Bab 12

Romance Series 10731

"Dah lepas ni aku taknak tengok muka kau lagi.." selesai sahaja mereka keluar dari mahkamah, itu kata kata yang Naufal katakan pada Nadirah..
"Ye saya pun tak akan ganggu awak..selamat pengantin baru dan semoga berkekalan.."
"Kau tak payah nak doakan hubungan aku lah..mulut perempuan tak guna mcm kau ni tak guna berdoa bagi kebahagiaan orang lain kau tahu!" Sungguh perit kata kata Naufal, namun Nadirah segera menyeka air matanya dan dia sempat mengerling ke arah Naufal yang disambut oleh ibu & Kamalia.

Nadirah kini tinggal kembali di rumah bapanya..namun perjalanan rumahnya ke syarikat tidaklah jauh mana.. 2hari bercuti hujung minggu sungguh kosong bagi Nadirah..dia hanya keluar ke KLCC dan menikmati suasana di sana..hatinya kosong..
Dengan mengenangkan nasibnya kini telah bergelar janda di usia muda. Siapa sangka, lelaki yang begitu di idamkan kini telah jauh menjadi lelaki yang dibencinya.. anaknya juga telah kembali ke rahmatullah..dia kini tiada siapa siapa..

"Jauh termenung tu..fikirkan ikan dalam air kolam ke? Kalau mata awak tu dah berapi habis semua ikan dalam tu mati" tegur Mahfuz
"Eh Cik Mahfuz..buat apa di sini?" Terkejut Nadirah melihat Mahfuz
"Laa..awak ingat KLCC ni awak punya ke? Saya tak boleh ada kat sini? Hahaha saya baru habis tengok wayang.."
"Tak ada lah begitu Cik..cuma kebetulan pula Cik berada di sini juga..Seorang sahaja?"
"Awak ada nampak orang lain ke dengan saya? Kalau ada tolong bagitahu kat dia..saya berterima kasih sebab dia teman saya hehehe"
"Ish Cik ni kan..kang betul betul ada yang ikut balik nanti tahu lah!" Nadirah seperti takut akan kata kata Mahfuz tadi..
"Awak lah yang ikut saya balik tu..hahahahah"
Lantas mereka berdua gelak bersama..
"Cantik gelang..Mika ke yang bagi?"
"Eh mana Cik tahu?"
"Dia adik saya Nadirah..Citarasa dia juga saya tahu bagaimana"
"Pandai lah Cik ni..boleh jadi Dr.Strange..mengamal masa depan huhu"
"Banyak lah awak punya Dr.Strange..saya tak sekacak dia lah..hahahaha memandangkan saya dah jumpa awak ni..jom lah teman saya makan..lapar pula"
"Boleh Cik tak ada hal lah..janji makan sedap hahaha"
"Yelah..jom"
Mahfuz memilih untuk makan di restoran DOME, tampak mewah tetapi makanan baratnya sering menjadi kegilaan orang..
"Nadirah..awak nak tahu satu benda tak?" Selesai mereka duduk..Mahfuz menujukan soalan kepada Nadirah..
"Apa dia tu Cik? Macam mana saya nak tahu kalau Cik tak cerita hahaha"
"Ada je benda dia nak bergurau..ni..tentang..mak awak.."
"Mak saya?? Kenapa dengan mak saya? Mana cik kenal mak saya??"
"Heii..slow slow Nadirah..bertalu talu soalan awak ni..bagi saya buka bicara dulu.."
"Baik baik..silakan.."
"Macam ni..mak awak tu dulu anak angkat kepada nenek saya...."
tercengang Nadirah mendengar ayat itu dari mulut Mahfuz..tetapi mengapa dia tidak tahu semua ini? Kenapa ayah tak pernah cerita..
"Sabar..saya tahu awak terkejut..saya sambung lagi ya..Mak awak anak yatim piatu..jadi nenek saya yang jaga..sampailah mak awak dah kahwin dengan ayah awak pun Nenek masih menjaga mak awak dan kami panggil mak awak mak lang, sampai lah saat awak dilahirkan dan mak awak didapati meninggal saat melahirkan awak..saya dan keluarga lah yang sering berkunjung melawat awak dan kita selalu bermain permainan kanak kanak dulu.. saya dan Mikael..awak ingat tak?"
"Saya tak ingat Cik..kenapa saya tak ingat eh semua ni..ayah tak pernah cerita pada saya pun.. mungkin kerana masa saya darjah 5 saya pernah kemalangan dengan anak Mak Ngah dan menyebabkan saya amnesia..tetapi kenapa saya masih tidak ingat semua ni?"
" ya semasa awak kemalangan juga kami ada melawat di hospital..tetapi pada masa tu awak tidak sedar..dan tidak lama selepas itu..nenek pula pergi buat selamanya..dan kami sekeluarga berpindah ke luar negara buat sementara waktu..dan pulang ke malaysia kembali kerana papa ingin membuka syarikat mungkin ayah awak tidak pernah menceritakan tentang kewujudan kami kepada awak kerana mungkin ayah awak menganggap kami tidak pulang ke Malaysia kembali..tetapi kami sering berhubung dengan Mak Ngah tentang perkembangan keluarga awak dan juga awak Nadirah.."
"Sungguh indah ya ciptaan Allah..setiap perjalanan saya rupanya saya berada di sekitar keluarga saya sendiri..saya tidak sangka Cik.."
"Sebab itu saya tidak mahu awak memanggil saya Cik, dan panggil je abang Mahfuz..kan lagi senang..lagipun..sebelum mak awak meninggal dia ada bagi surat pada kami dan itu antara perjanjian Mikael dan juga mak awak..saya pun tidak tahu kenapa Mikael yang jadi sebagai perjanjian.." terang Mahfuz..
"Perjanjian apa tu Cik? Eh Abang Mahfuz.." Nadirah agak kekok untuk memanggil Mahfuz abang..
"Perjanjian itu hanya Mikael dan mak awak sahaja yang tahu..tetapi yang saya tahu ialah perjanjian di mana Mikael harus menjaga awak.."
"Jaga saya? Hmm..baik sungguh Mikael untuk menjaga saya kan bang..kenapa lah dia tidak berkahwin..mungkin boleh dia jaga isterinya pula" seloroh Nadirah  berkata
"Macam mana dia nak kahwin kalau dia kena jaga awak..hahaha apa lah..sebab tu awak tak pelik ke kenapa Mikael jadi pensyarah awak? Kerana pada masa tu kami sekeluarga sudah dapat tahu yang awak dah ada buah hati..maka Mikael mengambil langkah..dia sanggup meninggal syarikat..dan nasib masa tu papa punya kawan boleh mempercepatkan proses Mikael untuk menjadi pensyarah lagipun dengan kelayakan yang dia ada..sungguh senang"
"Ohhh begitu..jadinya..saya sebenarnya harus dijodohkan dengan Mikael lah ye?"
"Yelah cik Nadirah..dahtu takkan saya pula"
"Tapi tulah..jodoh saya dengan Naufal pula kan..kesian Mikael.."
"Oppss..bekas jodoh ye..sekarang awak bukan lagi isteri Naufal.."
"Eh lupa pula hehehe"
Dan mereka terus menjamah makanan yang telah lama berada di depan mereka..sungguh panjang dan serius perbualan mereka..kejap gelak, kejap serius..

Lalu mereka berdua pulang ke rumah masing masing..

Pelik juga..mengapa Nadirah tidak mempunyai kawan baik?

Kerana..dulu Nadirah adalah seorang yang pasif..hanya Naufal sahaja yang menemaninya kemana sahaja..roommate nya juga tidak selalu bercakap dengannya..dah masuk alam pekerjaan baru lah Nadirah pandai bergaul kerana nasihat dari Sabrina..

"Kak Rina jelah yang aku ada untuk mengadu tentang hal ni..tapi..kalau Kak Rina tahu akan perjanjian yang Mikael buat dengan arwah ibu pasti dia cemburu..tak apa lah..baik aku telefon Mikael sendiri je" Nadirah mengomel seorang diri sambil tanganya menekan telefon dan terus mendail nombor Mikael

"Assalamualaikum..Iman Mikael.."
"Waalaikumussalam Iman Nadirah..ye mengapa call saya malam malam ni..rindu ya?"
"Ish ada ada je kan awak ni..kenapa nak rindu pula..rindu tu kan hanya untuk pasangan kekasih haaa gituuu..hahahaha"
"Alaaa..awak je yang rasa kita bukan pasangan kekasih..saya tak.."
"Apa maksud awak?" Nadirah bingung dengan kenyataan Mikael sebentar tadi
"Yelah..saya ni je yang selalu terkejar kejarkan awak..awak pula? Kahwin dengan orang lain hmm hampa" Rintih Mikael..
"Eh eh..dah lain macam awak ni tau..tapi saya tahu tu..dan saya baru sahaja tahu hehe.."
"Tahu apa?"
"Tahu tentang perjanjian awak dengan mak saya dulu lah"
"Eh?? Awak dah ingat saya ke? Siapa yang menceritakan hal ini semua?" Terkejut Mikael saat Nadirah berkata begitu, dia sungguh gembira Nadirah telah mengingati dia..
"Ada lah..rahsia.."
"Okay baiklah kalau rahsia..tetapi saya sungguh gembira awak sudah ingat saya..dulu masa kita kecik kecik awak selalu cakap nak kahwin dengan saya tau..ee tak malu" ejek Mikael..
"Yeke? Mana ada..masa tu taktahu apa apa lah..hanya nampak awak dan abang Mahfuz sahaja..tak nampak orang lain.."
"Tulah..bila dah nampak orang lain..dan orangnya adalah Naufal..dia terus kahwin dengan orang tu kan..sedih betul kita ni tau" Mikael berkata sambil membuat lenggok seperti seorang pondan.
Lantas Nadirah tergelak..
"Tapi kan wak.. saya nak tahu lah apa perjanjian awak dan mak saya tu? Kenapa saya tak tahu eh?"
"Pernjanjian saya tu..sejak awak belum lahir lagi tau dah di buat.."
"Yeke??" Terkejut Nadirah mendengar
"Yelah..dah lah wak..saya mengantuk ni..nanti kita cerita lagi ya..banyak yang awak tak tahu lagi tu..cuba ingat ya sayang.."
tersenyum Nadirah saat Mikael memanggilnya begitu..
"Baiklah..saya pun nak tidur tapi awak kena janji awak akan ceritakan pada saya!"
"Yelahh..tapi dengan syarat.."
"Apa dia?"
"Jadi isteri saya dulu baru saya cerita"
"Eee gatal dah bye"
Nadirah terus menutup telefon dengan muka yang masih bersisa senyuman..

Harinya ini sungguh ceria dihiasi dengan lagak seorang abang dan kawan baiknya itu yang menambat hati Nadirah..

5 bulan sudah berlalu..dan kini Nadirah sungguh berdedikasi dengan kerjayanya..dia kini telah dinaikkan pangkat.. dan tidak lagi bersama Sabrina..namun ikatan persahabatan mereka masih kuat..Setiap kali berehat mereka pasti akan bersama..

"Kad jemputan siapa tu?" Tegur Nadirah yang dari tadi melihat Mikael membelek kad jemputan itu..
"Anak kepada CEO Persis holdings..Kamalia bt Daud.." terang Mikael..
"Nama tu macam kenal je..perkahwinan bersama?" Soal Nadirah
"Naufal Haikal. Ehh?? Ni bekas suami awak kan Nadirah?? Saya baru perasan.."
"Hmm tak apa lah wak..jodoh mereka sudah tertulis..bagaimana mereka boleh menjemput awak?"
"Yelah..syarikat itu salah satu klien syarikat kita..ayah Kamalia tu..kawan papa juga"
"Ohhh" Sambil mengangguk Nadirah tanda dia baru tahu akan tentang itu..
"Awak teman saya pergi nak? Lagipun tak ada wakil..mama papa pergi bercuti..abang pula outstation.."
"Tak nak lah..nanti kalau saya pergi jadi apa pula nanti..kecoh.."
"Apa salahnya..awak pun sudah bercerai..ke awak masih menyimpan perasaan terhadap Naufal?" Soal Mikael menebak hati Nadirah
"Ye memang masih menyimpan perasaan..perasaan benci!"
"Wuish marah betul..awak tak boleh macam ni..awak kena professional..awak kini telah menjadi Iman Nadirah seorang model yang berkejaya..jadi awak harus menjaga publisiti awak tu"
Nadirah kini telah melonjak naik namanya kerana bakat dan kecantikan yang dia ada. Dia kini telah menjadi model muslimah dan juga dikenali ramai..ini semua dari sokongan dan dorongan Mikael kepadanya..
"Baik baik..terima kasih kerana mengingatkan saya..awak memang terbaik!" Jerit Nadirah..
"So macam mana? Teman saya eh?"
"Hmm yelah..sekali ni je tau..jangan nanti majlis aqiqah anak dia pun awak sibuk ajak saya pula"
"Eh eh kesitu pula dia..majlis aqiqah anak kita nanti lah kita ajak dia" Gurau Mikael
"Eee dia ni kan tak habis habis nakal tau..tu dokumen yang saya bagi tu..tolong tandatangan memandangkan abang Mahfuz tak ada jadi awak kena tandatangan.."
"Yelah biar aje di situ..kejap lagi saya sign"
Nadirah juga berlalu pergi ..

Sedang Nadirah rancak berborak bersama Sabrina telefonnya berdering..

"Assalamualaikum..siapa ni?" Soal Nadirah
"Waalaikumussalam..Nadirah..ni Lia.." jawab Kamalia
"Errr..haa Lia kenapa u call i ni?" Ingin sahaja Nadirah memutuskan talian tetapi dia cuba mengagahkan diri
"I nak mintak maaf dekat u..tentang penceraian u dan Naufal..it's not my fault" terang Kamalia
"Tak apa Lia..jodoh i dengan Naufal setakat itu sahaja..saya redha..awak bakal isteri dia..awak harus menjaga dia dengan betul dan ikhlas ya" lembut sahaja Nadirah berkata sungguh dia seorang wanita yang kuat..
"I tak nak nanti hari perkahwinan kami tidak lancar oleh kerana dendam orang lain pada Naufal..terutama u Nadirah..i tahu u baik orangnya..maafkan i ye Nadirah"
"I dah lama lupakan semua tu Lia..tak ada apa lagi yang perlu i maafkan.. i doakan majlis berjalan dengan lancar"
"Terima Kasih Nadirah..u memang wanita yang baik..by the way..i nak jemput u sekali datang majlis kami nanti.."
"Boleh boleh..i akan datang.."
Tamat sahaja perbualan Nadirah dan Kamalia..

"Siapa tu? Serius je kau jawab telefon dia.."
"Serius ke? Mana ada..Kamalia yang telefon dia jemput majlis dia nanti"
"Kamalia anak dato Daud?? Kenapa pulak dia jemput kau?"
"Dia bakal berkahwin dengan bekas suami Nadirah kak.."
"Berani betul dia jemput kau ye.. kalau akak tu..dah lama kena pelempang free" Sabrina mengankat tangannya seperti ingin memberi lempang kepada orang.
"Itu akak..bukan Nadirah..Nadirah tidak mahu bermusuh lagi kak..cukup lah selama ini Nadirah sudah terseksa"
"Yelah..habis kau nak pergi ke majlisnya tu?"
"Pergi lah kalau ada kelapangan masa..hehe"
"Alah pergi sahaja lah..boleh kau bagi flying kick kat bekas mak mertua kau tu"
Terus meletus ketawa Nadirah..bila di ingatkan kembali muka bekas mertua nya itu..

Mikael dan Nadirah menghadiri majlis persandingan Naufal dan Kamalia..

"Cantik pelamin dia kan?" Soal Mikael
"Hmm boleh lah.." jawab Nadirah perlahan..
"Lahh..ni kenapa sedih sedih ni..kan dah cakap tak mau macam ni..Nadirah yang saya kenal kuat kan orangnya.." Mikael cuba memberi semangat kepada Nadirah.
"Semangat..semangat juga..perut saya dah lapar dah ni..mana lah pengantin nya.."
"Dia ni kan.. Nadirah dan makanan berpisah tiada.." Mikael menggelengkan kepala saat Nadirah sudah menepuk perutnya.

Sejak dari tadi Nadirah tidak kelihatan Datin Maria.. mana perginya wanita itu.. dia hanya lihat ayah Naufal sahaja

"Ketibaan raja sehari kita.." kata kata pengacara majlis itu menghentikan pencarian Nadirah..

Naufal dan Kamalia nampak sungguh padan..dengan mengenakan pakaian sedondon berwarna navy blue..
Setelah selesai sesi merenjis..mata Nadirah tertangkap seorang wanita yang dinanti nantikannya iaitu Datin Maria..

"Ohhh rupanya sibuk berhias" terang Nadirah
"Siapa yang awak maksudkan tu?" Soal Mikael bingung..
"Tu haa.." tunjuk Nadirah kepada seseorang wanita yang berpakaian sungguh cantik kalah pengantin..
"Ohh Datin Maria ke..fuhh kalah pengantin ya pakaiannya"
"Tu yang takda dari tadi tu..hahahaha" gurau Nadirah..
mereka berdua gelak bersama namun ada mata yang tidak tenang melihat mereka berdua..

"Kenapa kau ada dekat sini?" Soal Naufal.. kepada Nadirah
"Lahh..bro.. kau orang yang jemput kita orang datang" terang Mikael bagi pihak Nadirah..
"Tetapi saya tidak jemput dia ni!" Naufal agak berang
"I yang jemput Nadirah..yg u marah marah kenapa? Nadirah juga telah maafkan u" terang Kamalia..
"Eh tak perlu lah gaduh gaduh Lia..i datang ni sebab u je... kami pun dah nak balik dah ni.."
Nadirah bingkas bangun
"Kejap..ni boyfriend baru kau ke?" Soal Naufal.. berbisik kepada Nadirah namun dapat didengari Mikael
"Bukan boyfriend..suami.. correction.." bidas Mikael
"Tak payah lah nak dengan perempuan ni bro.. dia ni bukan cukup seorang lelaki..hahaha" lagak Naufal seperti seorang psiko
"Diam Naufal! Awak tak tahu apa yang berlaku...awak tak ada hak untuk cakap saya begitu!" Nadirah sudah beranikan diri untuk menjawab..
"Dahla u.. harini kan wedding kita.. jangan lah gaduh gaduh.." rengek Kamalia
"Dah jom balik..selamat pengantin baru bro" Mikael sempat mengucapkan tahniah kepada Naufal dan Kamalia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience