Bab 1

Romance Series 10731

Iman Nadirah bt Hj Ismail, seorang gadis berumur 20 tahun yang berwajah polos, lesung pipit di sebelah kiri membuatkan wajahnya acap kali menjadi perhatian mata-mata yang memandang dengan mengenakan cermin mata yang sentiasa menjadi teman baiknya ketika menelaah di perpustakaan. Dia kini pelajar di sebuah universiti di Perak dengan jurusan seni bina, namun itu bukanlah jurusan yg diminatinya. Oleh kerana hasrat ayahnya yang ingin dia menyambung belajar jurusan tersebut, dia ikutkan sahaja.
Lebih menarik hatinya ingin menyambung belajar disana ialah buah hatinya yg bernama Naufal Haikal bin Dato' Kamal turut menyambung pelajarannya disana dan berada di jurusan yang sama bersamanya.
Mereka berkenalan sejak mereka berumur 16 tahun dimana Nadirah telah ditempatkan satu kelas bersama Naufal, sejak dari itu Naufal telah tertarik pada Nadirah. Namun Nadirah tidak mengendahkannya oleh kerana niatnya ke sekolah adalah untuk belajar seperti diperkatakan ayahnya. Tetapi ia tidak mematahkan niat Naufal untuk memikat gadis yang telah menyentuh hatinya sejak dari awal persekolahan, dengan seikhlas hati Naufal telah menawarkan diri untuk mengajar Nadirah dan mereka selalu belajar bersama-sama sehingga tamat persekolahan Naufal telah melafazkan isi hatinya kepada Nadirah dan dia telah menerima Naufal sebagai buah hatinya.
Setelah dari itu, mereka bekerja sambilan di sebuah Kafe terkemuka. Mereka kerja bersama sebagai barista dan Nadirah sentiasa dihantar pulang oleh Naufal oleh kerana Naufal telah mempunyai keretanya sendiri.

Ceritanya bermula di sebuah Universiti..

Pada hari pertama kemasukan pelajar, Nadirah tidak terkecuali untuk mengemas barang-barangnya untuk kemasukan baru itu.
"Nadirah...Nadirah.." – jerit Naufal yang sudah berada di belakang Nadirah.
"Awak nak apa?.." – jawab Nadirah dengan agak terkejut oleh jeritan Naufal sebentar tadi, sempat juga di mengurut dadanya yg silap hari bulan boleh masukkannya ke hospital oleh kerana lemah jantung.. hehehe
"Saya tunggu awak di depan pagar tetapi kenapa awak mengelakkan diri daripada saya? Apa salah saya? Semalam saya mesej pun awak tak balas.." – dengan nada yg agak merajuk Naufal melepaskan satu per satu soalan yang dia sendiri tidak tahu mana silapnya, mengapa Nadirah mengelakkan diri daripadanya? Busuk kah dia? Buruk kah dia?
"Awak.. awak tak salah apa-apa pun, cuma semalam saya terlampau penat sebab saya baru sahaja mengemas barang-barang yang perlu dibawa harini dan saya juga terlupa untuk print beberapa dokumen yang saya perlu bawa harini..huh.." – setelah memberi penjelasan kepada Naufal, Nadirah turut mengeluh penat mana tak penat nya kalau Naufal tahu apa yg dia lakukan malam tadi pasti lelaki itu turut kasihankan dia.
"Tak apalah kalau macam tu, mari saya tolong awak..apa lagi dokumen yang belum awak print? Ni beg awak semua mana? Dah bawa naik kolej ke? Tadi saya tak nampak pun awak bawak beg?" – tanya Naufal yang dari tadi dia sememangnya tidak nampak kemana perginya beg-beg Nadirah pergi, dalam otaknya berfikiran 'ajaib juga bakal isteri aku ni beg semua dah dilempar ke atas langit kot hehe' sambil tersengih sengih..
Nadirah yang perasan akan sengihan Naufal itu sudah tahu pasti lelaki itu berangan sampai ke London sana hehe.. di petik jarinya di depan Naufal agar lelaki itu terjaga dari angan-anganya..
"Tadi beria nak tolong saya selesaikan semua..ni boleh lagi sengih-sengih.. ingat apa tu? Teringat awek-awek yang lalu tadi masa orientasi la tu kan?" – Nadirah sengaja menekankan ayatnya agar Naufal tahu bahawa dia telah pun cemburu oleh kerana dia ternampak ada beberapa gadis menegur Naufal pagi tadi. Naufal pun tidak kurang membalas senyumannya yang manis kepada gadis-gadis tersebut.
"hah?" Naufal terkejut.
" Apa ni tak baik tau tuduh saya macam tu..itu kan kawan sekolah kita dulu Anis, Umaira dan Fara mereka turut melanjutkan pelajaran mereka di sini tau.. tetapi mereka berlainan jurusan dengan kita. Saya tahulah saya ni 'handsome' jangan la cemburu lebih-lebih..."
Kata-kata Naufal buatkan Nadirah mahu termuntah, tak dapat dinafikan Naufal seorang jejaka yang handsome baginya..tinggi lampai, kulitnya yang tidak berapa cerah, hidung yang mancung tinggi tidak kalah juga rambutnya yang mengikut trend terkini dengan pakaian kemasnya amatlah menarik hati para gadis termasuklah Nadirah.
"haa sudah-sudah ada orang tu angkat bakul sendiri pula.. dah jom nanti kita lambat untuk sesi seterusnya.." ajak Nadirah
"eh kejap-kejap awak tak jawab lagi soalan saya..mana beg awak?" Naufal
"saya sudah minta tolong Aira kawan baru saya jagakan beg saya dibelakang sana" sambil tunjuk ke arah belakang bangunan  yang berada di belakang mereka.
"baiklah.."
Setelah selesai semua dokumen diberikan kepada pihak di university mereka Nadirah dan Naufal ditempatkan di kolej masing-masing. Tanpa disedari hari semakin gelap.. Nadirah mempercepatkan dirinya untuk solat Maghrib.
Usai solat handphone Nadirah telah berbunyi..dijenguk nama yang tertera. Dia tersenyum melihat nama tersebut apa lagi kalau bukan Naufal.
Di Whatsapp..
"salam yang dicintai.. dah makan?"
"waalaikumussalam..belum lagi baru habis solat.. eh tanya orang dah makan ni dia tu sudah solat ke?"
"dah solat okay..dengan kawan baru hehe..dia tu yang solat lambat..haaa aiyokk!"
"hehe lambat sikit, baru habis kemas ni penat fuhh macam marathon sekolah rasanya penat dia..saya makan maggi jelah tak larat nak turun lah awak" sambil itu Nadirah turut teringat akan maggi yang banyak baru dibelinya untuk buat stok sebulan katanya..hehe
"kalau nak saya belikan makanan saya boleh belikan.."
"tak apalah awak..awak makan sahaja ye.. saya nak rehat sebentar "
"baiklah.. kalau nak apa-apa bagitahu ya..mana tahu rindu saya ke kan.. hehe"
"mengada.. dah bye!"
Dengan sengihan Naufal membiarkan whatsapp nya dengan Nadirah begitu sahaja, dia sudah kenal akan Nadirah yang kalau penat memang makan pun dia tak  fikir dah janji kerjanya siap.. begitulah yang sering berlaku dulu ketika SPM sudah menghampiri mereka. Namun keputusan mereka berdua amat memberangsangkan berkat usaha mereka dan doa ibu bapa mereka..bercakap tentang ibu bapa Naufal teringat akan ibu bapanya yang belum menerima khabar beritanya di university ini. Lantas tangannya mendail no ibunya Datin Maria.
"salam ibu..buat apa tu..sibuk kah?"
"eh anak ibu sorang ni.. baru ingat ibu ya.. ibu sedang menonton berita bersama ayah kamu dan abang kamu ni ha.."
"kirim salam rindu fal pada mereka ya ibu..baru sehari tanpa mereka dah terasa rindulah ibu"
Benar dia amat merindukan keluarganya mahu sahaja dia berlari dari Perak ke Kuala Lumpur untuk bertemu keluarganya. Namun untuk mengejar cita-citanya dibatalkan segala niat yang mengarutnya itu..
"iyalah..ni fal sudah makan ke sayang? Ibu tak mahu nanti anak ibu balik sini jadi lidi ya oleh kerana tak cukup makan di sana" Datin Maria ketawa dengan gurauannya sendiri..benar anaknya itu seorang yang tinggi lampai dan kurus tetapi dia tidak dapat membayangkan jika anaknya semakin kurus jika pulang ke rumah nanti..
"ish ibu ni.. mana ada fal baru nak pergi makan ni ibu bersama kawan-kawan serumah dengan fal..ibu jangan risau fal disini pasti akan terlebih cukup makan silap-silap boleh jadi sasa seperti the rock tau ibu.." kata kata Naufal buatkan ibunya semakin galak ketawa ..
"okaylah ibu..fal dah nak pergi ni..salam sayang buat ibu,ayah dan abang.. assalamualaikum.."
Setelah menjawab salam, Datin Maria terus mematikan telefonnya dan dia terus duduk di sebelah suaminya. Dia memberitahu kepada suaminya tentang perbualannya bersama anak bongsu yang disayanginya itu lantas suami dan anak sulungnya itu turut gelak dengan lawak Naufal. Sungguh keluarganya terasa kosong dirumah semasa ketiadaan Naufal, kerana Naufal sentiasa memeriahkan suasana dirumah mereka dengan gelak tawanya bergurau bersama abangnya Nabil Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience