya kepada abangnya
"haritu kat office la abang jumpa dia..abang tumpangkan dia...boleh dia bantai menangis pulak dalam kereta abang. Nasib abang ni baik hati bagi hingus dia tu singgah kat kereta abang tau" masih berbasi Mahfuz tertawa tetapi tidak bagi Mikael..
"tak lawak lah abang..dia menangis kenapa..abang buat apa kat dia?" sambil mencengkak leher abangnya itu, Mikael tak fikir apa dia hanya fikir keselamatan Nadirah dia tidak mahu perkara buruk berlaku terhadap orang yang selama ini dia amat kasihi dari jauh..
"chill lah..abang tak buat apa pun lah..usik pun tak..dia menangis sebab pemergian paklang haritulah..sebab abang pula ter sebut pasal keluarga..itu yang dia bantai menangis.."
"kalau apa-apa terjadi pada Nadirah sebab abang..Mika takkan maafkan abang!" jerit Mika di telinga Mahfuz..
"kalau kau takut apa-apa jadi kat dia..kenapa kau biarkan dia tunang dengan orang lain? Kenapa kau biarkan dia hidup seorang diri sepanjang pemergian paklang haritu? Kau langsung tak datang office jenguk dia ke apa.."
"itu hal Mika..bukan hal abang..Mika perlu selesaikan beberapa perkara sebelum ni..semua tentang Nadirah, Mika perlu selesaikan tentang dia bang..berilah Mika masa..sekiranya sudah tertulis Nadirah bukan milik Mika..Mika terima asalkan dia bahagia di sisi orang yang dia sayang dan Mika berharap lelaki itu dapat menjaganya.." kata kata Mika itu membuatkan mama dan abangnya itu faham akan keadaan Mikael yang sudah berserah pada takdir..
"Mama percaya Nadirah itu jodoh Mika sayang..Mika hanya perlu berusaha lebih sikit ya..jangan berputus asa seperti ini..Mama tak pernah ajar anak Mama putus asa dengan segala apa cabaran pun.." Puan Salma menasihati anaknya itu agar tidak berputus asa kerana dia yakin Nadirah pasti akan jadi menantunya kelak..

Ps: kalau nak sis sambung lagi comment tau! Hehe

Betul kah Iman Nadirah ialah jodoh Iman Mikael? Atau sebaliknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience