Bab 14

Romance Series 10731

"Kenapa bising bising ni you" Kamalia terpisat pisat pada malam itu.. apabila sudah terdengar suara Naufal menjerit..
"Maaf puan.. kami perlu menahan suami puan atas sabit kesalahan membunuh Iman Mikael beberapa hari lalu..suami puan didapati bersalah"
"Noooo!! Fal kenapa you sanggup buat perkara begini??"
"I tak sengaja Lia..i tak sengaja.." hanya itu sahaja yang dapat Naufal katakan..dia tidak mampu berkata lebih lagi..
Lalu polis juga membawa Naufal ke balai polis dan dia akan dihadapkan ke Mahkamah..

"Tak guna punya perempuan..sebab kau..Anak aku masuk penjara!" Jerit Datin Maria
"Ibu.. ni bukan salah Nadirah.. ni salah Naufal sendiri" terang Kamalia
"Kamu pulak nak membela dia Lia? Dia dah bagi kamu makan apa?"
"Ibu ingat semua orang mcm ibu ke nak pakai bomoh bomoh semua ni? Sampai anak sendiri pun ibu sanggup bomoh"
"Diam! Kamu taktahu apa apa Lia.. ibu buat ni demi kebahagiaan Naufal.."
"Kebahagiaan apa ibu..kalau Naufal telah dipenjarakan..dia pasti sudah sedar akan perbuatannya itu.. Lia tahu dia masih tidak mampu melupakan Nadirah..oleh kerana itu dia masih mencari Nadirah dan mengacau Nadirah.."
"Mengapa kamu tidak menghalang perbuatannya? Kamu suka ya suami kamu curang?"
"Bukan mcm tu ibu..Nadirah sendiri yang call Lia suruh pujuk Naufal dan jaga Naufal sebaiknya..tetapi Lia tak ada masa lah ibu nak melayan anak ibu tu.. Lia banyak komitmen..Lia tidak dapat melayan suami Lia dengan baik.."
"Kamu lebih pentingkan kerja berbanding suami kamu ye Lia..ibu tidak sangka.."
"Maafkan Lia ibu..kini Lia sudah insaf.. akan khilafnya Lia sebagai isteri Naufal..Lia akan menjaga Naufal hingga akhir hayatnya"
"Sudah! Aku tak mahu lagi drama kamu ni Lia..ibu mahu anak ibu dibebaskan!"
"Tapi bagaimana ibu, sudah terang terang Naufal yang telah membunuh Mikael.."
"Aku tidak peduli.."

"APAAA?!!!"
"Yee..Puan Salma telah buat keputusan Nadirah..kamu terima aje ye..majlis sudah dekat..semua persiapan sudah di lakukan.."
"Tapi mereka akan tahu juga perkahwinan sepatutnya Nadirah dan Mikael.."
"Ye tapi..kamu juga tidak menolak kan jika dia jodoh kamu?"
"Siapa jodoh saya? Dia? No no Mak Ngah.."
"Apa salahnya..dia baik orangnya.."
"Tapi Nadirah sudah menganggap dia tidak lebih dari itu.."
"Tunaikanlah permintaan Puan Salma tu Nadirah..kamu nak buat dia sedih lagi ke?"
"Tidak Mak Ngah..hmm baiklah Nadirah ikut sahaja lah"

Nadirah terpaksa akur akan permintaan Puan Salma, dia tidak mahu lagi wanita itu bersedih akibat pemergian anak kesayangannya itu..tetapi mengapa aku yang dijadikan mangsa? Mengapa..aku sekalipun tidak berasa cinta akan dia..apa harus aku lakukan lagi..

"Kau dengar sini perempuan..aku nak kau tarik balik semua dakwaan yang menyatakan anak aku bunuh tunang kau! Kalau tidak kau akan merasa azabnya dunia ni macam mana"
"Datin Maria, saya tidak berhak untuk menarik dakwaan tersebut. Malah polis sendiri yang menyiasat kes ini, anak Datin takkan senang senang dapat dilepaskan.. Datin fikir saya takut? Setelah pelbagai cubaan yang Datin lakukan ketika mula saya berkahwin sehingga kini Datin masih merayu sembah kepada saya" Nadirah senyum sinis..ya sungguh dia tidak takut akan ugutan Datin Maria sebentar tadi, dia percaya akan takdir yang Allah telah tentukan.
"Kau jangan main main dengan aku Nadirah!"
"Dah la tu ibu.. marilah kita balik..malu lah orang tengok macam ni.." pinta Kamalia dia sudah tidak senang kerana telah banyak mata mula memandang agak adegan mereka itu di sebuat restoran.
"Kamu tak faham Lia..ini tentang hidup dan mati Naufal, kamu nak ke jadi janda? Hah?"
"Ohh..masa saya jadi janda ada Datin kisah? Sedikit pun Datin tidak pandang saya malah menjeling pun tidak mahu..kini Datin ingin membela nasib menantu Datin? Begitu?"
"Kau diam Nadirah! Kau diam! Aku akan pastikan kau akan mendapat balasannya Nadirah.."
"Balasan apa ye Datin? Balasan untuk sumbat Datin ke penjara pula ke?"

Terus Datin Maria terduduk dan rebah di depan Nadirah..dia kini sudah mati akal..apa lagi yang harus dia buat.. dia telah dipapah oleh Kamalia untuk masuk ke kereta

"Lia..jangan bagi mak mertua you tu stress..nanti boleh kena heart attack takda siapa nak bela anak dia nanti"
"Nadirah..i know you takda niat pun nak perkatakan semua ni..tapi i faham undang undang negara memang kita tidak boleh menolak i akur Nadirah untuk jadi janda"
"Memang lah you terima..ingat i taktahu? Apa you buat belakang Naufal? Enough lah Lia..i nampak sendiri okay..sebab tu you tak kisah tentang Naufal.."
Kata kata Nadirah tadi terus membuatkan Kamalia tercengang..bagaimana Nadirah tahu akan kecurangannya dibelakang Naufal?
"Ma..cam..mana..u..ta..h..u?" Terketar ketar suara Kamalia mengutur kata.
"I tak perlukan spy pun..you selalu check in dekat hotel berhampiran kedai makan yang i selalu makan Lia..u selalu mabuk..mana u perasan orang sekeliling.."
"I harap you tak bagitahu ibu..i tak puas enjoy lagi Nadirah..my life is so miserable.."
"If u taknak i bagitahu..then u should persuade her to be calm down & let the judgement will be smoothly, also Naufal should responsible of what he have done Lia..I'm sorry saying this"
"I will.."

Nadirah kini bertambah kuat..dengan sumber kekuatan yang dia ada kini..dia juga telah berani mempertahankan hak nya..lagi lagi apabila berdepan dengan ibu mertuanya.. Naufal harus terima balasan atas apa yg telah dilakukan kepada Mikael..walaupun Nadirah tidak dapat menuntut hak pemergiaan anaknya oleh kerana Naufal..tetapi kali ini dia memang tidak boleh melepaskan Naufal..

Nadirah berjalan seorang diri di taman..dia perlu berehat..ya..sudah terlalu banyak perkara yang telah berlaku, dan itu semua telah mendewasakan dirinya.. walaupun umur setahun jagung. Namun kekentalan dirinya itu seperti sudah berumur 40 tahun, dia redha..dia cuma berharap akan ada sinar kebahagiaan diberi kepadanya buat selamanya.. iaitu suami yang bakal dia kahwini lusa..

"Abang.."
"Ye.."
"Abang betul ke nak kahwin dengan Nadirah..Abang sanggup menggantikan tempat Mikael?"
"Tak baik cakap macam tu..tak ada istilah sanggup atau terpaksa pun dalam perkahwinan ni ira..abang terima seadanya.."
"Betul ni? Nanti menangis semua girlfriend abang nanti Nadirah taknak tanggung eh"
"Eh eh ke situ pulak dia..hahaha dah lah..kita ni darah manis ira..nanti duduk luar ni lama lama apa pula kata orang..sabar ye lusa je.." sambil itu Mahfuz mencuit hidung Nadirah..
"Ish abang ni kan..thank you abang terima Nadirah..cuma tulah..bagi Nadirah masa ye untuk semua ni.." lantas Nadirah memeluk Mahfuz, Mahfuz yang terkejut akan reaksi Nadirah itu.. dia menepuk perlahan belakang Nadirah
"Tak apa..ambil lah selama mana Nadirah nak..abang tunggu"

Hari yang dinanti nantikan telah tiba..
Nadirah sudah teruja..entah mengapa kali ni perkahwinan ini membuatkan dia begitu teruja..sedangkan masa berkahwin dengan Naufal tidak lah sebegini..

Nadirah yang masih berada di dalam biliknya sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki..dia asyik mengerling jam di dinding...terasa begitu lama dia menunggu..

"Kenapa Mak Ngah?" Dia melihat Mak Ngah yang sudah mundar mandir seperti orang risau..
"Lama betul pengantin ni Nadirah..tidak sampai sampai..tok kadi juga sudah sedia.."
"Haa yeke..yaAllah kemana lah abang dan mama ni..jangan lah jadi apa apa pada mereka ya Allah.." Nadirah sudah risau..dia tidak mahu perkara buruk lagi berlaku terhadap keluarga itu..dia tidak sanggup lagi untuk menerima sebarang rintangan..

Setelah sejam lebih mereka menunggu..Mak Ngah masuk kembali ke bilik Nadirah dan memberitahunya pengantin lelaki sudah sampai.. cepat cepat Nadirah membetulkan pakaiannya..dan duduk kembali..fuhh sungguh lega dirasakan jika tidak apa apa yang buruk kepada mereka

"Kenapa lambat sangat.." soal Mak ngah risau
"Ni ha Mahfuz ni..gementar katanya..asyik ke bilik air sahaja.." terang Tan Sri Yaacob sambil mentertawakan anaknya
"Risau kami dibuatnya tau.."
"Kamu jangan risau lah ngah.." terang Puan Salma..
"Boleh kita mulakan?"
"Boleh boleh.."

Aku terima nikahnya Iman Nadirah bt Ismail dengan mas kahwin nya 300 ringgit tunai..
"Sah"
"Sah"
"Sah"
Alhamdulillah..kini Nadirah sudah bergelar isteri yang sah buat Mahfuz.. sesi membatalkan wuduk..

Perlahan sahaja Mahfuz menyarungkan cincin kepada jari Nadirah.. masih menggeletar tangannya..
"Abang okay?"
"Tak okay..nervous tak habis lagi..bila tengok Nadirah lagi nervous abang dibuatnya"
"Tengok tu..ada sahaja abang nak menyakat Nadirah kan"
"Hehe.."

Selesai sahaja majlis akad nikah dan bersanding mereka semua sudah kepenatan.. Nadirah pula mengikut Mahfuz untuk duduk di rumah keluarganya.. dan selepas itu mereka akan tinggal di rumah mereka sendiri..

"Fuz..bawak isteri kamu tu naik..dah penat sangat dah mama tengok" Datin Maria yg melihat Nadirah sudah berapa kali menguap..
"Baik maa..kami naik dulu ya maa."
"Jom Nadirah..abang tunjuk bilik kita.."
Nadirah hanya menturuti belakang Mahfuz..
dia sudah tidak berdaya untuk berkata..
Setelah sampai di biliknya mata Nadirah sudah terbuntang luas diperlihatkan warna bilik yang berwarna biru cair itu sungguh indah..dengan hiasan perabot yang sungguh lengkap..katil pula amat lah besar..Nadirah masih membatu di depan pintu bilik..
"Laa kenapa terjegat pula tu.. mari lah masuk..kalau Nadirah tak selesa tak apa..abang tidur bawah aje..Nadirah tidur di atas katil ya?"
"Betul ke ni? Maaf abang..Nadirah masih kekok.."
"Tak apa..tidur jelah..kita sama sama penat kan..dah dah pergi tidur ye"
Nadirah terus melompat ke atas katil milik Mahfuz itu..sungguh empuk..lena sudah dia dibuai mimpi..Mahfuz yang melihat akan gelagat Nadirah tadi sudah menggelengkan kepala "comel sungguh" katanya..
Mahfuz masih tidak boleh tidur..dan dia membuka satu sampul yang dia jumpa di bilik Mikael tempoh hari saat mengemas bilik Mikael..

Kepada Nadirah yang dicintai..

Sayang..sekiranya awak membaca surat ini mungkin kita sudah berkahwin ataupun sebaliknya..saya tidak tahu mengapa saya menulis surat ini..namun jauh disudut hati saya merasakan sesuatu akan berlaku kepada saya mahupun awak..Sekiranya perkara buruk berlaku kepada saya..saya hendak awak tahu ada beberapa dokumen di dalam bilik saya yang saya ingin tunjukkan kepada awak..itu semua tentang keluarga awak dan pernjanjian saya dengan mak awak dulu..

Belum sempat menghabiskan baca surat tersebut Mahfuz sudah mengalirkan air mata.. tetapi diseka cepat air matanya dan terus membaca kembali..

Sekiranya jodoh kita sampai sini sahaja..saya nak awak tahu dari kita kecil sampai lah sekarang saya tidak pernah ada seorang wanita pun melainkan awak..tetapi jika jodoh kita tidak kesampaian..saya tetap mahu awak untuk masuk ke dalam keluarga saya walau apa pun..kerana ini adalah keluarga awak juga..

Ye Mika..abang telah capaikan hajat Mikael untuk bawa Nadirah masuk ke dalam keluarga kita..semoga tenang di sana. Cepat cepat Mahfuz menyimpan kembali surat tersebut dan dia harus berikan surat tersebut kepada Nadirah esok..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience