Bab 11

Romance Series 10731

Di sebuah restoran..
“Kalau saya nak tanya boleh?” Soal Mikael
“Apa dia? Tanya jelah sejak bila nak malu malu dengan saya cik Mikael ni”
“Ehh taknak lah panggil saya Cik lagi, panggil Mika or Mikael je”
“Opss sorry”
“Haa apa dia nak tanya tadi mikael?”
“Awak betul -betul dh buat keputusan untuk berpisah ke? Dah memang tiada cara lain lagi untuk selamatkan rumahtangga awak?”
“Hmm..siapa yang tak sayangkan suami, siapa tak mahu selamatkan rumahtangga, Mikael saya dah memang fikir pelbagai cara untuk perbetulkan..tapi kalau bertepuk sebelah tangan takkan menjadi..” sayu hati Nadirah menjawab..
“Ehh jangan lah nangis, saya tanya je. Okay okay kita happy happy je k” sambil mengusap kepala Nadirah timbul rasa sayang Mikael pada gadis itu.
“Nadirah..”
“Hmm”
“Awak anggap saya sebagai apa?”
“Huh? Errkk” tersedak Nadirah, terasa tekaknya seakan menolak air yang diminum apabila Mikael menyoalnya.
“Takpa saya tahu awak takda jawapan utk tu..tapi awak sayang saya?”
“Hmm” perlahan anggukan Nadirah
“Kalau satu hari nanti..ditakdirkan saya pergi.. saya nak awak terus kuat, terus melangkah jauh saya akan cuba membantu awak berjaya Nadirah..itu janji saya..”
“Apa awak cakap ni! Merepek je.. awak kena sentiasa berada bersama saya, saya dah takda siapa siapa lagi selain mak ngah, kak rina dan keluarga awak sahaja..”
“Jangan risau mama semua sayangkan awak Nadirah..awak keluarga kami juga..”

Hari ini adalah hari gembira buat staf di syarikat YSM SDN.BHD kerana mereka telah mencapai target syarikat..dan syarikat itu kini telah mendapat anugerah kerana pencapaian yang bagus antara syarikat lain..
Dengan itu..CEO syarikat iaitu Mahfuz bin Tan Sri Yaacob Sabri telah bersetuju untuk mengadakan makan malam antara staf di sebuah hotel terkemuka...

"Kau dah baca kat bulletin board tak Nadirah?" Soal Sabrina
"Kenapa kak? Syarikat nak renovate ke?" seloroh Nadirah menyoal Sabrina..
"Renovate pungkoq hang..tulah beria orang duk tampal kat bulletin board tu..kau tak tengok kan.. esok malam ada dinner syarikat kita kat hotel mewah tu" terang Sabrina sedikit marah akan Nadirah yang susah hendak ambil tahu tentang perkembangan syarikat..
"Laa yeke kak..baguslah tu kak..dinner untuk apa eh kak?"
"Syarikat kita dah capai target pasaran..jadi dinner itu adalah untuk meraikan"
"Ohhh..baik baik"
"Habis kau pergi tak? Kalau kau pergi tolong ambil akak..sebab malam esok abang akak pakai kereta tak ada orang nak ambil"
"Haa boleh juga kak..ada lah teman Nadirah nanti hehe"

Malam yang dinantikan telah tiba..

"Uishhhh cantiknyaaa Kak Rina ni..mengerlip ngerlip mata Nadirah tengok ni" Puji Nadirah yang dari tadi tidak lekang melihat baju Sabrina yang sungguh cantik pada malam tersebut..
"Eleh kau cakap akak..baju kau tu yg cantik sebenarnya dengan orangnya pun cantik..silap silap kau menang king & queen malam ni kan"
"Ish kesitu pula akak ni..jauh panggang dari api kak pakaian Nadirah biasa aje" Nadirah memakai dress labuh berwarna rose gold berserta tudung putih menampakkan dia sungguh menyerlah pada malam itu..

Sesudah sampai ke hotel tersebut.. Nadirah dan Sabrina pantas mengambil tempat yang telah disediakan
"Eh kau agak agak kan.. Cik Mikael adik CEO kita tu ada ke tak eh? Akak dah pakai lawa lawa ni kalau dia tak ada sedih lah akak.."
"Ada tu..mana boleh tak ada.. dia kan ada saham juga pada syarikat ini.." terang Nadirah yang sedari tadi tersenyum melihat gelagat Sabrina yang asyik membetulkan bajunya..dia pasti Mikael akan datang kerana sahabatnya itu sudah memberitahunya..

"Hai Cik Mikael..Cik nampak kacak pada malam ni.." sapa Sabrina kepada Mikael yang rancak mengambil makanan..
"Eh Rina..terima kasih..awak pun apa kurangnya..Nadirah mana ye Rina?" Soal Mikael
"Ish aku yang dekat depan dia ni dah cantik cantik Nadirah juga yang dia tanya" bisik Sabrina seorang diri..
"Apa awak cakap?"
"Eh tak ada apa Cik..Nadirah ada tu di meja makan.. hehe"
"Baiklah saya pergi dulu ya Sabrina.."
"Melepas la aku macam ni..huwaaa tahu lah Nadirah tu cantik..siapa aje yang tidak memandang Nadirah.." Rengek Sabrina seorang diri..

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..eh banyak nya makanan Cik Mikael woiii awak bela saka ke" soal Nadirah yang melihat Mikael membawa pelbagai jenis makanan.
"Eh ni bukan untuk saya seorang tau..untuk wanita istimewa depan saya juga tau"
"Istimewa lah sangat..haa bagus juga awak bawakan..saya pun lapar ni ..nak pergi ambil makanan tadi Kak Rina suruh duduk"
"Makan makan..saya tahu awak ni bela seribu saka bila makan.." gurau Mikael
"Ish awak ni kan.." lantas Nadirah terus mengambil makanan di depan Mikael
"Dia langsung tak puji aku..tak kacak ke aku malam ni untuk dia.." bisik Mikael seorang diri.

"Cantik awak malam ni Nadirah..macam bidadari.."
"Terima Kasih.."
"Itu je?"
"Dah tu awak nak saya bagi upah ke kerana puji saya?"
"Boleh juga..apa upahnya?"
"Haa ni upah diaaa" Nadirah terus menyumbatkan kuih ke dalam mulut Mikael..
"Amboii..siap suap menyuap ya.." tegur Puan Sri Salma..
"Eh mama..mana ada..Nadirah ni ha maa dia tak puji pun Mika..sedih tau" Rengek Mikael meminta simpati mama nya..
Nadirah yang dari tadi tersengih seperti kerang busuk, terus menyalam Puan Salma..
"Mengada tau Mika ni..nasib kamu lah Nadirah melayan anak mama yang manja terlebih ni"
"Eh takpa mama..Nadirah dah biasa ada kawan macam ni" seloroh Nadirah menjawab

Sejak dari beberapa pertemuan..Mikael sudah membawa Nadirah untuk berjumpa mama nya.. dan Nadirah sudah serasi dengan mama Mikael, lantas memanggil Puan Salma mama juga..

Sabrina yang melihat adegan itu terus ke meja mereka
"Nadirah..ni makanan.." Sabrina dengan muka agak masam meletakkan makanan di sebelah Nadirah
"Terima kasih kak..hehe"
"Boleh tak kita ubah tempat? Akak nak duduk sebelah Cik Mikael.." bisik Sabrina kepada Nadirah..
"Boleh boleh kak..duduk lah.." lantas Nadirah bangun dan membuatkan Mikael sedikit pelik akan tingkah laku Nadirah.. dan dia mengangkat kening ke arah Nadirah tanda menyoal apa yang sedang berlaku.
"Ni ha saya bagi chance untuk awak dating dengan kak Rina..hehe" jawab Nadirah
Pantas Mikael menggeleng kepala laju.. tanpa disedari oleh Sabrina..
iyelah..Nadirah patut memberi peluang kepada Kak Rina untuk menyulam hati kawan baiknya itu..memandangkan Kak Rina juga telah lama membujang..

Bagi memeriahkan lagi majlis..pelbagai persembahan yang telah diadakn..dan seperti yang Sabrina menanti kan..ialah penyampaian hadiah bagi King & Queen malam ini..

"Di jemput King kita pada malam ini ialah.....Cik Mahfuz iaitu CEO kita sendiri... berikan tepukan yang gemuruh!!" Jerit pengacara majlis
"Dan untuk Queen kita pada malam ini ialah...Cik Iman Nadirah!!!"

Sabrina sudah menjerit kegembiraan apabila nama yang disebut adalah nama yang telah diduganya..

"Kan akak dah cakap.." bisik Sabrina pada Nadirah
"Ish akak ni kan..ni mesti akak yang vote Nadirah ni kan?" Soal Nadirah musykil bagaimana dia boleh memenangi sandaran Queen itu pada malam ini..
Lalu dia menaiki pentas untuk menerima hadiah.

"Sesuai kan Cik Mahfuz dan Nadirah..sama cantik dan sama padan" Terang Sabrina kepada Mikael..
"Hmm tapi Nadirah saya punya" perlahan sahaja jawapan Mikael tidak didengari oleh Sabrina..
"Apa dia cik?"
"Takk. Saya cakap, Nadirah sungguh cantik malam ini memang patut dia menang" kata kata Mikael itu membuatkan Sabrina sedikit cemburu..

"Tahniah Cik Mahfuz..memang padan Cik menang pada malam ini" sambil menunjukkan ibu jari tanda bagus kepada Mahfuz.
"Eh awak pun apa kurangnya tau...macam ikan duyung saya tengok hahaha"
"Ikan duyung cik cakap? Kain saya ni ada nampak mcm ekor ikan duyung ke cik?"
"Eh tak ada lah, tapi kalau masuk dalam kolam renang tu. nampaklah ikan duyung dia hahahaha"
"Ish Cik Mahfuz ni kan suka tau menyakat"
"Saya gurau je Nadirah..dah dah, senyum orang ambil gambar kita tu"

Setelah selesai majlis tersebut Nadirah dan Sabrina juga pulang..

"Abang kenapa nampak mesra dengan Nadirah? Abang tahu kan Mika cemburu?!" Mika berang
"Ish kau ni dik..Abang gurau dengan Nadirah pun dah tak boleh ke? Parah cemburu kau ni"
"Yelah..Mika akan pastikan Nadirah tu jadi isteri Mika tau walau susah macam mana pun.."
"Yelah Mika..abang tak kisah asalkan kau bahagia.." Mahfuz seperti malas hendak melayan karenah Mikael yang seperti kebudak budakan apabila disentuh tentang Nadirah..
"Abang..Mika nak minta tolong sikit.."
"Hmm.."
"Kalau nanti abang masuk pejabat..abang bagi ni kat Nadirah boleh?" Sambil menghulurkan kotak hadiah kepada Mahfuz..
"Apa ni dik? Makin sweet eh adik abang sekarang"
"Alaahh...bagi jelah bang..nanti abang tahu lah hehe"
"Haa yelah..kenapa tak bagi sendiri? Asyik abang je jadi perantaraan korang ni boring lah..abang juga tak ada jodoh tau kalau layan korang ni"
"Alaa abang ni, tolong lah..haa abang nak jodoh kan? Kak Rina ada bang..dia boleh jadi kakak ipar paling baik untuk Mika hahahaha"
"Eh bukan Rina tu dah kahwin ke? Haritu abang nampak dia pakai cincin"
"Mana ada bang..haritu kat dinner tu dia nak try Mika..tak nak lah Mika" rengek Mika
"Alahhh kau ni pun..layan jelah..apa salahnya hahaha tapi dia tak minat abang lah dik..macam mana abang nak try dia"
"Alaahhh..abang ni takkan tu pun adik nak ajar"
"Haa ni borak apa ni rancak je mama tengok dua beradik ni" tegur Puan Salma
"Abang ni mama suruh Mika carikkan dia jodoh pula..mama tolong dia maa"
"Laa..mama ingat abang kamu ni nak jadi teruna sampai ke tua so mama tak ada lah tunjukkan calon jodoh"
"Ish mama ni jangan dengar cakap Mika ni ma, takpa ma Fuz dah ada calon dah hahahaha"

Siapakah calon Mahfuz? Sabrina kah?

"Nahh..ni Mikael bagi"
"Apa ni cik?" Soal Nadirah yang dari tadi tiba tiba sahaja Mahfuz muncul di depan nya sebelum masuk ofis
"Kalau saya tahu isi dia..tak ada lah bekas tu berbalut Cik Nadirah oii.."
"Alahh saya tanya je mana tahu masa tuan dia tengah balut hadiah ni Cik Mahfuz ada hehe"
"Apa kata awak buka hadiah tu dan kita tengok sama sama haa baru cun"
"Eh apa yang cun nya Cik Mahfuz, ni hadiah Mikael bagi kat saya mana boleh kongsi bagi orang lain tengok..no..no" sambil memusingkan jari telunjuknya Nadirah berkata tidak..
"Haa yelah..dah saya nak naik ofis..ni awak nak tercegat kat depan lif ni sampai bila? Sampai syurga ka?" Loghat Kedah Mahfuz dah keluar apabila mengusik Nadirah
"Eh dak ehh..nak masuk lah ni..hehe"
Sejak dari pertemuan Mahfuz & Nadirah..kini Mahfuz lebih selesa menaiki lif staf bersama Nadirah.. tetapi dia harus tahu akan batasannya dengan Nadirah..kalau tidak pasti Mikael akan memarahinya..

Semasa di pejabat Nadirah sudah pun membuka hadiah yang diberi oleh Mikael..ketika itu hanya dia sahaja yang berada di dalam ofis..

"Cantiknyaa..pandai Mikael pilih memang warna kegemaran aku ni.." Nadirah memuji Mikael
Mikael telah memberikan seutas gelang tangan berjenama Pandora dan buah gelang tersebut dihiasi dengan warna rose gold sungguh cantik.. dengan gembira Nadirah terus memakainya..

"Wuihhh..cantiknya gelang kau Nadirah siapa bagi?" Tanya Sabrina yang dari tadi dia nampak Nadirah asyik membelek gelang tersebut
"Alamak" Nadirah menjawab perlahan, pasti Sabrina akan cemburu akannya jika dia tahu orang yang bagi gelang itu ialah lelaki idaman Sabrina..
"Suami Nadirah bagi kak..tanda perpisahan katanya"
"Eh? Tanda perpisahan pun ada? Tapi kenapa muka kau happy? Orang nak bercerai sedih kau happy pulak"
"Alahh kak..dah penat Nadirah bersedih terlalu banyak air mata dihabiskan..namun jauh di sudut hati Nadirah ni masih sedih kak.." ya benar..surat penceraiannya telah selesai di hantar, kini dia hanya perlu ke mahkamah untuk sesi kaunseling.. hubungan mereka sudah tidak dapat diselamatkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience