Bab 6

Romance Series 10731

Telah tiba hari bahagia Iman Nadirah bersama pasangannya iaitu Naufal Haikal..
Sekali lagi...Iman Mikael melepaskan Nadirah di tangan orang lain..
Jauh di sudut hatinya berharap Nadirah akan bahagia di samping orang yang dia sayang dan tidak akan mudah dilukai..
Semasa majlis akad nikah..ibu Naufal hanya berada di masjid itu hanya seketika dan terus meminta diri untuk pulang sama seperti majlis pertunangan mereka..kini ayah Naufal masih menanti hingga ke akhir majlis..
Semasa sesi dimana Naufal menyarungkan cincin di tangan Nadirah..sempat Naufal berbisik pada Nadirah..
"cantiknya isteri saya pada hari ini.. ini lah bidadari syurga saya nanti.."
Tersenyum malu Nadirah apabila Naufal mengucapkan kata-kata manis itu ditelinga nya..sungguh dia terasa bahagia di sisi Naufal..
Majlis berlangsung dengan meriah..sehingga ke bersanding..
"cantik isteri kau..nanti boleh pinjam ya Naufal.." kata kata jejaka itu buatkan Naufal terkejut dan terus memandang tepat di mata lelaki itu.
"eh sir Iman Mikael kan? Kenapa sir cakap macam tu..sudah tentu tidak boleh pinjam ini isteri saya dan tanggungjawab saya sir.." 
Ya Iman Mikael hadir pada majlis persandingan Nadirah kerana dijemput oleh Mak Ngah..
"tak adalah saya gurau je Naufal..saya Cuma nak pastikan yang awak betul-betul menjaga Nadirah.." dengan mempamerkan senyuman yang plastik Iman Mikael selamba berkata begitu kepada Naufal yang masih berdiri di depannya.
"eh Cik Mikael pun ada? Jemput makan cik..." lantas Nadirah menunjukkan tempat dimana terletaknya makanan..tetapi jauh di hati Mikael dia hanya nak pastikan Nadirah gembira pada hari tersebut..
"baiklah..Tahniah ya..sudah jadi isteri orang..lepas ni boleh minta ambil awak dari tempat kerja pula tak perlu bersusah naik bas.."
Kata kata Mikael itu hanya sekadar perli supaya Naufal tahu bahawa isteri nya itu balik kerja susah dengan bas..dan Mikael lah yang menjadi superman untuk menyelamatkannya..

"sayang..ambilkan tie saya kejap di belakang pintu.." pantas Nadirah bingkas bangun dari tempat duduknya dan ambil tie yang disuruh suaminya..
"handsome suami Nadirah hari ini pasti orang yang melihat tahu seri pengantin baru.." sambil mengenakan tali leher Naufal, sempat Nadirah memuji suami nya itu..
Mereka kini telah tinggal bersama keluarga Naufal buat sementara waktu..kerana mereka masih menunggu kunci rumah yang baru sahaja ayah nya hadiahkan kepada mereka sempena perkahwinan mereka..
Nadirah masih bercuti..kerana syarikat berikannya cuti seminggu untuk perkahwinannya itu..tetapi Naufal perlu berkerja kerana ada hal penting katanya di pejabat..
Turun sahaja Nadirah..Ibu mertuanya sudah menyapa..
"haiii baru ingat nak turun ke? Kau ingat kau permaisuri di rumah ni? Senang senang bangun lewat.. kau jangan ingat rumah aku ni rumah kebajikan untuk kau.." lantas Datin Maria senyum sinis kepada Nadirah..sakit betul hatinya melihat Nadirah yang berada di rumahnya ketika ini..
"maaf ibu..Nadirah baru kemas bilik dan kumpul baju baju kotor kami untuk dibasuh.." jawab Nadirah yang masih memegang beberapa helai baju untuk dibawa turun dan basuh..
"kau tak payah nak panggil aku ibu lah.. bernanah taik telinga aku ni dengar kau panggil aku ibu... kau tak layak panggil aku ibu tahu!?" seraya Datin Maria menolak kepala Nadirah dengan keras..
"Maaf Datin..saya pergi dulu.." Nadirah terus berlari anak ke dapur dan sejurus itu teman baiknya berkunjung lagi..ya tangisan..kini tangisan hanyalah teman baik Nadirah..
Sedang Nadirah memasukkan baju ke dalam mesin basuh.. tiba tiba sahaja ada beberapa baju sudah siap di lempar ke muka Nadirah..
"basuh baju kami sekali perempuan miskin.." Datin Maria berkata sambil melempar baju bajunya dan baju suaminya..dan dia terus berlalu pergi meninggalkan Nadirah yang masih berbasi air matanya..
"tak apa bukk..mari saya bantu ya.." bibik mina yang dari tadi tidak mampu melawan apa yang tuan nya lakukan kepada Nadirah lantas menghulurkan bantuan kepada Nadirah..
"takpa bik..nanti Datin tengok nanti bibik pula yang kena marah..bibik sambung kerja bibik ya..saya boleh basuh semua baju ni.." sambil melemparkan senyuman Nadirah meneruskan kerjanya..
Seminggu berada di rumah Datin Maria amatlah memeritkan bagi Nadirah, namun tidak sedikit pun dia cerita kepada Naufal tentang perlakuan ibunya terhadap Nadirah..
Nadirah sudah mula bekerja..
Kini dia pula ditegur oleh Kak Rina yang sedari dari tadi Nadirah asyik tersengih seorang diri..
"eh kau ni kenapa Nadirah..nak kata angau..dah kahwin dah pun..angau apa lagi ni.."
Soal Sabrina..
"eh mana ada kak..ni haa suami Nadirah buat lawak..tu yang Nadirah gelak.." benar..Naufal telah buat Nadirah tersenyum seorang diri dengan jenakanya..
Baliknya dari kerja..Nadirah menanti suaminya untuk mengambilnya..tetapi ada seseorang yang masih dia menanti sebenarnya..hari ini jejaka tersebut tidak munculkan dirinya di depan Nadirah..
Sudah muncul kereta Naufal di depan Nadirah..terpancar senyuman yang sungguh manis di bibir Nadirah saat terlihat kereta suaminya itu..
"maaf sayang..saya lambat sikit ambil awak..habis meeting lambat tadi.." Naufal
"saya pun baru je turun ni..apa lah salahnya tunggu awak sekejap hehe..awak.."
"ye sayang kenapa..?"
"kalau saya ambil lesen kereta boleh? Bukan apa saya tak nak susahkan awak untuk ambil saya selalu..kalau awak ada meeting ke kan senang je saya pulang sendiri tak perlu awak risau saya lagi.." rayu Nadirah.
"saya pun terfikir begitu juga sayang..yelah nanti senang awak nak kemana mana kan..nanti kita pergi tempat belajar memandu ya? Kalau bab kereta tu nanti tak apa hehe.."
Lancar sahaja Naufal berkata..yelah dia tidak kisah akan permintaan Nadirah yang tidak seberapa itu..pasti dia boleh tunaikan..tentang kereta ..yaa Nadirah tidak perlu risau..kerana di rumahnya juga ada beberapa kereta yang Nadirah boleh pakai..
"betul ni? Terima kasih wakk..sayalah isteri paling bahagia kerana mempunyai suami sebaik awak ni tau.." sambil senyum meleret di bibir Nadirah..
Setiba mereka di rumah Datin Maria..mata Naufal tertancap kepada satu kereta yang asing di rumah mereka..dia kenal kereta itu..seraya dia menyebut sebaris nama..Kamalia..
"hai anak ibu..ni lia datang katanya rindu pada fal.." rengek Datin Maria kepada Naufal buatkan Nadirah sedikit berang..
"ibu..ibu tahu kan fal dah ada isteri sekarang..dan fal dah pun melaksanakan permintaan ibu sebelum ini.."
"tapi fal tidak laksanakan sepenuhnya sayang permintaan ibu.." sambil menjeling ke arah Nadirah  yang dari tadi setia berdiri di belakang Naufal..
Lantas Nadirah terus naik ke biliknya..dia tidak sanggup untuk melihat adegan yang bakal ibu mertua nya pinta untuk Naufal buat..sungguh ia merobek hatinya..
Sedang Nadirah bersiap untuk mandi..Naufal yang berada di belakangnya terus merangkul pinggangnya dan meletakkan dagunya ke bahu Nadirah..
Lama mereka berdiam begitu.. Naufal tidak melepaskan dirinya walau sedikit pun di belakang Nadirah malah dia peluk kemas Nadirah dan terus mengucup leher isterinya..dia amat merindui bau isterinya itu..
"sorry sayang..saya tidak bermaksud apa apa dibawah tadi..jangan salah sangka ya..cinta dan sayang saya hanya untuk insan bernama Iman Nadirah yang berada di depan saya ini.." Naufal menyusun ayat..
"ye saya tahu awak hanya sayang saya..dahh saya nak mandi ni busuk lah saya bau diri saya ni tau..awak pun sama busuk hehe.." lantas Nadirah mencuit hidung Naufal yang dari tadi sedikit pun tidak bergerak dari belakangnya..

“Kenapa Datin buat saya begini..apa salah saya Datin.." sambil mengesat air matanya Nadirah masih berdiri di depan Datin Maria..
"Aku tak suka kau..sebab tu aku buat begini..kau tak perlu berlagak baik di depan aku ya budak miskin. Kau kahwin dengan anak aku sebab harta bukan!? Dasar perempuan tak guna.." tengking Datin Maria yang kini amarahnya semakin membara ibarat api saat dia melihat Nadirah duduk senang lenang menonton televisyen di rumah.
"Jika harta yang Datin banggakan..Datin salah..saya sedikit pun tidak meminta Naufal untuk memenuhi permintaan saya malah barang barang saya juga saya beli dengan duit sendiri..Datin boleh tanya Naufal sendiri.. saya salah..saya sangka Datin seorang yang berpelajaran tinggi dan berfikiran terbuka namun sangkaan saya jauh terpesong Datin seperti kurang pelajaran tentang adab dan budi bahasa"

Lantas laju sahaja tangan Datin Maria hinggap ke pipi Nadirah.. tanpa Nadirah sedari..Pipinya sudah merona naik merah oleh tamparan tersebut..

“Kau tak perlu ajar aku tentang adab & budi bahasa lah perempuan! Kau tu yg miskin menyusahkan anak aku je nak jaga kau lagi” tengking Datin Maria

“Kalau rasa saya ni menyusahkan, kenapa Datin setuju Naufal kahwin dengan saya? Datin boleh je bantah itu kan anak Datin?”

“Kau tahu kenapa kau tak bantah? Sebab aku nak kau tengok betapa benci nya aku terhadap kau tahu? Aku belum puas menyeksa kau..HAHAHAHA” gelak besar Datin Maria dan dia berlalu pergi meninggalkan Nadirah yang masih tidak lekang memegang pipinya..

“Macam mana nak sorok merah kat pipi ni..nanti Naufal balik mesti dia tanya hmm” Nadirah sudah tidak tahu alasan apa yang perlu dia bagi apabila Naufal bertanya akan lebam di badannya, luka di mukanya. Alasannya hanyalah kecuaian dia sendiri, sedangkan semua itu oleh ibu mertua nya..

"Kau keluar dari rumah aku! Aku tak mahu lihat muka kau.."  jerit Datin Maria
"Ye saya akan keluar dari rumah ini Datin.. saya dan Naufal.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience