Bab 2

Romance Series 10731

Hari berganti hari..
Sudah 3 tahun Nadirah dan Naufal berada di Universiti tersebut dan kini mereka telah berada di tahun terakhir Diploma mereka..
"awak..tak sangka kita dah nak habis belajar kan..so lepas ni apa rancangan kita ya?" soal Nadirah kepada Naufal .
"saya rasa kan wak..memandangkan kita sudah lama kenal apa kata kita tunang selepas habis diploma ni nak?" tanya Naufal tanpa memandang ke arah Nadirah yang dari tadi masih ralit menyusun bukunya.
"Tunang?"
"ye tunang..kenapa? awak tak nak tunang dengan saya ke"
"tak adalah..saya nak tapi kita kan masih muda masih banyak benda yang perlu kita kejar untuk capai cita-cita kita.."
"ye tapi pertunangan tidak menghalang cita-cita kita untuk berjaya kan?"
Nadirah masih lagi berfikir, apa kah betul Naufal mengajaknya untuk melangsungkan pertunangan mereka setelah tamat pembelajaran mereka. Kerana bagi Nadirah masih jauh lagi perjalanan hidupnya untuk mencapai cita-cita. Namun ada betulnya kata Naufal..
"bila?"
"bila apa?" tanya Naufal yang agak pelik dengan soalan Nadirah yang tiba-tiba sahaja kata 'bila'
"bila awak cadang untuk melangsungkan pertunangan kita?"
Oh..Nadirah bertanyakan tentang tarikh pertunangan mereka. Dengan berbasi senyuman yang ada Naufal lantas menjawab soalan Nadirah dengan yakin.
"hari jadi awak!?"
Tercengang dengan jawapan yang Naufal berikan, Nadirah masih berfikir. Hari jadinya pada bulan 7, bermakna 5 bulan lagi..dan 3 bulan selepas mereka menamatkan pelajaran mereka..sempatkah dia untuk mengumpul duit untuk majlis tersebut.
Sambil Nadirah berkira-kira.. Naufal telah menegurnya.
"awak fikir tentang kos yang akan kita tanggung pada majlis pertunangan itu nanti ke?"
Nadirah mengangguk kecil..
"awak tak perlu fikir..saya ada duit..pakai duit saya dulu ya.. nanti kita dah kerja kita sama-sama kumpul duit pula..." pinta Naufal kepada Nadirah..
Tanpa berfikir banyak Nadirah terus bersetuju dengan rancangan Naufal yang sebentar tadi..
Di dalam bilik..
Nadirah masih memikirkan tentang rancangan Naufal yang telah dipersetujui..
Namun ada benda yang masih Nadirah fikirkan adalah..seorang pensyarah yang baru sahaja mengajar disini dan mengajar di kelas Nadirah yang sering sekali mengusik Nadirah..lantas mulut Nadirah menyebut sebaris nama Iman Mikael..oleh kerana nama mereka berdua bermula dengan Iman pensyarah itu sentiasa mengusik Nadirah.. pensyarah tersebut sentiasa mengatakan hasratnya yang ingin mengahwini Nadirah kerana Nadirah ialah jodohnya..
Oleh kerana hormatnya Nadirah kepada pensyarahnya itu..dia hanya mampu membalas usikan pensyarah itu dengan senyuman yang tak ikhlas dia pernah pamerkan..
p/s – Naufal & Nadirah tak sama kelas ya tetapi sama jurusan.. hehe kalau Naufal tahu ni pasti Naufal turut cemburu habis terhadap pensyarah tersebut..
Siapa iman Mikael ni? Betul ke dia jodoh Nadirah? Jeng jeng hehe

Hari yang telah ditunggu telah tiba...hari dimana pembelajaran Naufal dan Nadirah telah tamat bersama kawan-kawannya lain..
Naufal menanti Nadirah di pintu pagar berharap agar dia dapat melihat muka insan yang dia sayangi itu oleh kerana mereka telah lama tidak bertemu oleh kerana masing-masing sibuk dengan peperiksaan akhir mereka dan juga kerja-kerja projek mereka.
Namun harapan Naufal musnah..dari pagi hinggalah ke petang Nadirah masih tidak muncul. Didail nombor Nadirah..setelah beberapa kali menelefon..akhirnya Nadirah menjawab..
"Ingat tak mahu angkat telefon saya dah.." perli Naufal dengan nada yang agak marah..
"maaf awak..ayah..saya...ayah saya.. dah...tiada wak...semalam lagi saya sudah balik dapat telefon dari mak ngah saya terus balik menaiki bas.." dalam tangis Nadirah masih bertutur dengan kemas dan masih boleh didengari oleh Naufal
"kenapa awak tak bagitahu saya..? sekarang awak dimana saya datang sekarang.. tunggu saya.."
Lantas telefon dimatikan Naufal yang berniat ingin pulang kerumah, namun niatnya terbatal oleh kerana berita yang baru sahaja didengari oleh buah hatinya..
Setiba Naufal di rumah Nadirah sudah kelihatan ramai orang sedang meratapi pemergian bapa Nadirah..sungguh berat ujian yang Nadirah terima.. bapanya sahaja yang dia ada. Ibunya telah lama pergi sejak melahirkannya..Nadirah hanya tinggal bersama bapanya, Nadirah seorang anak tunggal..kini menjadi anak yatim piatu..
Pilu hati Naufal melihat Nadirah yang sudah tidak terurus rupanya..ditatap muka Nadirah sungguh tak sanggup dipandang muka Nadirah kerana teramat pucat dan mata Nadirah sudah tidak berhenti mengalirkan air mata..hendak sahaja Naufal memeluk Nadirah namun difikirnya mereka bukan mahram...amat pilu melihat keadaan Nadirah..
"maaf awak..saya tidak dapat tahan lagi sedih hati ini.." kata-kata Nadirah membuatkan Naufal semakan dihimpit sebersalah oleh kerana tidak mengambil berat tentang Nadirah sejak kebelakangan ini.
"Tak perlu mintak maaf..saya yang perlu minta maaf kepada awak kerana telah menuduh awak sebentar tadi..saya salah dan kini saya telah melihat awak didepan mata saya seperti ini amat sedih saya rasa..saya berjanji Nadirah saya akan menjaga awak selepas ini, saya tidak akan membenarkan sesiapa pun menyakiti awak..setelah melihat awak seperti ini tidak sanggup saya ingin melihat air mata suci awak jatuh lagi.."
Kata-kata Naufal membuatkan air mata Nadirah semakin laju menuruni pipi mulusnya..lantas diseka air mata tersebut dan mengembalikan senyuman kepada Naufal..senyuman yang entah dari mana timbul di bibirnya..namun dia tahu senyuman itu ikhlas hanya untuk Naufal..ya..kekasih hatinya..
Majlis tahlil berjalan dengan lancar..Naufal juga meminta diri untuk pulang oleh kerana orang tuanya telah lama menunggunya dirumah..
Selepas bacaan yassin..datang seorang jejaka berbaju melayu dan terus  menyalami mak ngah Nadirah yang dari tadi tak lekang memandang jejaka tersebut bukan kerana kekacakannya tetapi jejaka tersebut ialah pensyarahnya..ya pensyarahnya yang bernama Iman Mikael yang sentiasa mengusiknya..dimana pensyarahnya itu tahu tentang berita sedih ayahnya itu.. siapakah jejaka ini kepada keluarganya adakah mereka bersaudara..
Lantas jejaka tersebut membisik kepada Nadirah yang asyik dari tadi mengemas dapur rumahnya..
"Hai bakal isteri saya.." kata kata pensyarahnya itu membuatkan Nadirah sedikit terbeliak matanya dan lantas memandang pensyarah itu dengan penuh tanda soal..
"A..aapa yang pensyarah sedang cakap ini.. pensyarah mungkin salah orang ni.." Nadirah masih cuba memberanikan diri untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah walaupun kini jantungnya berombak hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mengapa dia perlu rasa begini? Sedangkan dia dengan Naufal tiada rasa seperti ini..
"Nanti awak akan tahu Iman Nadirah ku" Iman Mikael membiarkan Nadirah yang masih tercengang dek kerana tegurannya, ditinggalkan Nadirah dengan senyuman nakalnya..
"Ish benci lah.. apa ni.. tak faham la..ah lantak la baik aku sambung kerja.." Nadirah bercakap seorang diri di dapur..
Mak ngah..
Apa yang diperkatakan mak ngah tadi masih berputar di otak Nadirah..betul kah? Betul kah yang Iman Mikael tu jodoh dia? Kalau betul kenapa mereka seperti merahsiakan sesuatu daripadanya.. Nadirah masih di atas katilnya memikirkan kata-kata mak ngah nya sebentar tadi..apakah betul..
Lantas itu Nadirah menelefon Naufal..
"ye awak..rindu saya ke.." lembut sahaja Naufal berkata, mana taknya sudah 3hari Nadirah tidak menghubunginya..namun dia tahu Nadirah memerlukan masa oleh kerana pemergian ayahnya itu..
"hak ah rindu..awak sihat? Maaf beberapa hari ini saya tidak  menghubungi awak.. awak pun tahu kan.." sedih sahaja suara Nadirah bercakap begitu kepada Naufal..
"takpa saya faham.. sebab itu saya pun tidak mahu menganggu awak dan saya tunggu sahaja awak telefon saya.."
"terima kasih wak..kerana memahami saya.. untung saya dapat boyfriend yang baik hati ni kan hehe.." ya Nadirah berasa beruntung kerana Naufal telah banyak bersamanya dari sekolah sehinggalah mereka telah tamat belajar Naufal masih Naufal yang sama dan sikapnya tidak pernah berubah yang sentiasa mencuit hati Nadirah..
"Tahu pun..cehh hehe awak..saya nak bagitahu ni.. minggu depan saya dah mula kerja tau di syarikat ayah jadi saya boleh la mula mengumpul duit untuk kita tunang nanti.."
Perkataan tunang dari Naufal tadi terus mengejutkan Nadirah yang dari tadi masih bersisa senyumannya..namun dia tahu Naufal seorang yang cekal orangnya tidak mudah mengalah..
"Tapi..saya belum pun cari kerja..bagaimana untuk melangsungkan pertunangan..awak dah bincang bersama keluarga awak ke?"
Pertanyaan Nadirah sebentar tadi membuka mata Naufal, benar..keluarganya belum mengetahui kewujudan Nadirah dalam hidupnya..
"Tentang hal kerja tu..awak cari perlahan- lahan ya..nanti kalau saya ada masa lapang saya temankan awak untuk mencari kerja ya..tentang keluarga saya awak tak perlu risau..saya pasti akan memberitahu mereka.."
"Macam mana kalau keluarga awak tidak setuju tentang rancangan kita?" soal Nadirah agak cemas.
"belum cuba belum tahu kan? Lagipun abang saya pun telah berkahwin dengan gadis pilihan hati ibu..apa salahnya kalau saya pula melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati saya pula.. betul tak?"
Kata-kata Naufal tadi amat mengelirukan Nadirah..sekiranya abang Naufal pun ibunya yang jodohkan..apa lagi kalau Naufal..satu-satu anak bongsu yang mereka kasihi..
"iyalah awak..saya ikutkan sahaja..okaylah nanti kita borak lagi ya apa-apa pun tahniah telah dapat kerja walaupun kerja dengan ayah awak hehe.."
"baik.. terima kasih..jangan lupa saya ya..saya sentiasa ada untuk awak walau dimana awak berada..Naufal Haikal sentiasa ada di sisi Iman Nadirah yang dicintai.."
Dengan senyuman Nadirah mematikan telefon..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience