Bab 10

Romance Series 10731

"Kau diamlah perempuan! Aku muak dengar suara kau!" Jerit Naufal
"Awak..saya masih isteri awak..dan saya mengandungkan anak awak..kenapa awak buat saya begini? Apa salah saya?"
"Apa salah kau, kau tanya aku? Apa salah kau? Kau takpayah nak jadi perempuan baik lah depan aku..kita dah nak bercerai..siapa suruh kau mengandung anak aku..dasar perempuan sundal!" Lantas laju sahaja kaki Naufal menendang perut Nadirah menyebabkan Nadirah tidak mampu untuk bangun, dan akibat dari tendangan tersebut...pendarahan telah berlaku..

Naufal dengan terkejut melihat darah Nadirah itu segera membawanya ke hospital..

"Maaf cik..kami tidak dapat selamatkan anak encik.." terang doktor itu kepada Naufal
Tanpa menjawab apa apa penjelasan doktor itu, Naufal senyum sinis..ya dia memang mahu Nadirah untuk mengugurkan kandungannya.

"Awak pembunuh!" Jerit Nadirah bila muka Naufal telah terpampang di depan katilnya saat dia tersedar
"Lantak kau lah nak cakap apa..anak kau dah takda..tak perlu nak marah marah aku..dia tak ada lagi bagus dari mempunyai mak yang tak guna seperti kau!"

Terdiam Nadirah mendengar kata kata Naufal sebentar tadi..apa yang membuatkan Naufal berkelakuan seperti ini..apa yang telah merasuk ke dalam kepala Naufal ini..

3hari Nadirah berada di hospital dan kini dia keluar..dan mula berpantang..namun pantangnya kini tanpa anak di sisi..sungguh sedih.. telah lama anaknya itu sering ditendang..dan tendangan yang dia dapat tempoh hari benar benar membuatkan anaknya itu pergi selamanya..kau kejam Naufal!Kejam! Jerit hati Nadirah..

Mak Ngah yang baru mendapat berita tentang keguguran Nadirah terus datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga Nadirah..Naufal berlakon di depan Mak Ngah..dia memperlihatkan supaya mereka adalah hubungan yang baik baik sahaja..

"Kau dengar sini eh..ni sebab Mak Ngah je tau aku layan kau baik..kalau tak..dengan kau sekali mampus aku kerjakan.." Bisik Naufal di biliknya dan Nadirah..
"Sukahati awak lah..saya dah tak larat nak menjawab Naufal..sebaiknya lepas saya berpantang elok lah kita mempercepatkan penceraian kita dan awak boleh pergi kepada perempuan tu"  jeling Nadirah..ye dia sudah tahu siapa yang Naufal cintai sekarang..Kamalia orangnya..
"Kau tak payah nak tuding jari kepada orang lain! Kau yang buat aku jadi begini..terus terusan membenci kau"
"Apa yang saya buat? Awak bagitahu..tentang peristiwa tersebut awak sudah lama salah faham lelaki tersebut saya juga tidak mengenalinya..tetapi awak terus menghukum saya sehingga begini tanpa memberi saya peluang untuk menjelaskan kepada awak.."
"Ahhh! Aku taknak dengar, dah lama sudah kes itu..baru sekarang kau mahu jelaskan..sudah terlambat Nadirah! Hati aku bukan lagi pada kau!"

Ya..sejak peristiwa seorang lelaki memasuki rumah Nadirah dan Naufal..dengan lagak lelaki itu seperti sudah berasmara dengan Nadirah keluar dari rumah itu seperti biasa membuatkan Naufal yang nampak akan lelaki tersebut menyebabkan mereka gaduh besar..sedangkan Nadirah langsung tidak nampak kelibat lelaki tersebut bagaimana dia mahu menjelaskan tentang perkara itu..sedangkan dia sedang mandi pada ketika itu.. yang lagi membuatkan Naufal berang adalah apabila dia memasuki rumah mereka, dia memanggil Nadirah dan sudah ternampak Nadirah keluar dengan memakai tuala sahaja..

Tetapi Nadirah sudah menyiasat perkara tersebut..dan dia mendapati bukti tersebut dari Mikael..ya Mikael banyak membantunya.. mereka sudah menangkap lelaki yang merosakkan rumah tangga nya itu..dan yang lagi membuatnya terkejut adalah..lelaki tersebut ialah orang suruhan Datin Maria..

"Tak mengapa Naufal..lambat laun awak akan tahu juga tentang ini bahawa saya tidak salah dan kematian anak kita saya tidak akan memaafkan awak tentang perbuatan awak ini! Ingat tu!" Nadirah sudah tidak tahan lagi dengan Naufal.

Setelah habis tempoh Nadirah berpantang..Mak Ngah meminta diri untuk pulang ke rumahnya kerana dia sudah lama meninggalkan rumahnya.. namun Mak Ngah dapat menghidu akan kerosakan rumah tangga yang telah berlaku antara Naufal dan Nadirah..
Yang hanya menanti belah..

"Awalnya Mak Ngah nak balik.." tegur Naufal
"Yelah Naufal..rumah Mak Ngah tu dah lama sangat ditinggal sejak menjaga Nadirah ini..tiada siapa untuk tengokkan rumah Mak Ngah tu"
"Baiklah Mak Ngah..terima kasih ya kerana telah menjaga isteri saya ni" sambil merangkul pinggang Nadirah selamba Naufal memperkatakan begitu tanpa sedikit pun rasa bersalah..
"Terima kasih ya Mak Ngah telah menjaga Nadirah..maafkan Nadirah menyusahkan Mak Ngah..Nadirah hantar Mak Ngah pulang ya?" Pinta Nadirah..
"Baiklah..lagipun Mak Ngah tidak tahu mana nak naik bas di sini"
"Awak..saya hantar Mak Ngah dulu ya?" Soal Nadirah kepada Naufal yang sedang dari tadi sudah ingin tangga rumahnya
"Baiklah..pergi sahaja" jawab Naufal

Di dalam kereta Nadirah hanya mendiamkan diri..
"Senang ya kamu sudah ada kereta senang Mak Ngah boleh lah kamu balik selalu.."
"Hehe Alhamdulillah Mak Ngah..tapi itulah kalau nak balik selalu tu susah sikit Mak Ngah sejak dah kahwin ni..semua kena minta izin"
"Hmm..Nadirah..Mak Ngah nampak.."
"Nampak apa Mak Ngah?"
"Nampak kamu tidak bahagia..malah Mak Ngah sendiri lihat badan kamu lebam kerana malam itu kamu ditumbuk oleh Naufal"
"Hmm Mak Ngah.." Nadirah sudah mengalir air mata..dan dia memberhentikan keretanya..dia takut dia tidak dapat mengawal perasaannya.
Lantas Nadirah memeluk Mak Ngah nya..
"Tak apa Nadirah..Mak ngah tahu kamu kuat seperti ibu kamu..jika kamu mempertahankan perkahwinan kamu ini hanya ingin menutup persepsi orang lain terhadap kamu..kamu salah nak..muka kamu juga terselah seribu kesedihan.."
"Anak Nadirah juga pergi kerana dia Mak Ngah..."
"Allah..Nadirah..betapa kuatnya semangat kamu..sedikit pun kamu tidak meroyan saat Mak ngah menjaga kamu..kadang ada orang sudah meroyan jika perkara ini berlaku kepada mereka..sabar ya nak..Mak ngah tahu kamu ada jalan penyelesaiannya bukan?"
"Ye Mak ngah..dan jalan nya ialah perpisahan sahaja" air mata Nadirah semakin laju.
"Tabah nak..kamu kuat..Mak ngah tahu..ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku..tak sangka Mak ngah Naufal bertindak sebegini kepada kamu..dulu semasa kamu sebelum kahwin..Mak ngah tengok baik orangnya..kamu tidak mahu membawa Naufal untuk berubat ke Nadirah?"
"Berubat? Kenapa Mak ngah? Nadirah tak faham..maksud Mak ngah Naufal ada kena perbuatan ilmu hitam ke?"
"Mak ngah tak pasti..tetapi Mak ngah lihat Naufal seperti panas..dia juga sudah tidak bersolat Mak Ngah tengok kalau kamu mahu berubat..Mak ngah ada kenal seorang ustaz yang boleh membantu"
"Baiklah Mak ngah..Nadirah cuba ya..terima kasih Mak ngah..jadi inilah sebabnya Mak ngah bersetuju untuk Nadirah menghantar Mak ngah ya?"
"Iyelah..Mak ngah tidak mahu Naufal mendengar perbualan kita..dan Mak ngah perlu bagitahu semua ini kepada kamu"
"Terima Kasih banyak ya Mak ngah..Nadirah akan cuba apa yang Mak ngah perkatakan tadi"
Nadirah meneruskan perjalanannya untuk hantar Mak ngah ke rumah..

Selesai sampai di rumah Mak ngah..Mak ngah menghulurkan kertas dimana ada tertera nombor telefon ustaz yang Mak ngah beritahu tadi..

Nadirah masih mengumpul kekuatan untuk membawa Naufal berjumpa Ustaz tersebut..mampukah dia.. bagaimana dia mahu memujuk Naufal..

Nadirah berhenti di sebuah restoran..untuk mencari sumber inspirasi..lalu ada seorang jejaka menegurnya..

"Seorang je ke harini? Selalu dengan suami kan?" Tanya seorang pelayan restoran yang kenal benar dengan pelanggan tetapnya itu..
"Eh ye harini seorang je..suami? Eh yang tu bukan suami lah..yang itu kawan baik saya hehe" terang Nadirah supaya pelayan tersebut tidak tersalah anggap akan hubunganya dengan Mikael..
"Baiklah cik, maaf ye. Saya ingat suami, kerana nampak keserasian kalian berdua..cik nak minum apa?"
"Bagi saya Iced Lemon Tea without ice"
"Baik cik, makan?
"Saya tak rasa nak makan lagi, nanti kalau saya nak saya panggil awak ye"
"Baik cik"

Setibanya air Nadirah itu, dihirup dengan laju menandakan dia betul betul dahaga.

Sedang Nadirah berfikir dan agak lama termenung..lamunannya terhenti saat melihat kemesraan pasangan yang amat bahagia di depan matanya..

"YaAllah kuatkan aku untuk menghadapi ujian mu kali ini..aku tak sanggup.." rintih Nadirah..
Pasangan yang dia nampak itu ialah Naufal dan Kamalia.. patut lah semasa di rumah Naufal seperti sedang bersiap untuk keluar..

Kali ini Nadirah tidak akan melepaskan mereka berdua..dia harus mempertahankan hak nya sebagai isteri Naufal!

"Assalamualaikum.."
"Eh you buat apa kat sini Nadirah?" Soal Kamalia yang terkejut akan kehadiran Nadirah.
"Tak baik tak jawab salam tau..i saje berada di sini rindu akan restoran ni" jawab Nadirah
"Waalaikumussalam..err Nadirah..i know you marah i, but listen here..i memang banyak kali nak jumpa you nak minta restu..but Naufal tak bagi..dia kata you akan apa apa kan i"
Tersentap Nadirah mendengar apa yang Kamalia perkatakan..sehingga begitu Naufal menilai dirinya..sungguh kejam kau Naufal..

"Tak apa..Naufal mana? Ni pun satu peluang juga i dapat jumpa you bukan? Apa kata kita bincang apa yang perlu dibincangkan di sini.."
"Naufal pergi tandas kejap katanya..apa yang perlu kita bincangkan Nadirah?"
"You jangan risau.. i tak ada nak menuntut apa apa dari you..i tahu i sudah tidak ada hak untuk Naufal..cuma i harap lepas ini you dapat jaga dia dengan baik..i tak mampu jadi isteri yang baik.."
"What do you mean? You nak bercerai dengan dia ke? No..i tak harapkan korang bercerai pun Nadirah..i sanggup jadi isteri kedua.."
"Isteri mana yang sanggup bermadu Kamalia..i tak sanggup.. i takut Naufal berlaku tidak adil antara kita..biarlah i undur diri sahaja"
"Baguslah kalau kau nak undur diri..aku pun tak ingin kau dalam keluarga aku" Naufal yang sudah berada di sebelah Kamalia, dia terus menyampuk perbualan isterinya dan Kamalia.
"Kenapa you cakap macam ni Fal..kan kita dah bincang dengan ibu..you tak akan ceraikan Nadirah right?"
"No Lia..i dah tak mahu perempuan jijik ni.. cukup lah i ada you seorang sahaja bakal isteri i"
Kata kata Naufal tadi telah membuatkan air mata Nadirah semakin laju..tetapi mulutnya masih kuat untuk berkata

“Sejijik jijik saya..saya bukan lah pembunuh!” Laju Nadirah berkata dan terus meninggalkan mereka, berang sungguh dia dengan apa yg diperkatakan Naufal sebentar tadi. Dia memang rasa akan sesuatu yang telah mengubah Naufal..

Semasa perjalanan pulang sempat Nadirah mendail nombor Mikael, meminta sedikit nasihat untuknya..

"Kau memang bodoh Nadirah..mengapa lagi kau mahu belas kasih dari seorang suami yang sudah tidak menganggap kau sebagai isterinya!" Jerit hati Nadirah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience