Bab 7

Romance Series 10731

“Nadirah! Nadirah! Mana perempuan ni” jerit Datin Maria yang sedang memanggil Nadirah
“Ye Datin..maaf saya sedang solat tadi..”
“Ke kau sengaja taknak turun sebab aku panggil? Huh? Dahla..ni ha aku ada beli ikan patin aku nak kau masak malam ni ada tetamu istimewa, bibik masak tak sedap”
“Baik Datin..” lantas tangan Nadirah mengambil plastik yg berada di tangan Datin Maria..
“Kau jangan bubuh racun pulak eh.. aku dapat tahu kau buat jahat dengan masakan tu nanti siap kau!!”
Nadirah hanya menunduk tanda faham dan terus berlalu ke dapur..

“Siapa tetamu istimewa tu eh? Bibik tahu ke?”
soal Nadirah kepada bibik mina
“Bibik pun enggak tahu puan.. katanya bakal menantu..tetapi setahu bibik anak anak Datin semua sudah berkahwin..”

Terdiam Nadirah mendengar apa yang bibik perkatakan, adakah Datin Maria benar benar mahu menjodohkan Kamalia & Naufal.. Pantas tangan Nadirah memegang dadanya agar sabar dan tidak gentar dengan apa yang bakal berlaku pada malam ini..

Selesai memasak Nadirah terus mempersiapkan diri sementara menunggu Naufal balik dari kerja..

Naufal dengan kepenatan dan rindu yang membuak untuk bertemu isterinya dia mempercepatkan langkahnya memasuki rumah keluarganya itu.. Nadirah sudah terpacul di depan pintu menyalam Naufal..

“Rindu lah..” Naufal membisik ke telinga Nadirah perlahan
“Kalau rindu jom naik atas hehe..” Gurau Nadirah..
“Amboi? Nakal eh sayang saya ni..ni tambah sayang ni..”
“Chupp!” Melekat bibir Naufal ke pipi Nadirah..

Datin Maria yang melihat adegan anaknya dan menantunya itu lantas pergi kepada mereka..

“Tak payah nak tunjuk kebahagiaan tu kat sini..”
“Eh ibu..tak perasan ibu ada tadi..” Sambil menggaru belakang kepalanya Naufal menjawab seloroh
“Dah pergi naik mandi, malam nanti kita ada tetamu..ibu nak Naufal ada sekali ya..”
“Siapa bu?”
“Bakal besan ibu lah sayang..”
“Besan? Setahu Fal..ibu bapa Nadirah dah takda siapa lagi? Ohhh keluarga kak aisyah ye ibu?” Pelik Naufal..keluarga kakak iparnya itu jarang sekali datang rumah mereka kerana keluarganya sering berada di luar negara
“Ada lah..pergi jelah mandi..pakai elok sikit..”
“Haa yelah mama..” tanpa banyak soal Naufal dan Nadirah menaiki tangga..

Nadirah sudah rasa tidak sedap hati..apa yang Datin Maria cuba buat kali ni..
Nadirah membiarkan suaminya berehat dan dia turun untuk menolong bibik mempersiapkan makanan untuk tetamunya itu..

“Hey perempuan..nanti..aku taknak tengok kau makan duduk sebelah Naufal..faham?!”
“Tapi kenapa Datin? Naufal suami saya..”
“Aaaaaahhhhhh!! Aku taknak dengar apa kau cakap..kalau kau taknak dengar kau tahu lah padahnya..” sambil menarik rambut Nadirah, Datin Maria sudah tersenyum sinis..

“Maria! Apa awak buat ni..Nadirah kan menantu kita..” Jerit Dato Kamal
“Saya nak ajar menantu kita ni..supaya tahu memasak lah..awak apa tahu..dah pergi depan lah ni kerja orang perempuan..” terang Datin Maria yang terkejut tiba tiba sahaja suaminya nampak akan perlakuannya pantas dia berbuat baik dengan Nadirah..

“Kau dengar ya perempuan..apa yang aku katakan tadi..jangan sesekali memalukan keluarga aku!” Datin Maria berlalu pergi meninggalkan Nadirah dan bibik Mina..

Nadirah yang masih bersisa tangisannya menyeka cepat cepat dan membantu bibik Mina..
“Sabar ya puan..nanti puan pindah bersama tuan Naufal puan takkan rasa semua ini puan..” bibik Mina juga turut bersimpati akan nasib Nadirah..
“Takpa bik..saya baik baik sahaja..marilah saya tolong itu..”

Setibanya tetamu istimewa yang diperkatakan Datin Maria tadi Nadirah yang melihat seakan terkejut..

“Apa perempuan ni buat kat sini..tu orang tua dia ke..hmm” Nadirah berbisik seorang diri setelah nampak keluarga Kamalia memasuki rumah Datin Maria..

“Sayang...sayang...” panggil Naufal setelah menuruni tangga..
Pantas Datin Maria menarik Naufal untuk dipertemukan dengan keluarga Kamalia.. Nadirah kini sudah berada di belakang dapur.. oleh kerana arahan Datin Maria, Nadirah tidak dapat berbuat apa apa..

“Makin handsome ya Naufal ni..” tegur ibu Kamalia, Datin Shima.
“Eh aunty..Uncle..bila sampai?” Soal Naufal yang terkejut akan kehadiran tetamunya itu..
“Baru je kejap tadi Fal..” jawab Dato Ibrahim
“Haa fal..Uncle bagitahu ibu yang Fal ada berjumpa dengan Uncle ya sebelum ni?”
“Ya ibu..itu pun tentang urusan kerja..”
ya Naufal pernah berjumpa ayah Kamalia atas urusan kerja dan dia kini dapat tangkap helah ibunya..
“Ibu..Nadirah mana? Dari tadi Fal panggil dia tak keluar pun..” soal Naufal
“Ada tu kat dapur..”
secara tiba tiba Naufal ingin ke dapur pantas tangan Kamalia menarik lengan Naufal dan dirangkulnya..
“Apa ni lia..lepaslah!” Berang Naufal..
“Alaa apa salahnya..lagipun nanti kita nak kahwin jugak..kan aunty?” Sengaja Kamalia bertanya kepada Datin Maria..
“Apa ni ibu? Fal tak faham..”
“Eh makanan dah siap..marilah kita makan..” ajak Datin Maria..
Dato Kamal yang melihat tindakan Isterinya itu hanya mampu mengelengkan kepala..

Semasa di meja makan.. Naufal masih tidak lekang memandang Nadirah yang membelakanginya dan tidak makan sekali bersama mereka..dia terpaksa akur..

“Jadi bila langsungnya?” Soal Datin Shima menebus keheningan di meja makan itu..
“Langsung apa?” Soal Naufal
“Eh Fal taktahu ke? Majlis Fal dengan Lia lah..”
“Apa ni ibu? Fal dah ada isteri ibu.. apa ibu buat ni..selama ni Fal ikutkan sahaja apa permintaan ibu..apa yang ibu buat ni melampau bagi Fal ibu..”
“Iyelah Maria..awak tak fikir ke perasaan menantu kita tu? Dia juga ada hak dalam perbincangan ini..jangan disebabkan awak..rumahtangga anak kita yang baru terbina sudah hancur ya Maria” Tegas Dato Kamal.. dan terus berlalu ke dapur membasuh tangan nya, mata nya tertancap susuk tubuh Nadirah yang sudah teresak menangis..

“Sabar ya nak..kamu pertahankan hak kamu sebagai isteri Naufal ya..ayah tahu kamu kuat..”
kata kata Dato Kamal sebentar tadi menyedarkan Nadirah dari tangisannya dan dia dia terus berdiri..
“Tapi Nadirah tak kuat ayah..hati Nadirah rapuh..”
“Jangan begitu..pergi depan..kamu dan Naufal harus menghadapi perkara ini bersama..”
“Baik ayah..”
Nadirah terus ke meja makan..panas hatinya melihat Kamalia yang sudah lentok lentok di sisi suaminya..

“Sayang..mari sini..saya takkan kahwin dengan orang lain.. saya takkan duakan awak..” Laju tangan Naufal menarik Nadirah kedalam pelukannya..
“Fal..lelaki kan boleh kahwin empat..apa salahnya kalau bermadu..”
“No ibu! My answer is still no!”
“Datin..sudah tiba masa kami pindah dan Datin tidak ada hak untuk menentukan siapa yang bakal Naufal kahwini..” Nadirah sudah membuka kata..
“Kau diam perempuan! Kau tak layak bersuara kat sini..” jerit Datin Maria
“Baiklah..mari kita keluar dari rumah ni sayang..” Pinta Naufal..
“Kurang ajar kau perempuan! Kau dah meracuni anak aku! Kau sedar tak siapa yang kau bercakap ni??!!”
“Saya sedar dan saya sentiasa sedar akan mertua saya adalah Datin Maria dan saya juga tidak akan mengalah dengan setiap apa yang Datin cuba lakukan untuk menghancurkan rumahtangga kami..malah Datin Maria perlu lebih berhati hati.. takut nanti orang lain boleh buat lebih dari apa yang Datin buat”
Kata kata Nadirah itu membuatkan Datin Maria semakin berang dan dia sudah tidak tahan lagi.. dia lalu menarik rambut Nadirah dan menamparnya..
“Tak guna!”

“Mari kita balik Shima..” pinta Dato Ibrahim yang sudah tidak tahan melihat adegan pergaduhan antara mertua dan menantu..
“Alaaa papa..kejap lah..lia nak jumpa Naufal..”
“Apa lagi kamu ni lia..dia sudah beristeri kamu pilihlah lelaki lain..”

Datin Shima juga bergegas pulang..

“Maaf Shima you terpaksa tengok semua ni..itulah kurang ajar ada menantu seperti itu..kan bagus kalau lia jadi menantu i..senang hati i..”
“Takpa Maria..biasalah itu.. nanti kita bincang lagi ya..i balik dulu..”
“Baiklah..jangan tak jadi pulak rancangan kita tu ya..”
“Mestilah you.. i dah tak sabar bermenantukan Naufal tu..”

“Kau takkan terlepas Nadirah! Aku akan pastikan kau tak bahagia! Kau jangan cabar aku ya!” Jerit Datin Maria seorang diri, dia sudah nekad..cara apa sekalipun dia harus pisahkan anaknya dan Nadirah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience