Bab 9

Romance Series 10731

Nadirah pulang ke rumah dengan semangat untuk mempersiapkan makanan kegemaran Naufal..
Sedang dia menaiki tangga rumahnya dia berasa barang barang dirumahnya seperti dialihkan, tetapi dia hanya membiarkan sahaja lalu terus menaiki tangga dan memasuki biliknya.. sedang dia mandi dia terdengar pintu biliknya dikuak dalam hatinya
“Awal Naufal balik..pelik..takpala mandi dulu lah kejap lagi aku tanya lah” desis Nadirah yang meneruskan mandiannya..
Nadirah keluar dan tiada siapa di bilik itu..pelik lalu Naufal memanggilnya dibawah.. dengan keadaan berkemban dia terus kebawah untuk melihat suaminya..
tanpa sebarang penjelasan tangan Naufal terlebih dahulu hinggap di pipi Nadirah..

“Dasar perempuan sundal! Selama ni ibu cerita pasal kau ada jantan lain aku tak percaya..tapi kali ni..aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Nadirah! Kau tak perlu nak berlakon lagi depan aku lah! Aku muak tengok lakonan kau!”

“Aaa..pa..awak cakap ni saya buat apa..”

tergetar getar suara Nadirah menjawab.. dan Naufal terlebih dahulu menarik Nadirah keatas dan bertalu talu tumbukan dan tamparan dia terima..dia tak mampu melawan.. lalu dia tertidur..

“Aku takkan maafkan kau Nadirah! Selama ni aku percayakan kau..tapi ini yg aku dapat??!! Kau dasar perempuan tak guna tak kenang budi..aku dh kutip kau..kau tu dahla takda mak bapak! Tak sedar diri punya perempuan!”

“Awak jangan sebut pasal mak ayah saya yang sudah lama pergi Naufal!” Semakin serak suara Nadirah tetapi dia tetap melawan, Naufal tiada hak untuk berkata begitu kepadanya..

Hari semakin hari Nadirah dilayan seperti orang suruhan Naufal..kini dia hanya redha..tangisan demi tangisan yang terhambur dari matanya itu namun dia tetap kuatkan diri untuk menghadapi jalan hidupnya..

Pelbagai cara dia cuba untuk menjelaskan kepada Naufal..namun dia sendiri tidak mempunyai jawapan..dimana harus dia mengadu siapa yang boleh membantu dia..dia keseorangan.. pergi sahaja kerja pasti akan disoal oleh Sabrina akan lebam lebam yang berada di mukanya..sehingga dia tak mampu berselindung lagi..

Sedang Nadirah mengemas rumahnya..dia terasa loya dan kerap berasa lemah..dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik..fikirannya mungkin kerana jadual makannya tidak teratur oleh sebab itu dia kerap berasa seperti itu..

Tanpa Nadirah sedari..dia kini telah mengandung 3bulan..

"Tahniah puan telah disahkan mengandung kandungan puan berusia 3bulan" kata kata Doktor Tiara cukup membuatkan Nadirah tersenyum namun..berita ini hanya dia seorang sahaja yang sudah tahu..manakala Naufal enggan menemani nya..

Sejak dari peristiwa mereka bertengkar teruk..layanan Naufal kini terhadapnya amat teruk apa sahaja dia tidak kena? Tumbuk,sepak terajang sudah biasa baginya. Mana pergi Naufal yang amat menyanyanginya yang sentiasa memberi semangat kepadanya..hatinya pilu..bagaimana dia ingin khabarkan ke Naufal tentang kandungannya.. gembirakah dia? Atau dia dapat 'hadiah' lagi..

Nadirah keluar dari klinik dengan wajahnya yang sedih..Mikael yang sejak dari tadi masih memerhatikan langkah Nadirah dengan terkejutnya dia melihat Nadirah rebah di sisi jalan..

"Nadirah! Nadirah! Bangun bangun!" Jerit Mikael yang dari tadi memapah Nadirah ke keretanya..

Sambil Mikael merenjiskan air ke muka Nadirah lantas Nadirah tersedar dengan terkejut.

"Saya kat mana ni, kenapa Encik Mikael di sini?!" Jerit Nadirah sedikit terkejut.
"Awak yang pengsan kat tepi jalan tadi..basib saya ada tau kalau tak habis kena pijak dengan dinosour tadi hahahaha" gurauan Mikael itu membuatkan Nadirah berang dan terus ingin membuka pintu ..tetapi dihalang oleh Mikael..
"Eh eh nak kemana tu..saya dah selamatkan awak ucapan terima kasih pun tak ada ke? Ewah ewah dia ni"
"Saya dah lambat ni cik, saya perlu pulang kalau tak.."
"Kalau tak apa Nadirah? Kalau tak suami awak pukul awak??" Terkejut akan soalan yang Mikael tanya seolah olah dia sudah tahu akan keretakan rumah tangga Nadirah..baru 2tahun gempoh perkahwinan mereka..Naufal telah melayannya seperti mereka sudah berkahwin lebih 10tahun..sungguh cepat manusia berubah..

"Haa kenapa diam?..betul kan saya cakap? Suami awak pukul awak kan? Tak perlu lah awak nak berselindung dengan saya Nadirah..saya tahu" Tanya Mikael lagi untuk kepastian.. yelah dia dah upah orang untuk selidik perkembangan rumah tangga Nadirah dan orang tu adalah Kak Rina hehe..

"Hmm..ini hal rumah tangga saya cik..saya tak boleh cerita aib rumah tangga saya pada orang lain..walaupun saya dibunuh.." terang Nadirah..
"Saya takkan biarkan awak terbunuh Nadirah..trust me..awak pergi klinik ni sebab kena pukul ke or awak dah berisi?" Soal Mikael lagi..
"Hmm saya nak suami saya orang pertama tahu tentang ni cik..tapi..." tanpa menghabiskan kata kata nya Nadirah terlebih dahulu telah menitiskan air matanya..Mikael yang perasan Nadirah berkeadaan begitu, dia hanya membiarkan sahaja. Biar wanita itu luahkan segala yang terbuku di hatinya...
"Tiada yang sempurna di dunia ni Nadirah..setiap yang bahagia ada sakitnya..ada pengorbanannya..sama ada kita kuat atau tidak untuk mengharungi semuanya..itu terpulang kepada kita sendiri..jangan sesekali menyalahkan takdir..ada hikmah kenapa Allah beri ujian sebegini kepada awak.." panjang lebar nasihat dan kata kata semangat yang Mikael lemparkan..
"Tapi saya tak mampu lagi Cik Mikael.. saya bukan wanita yang kuat untuk suami saya..saya banyak salah padanya.."
"Biasalah tu, suami isteri mana yang tak melakukan dosa dan dari itu lah mereka patut perbaiki kesilapan mereka bukan terus menerus menghukum..dah sekarang saya hantar awak balik lagipun bahaya awak balik seorang macam ni dengan kandungan lagi.."

Sepanjang perjalanan bermacam nasihat telah Mikael hamburkan..dengan niatnya supaya Nadirah dapat memperbaiki hubungan mereka, dia juga tidak sanggup melihat Nadirah berkeadaan seperti tidak bermaya dan seperti orang tak makan pucat lesi muka Nadirah ketika ini..

"Baiklah..dah sampai..awak balik, awak fikir mana yang terbaik untuk hidup awak dan bakal anak awak nanti..jangan lupa saya sentiasa membantu" Mikael
"Terima Kasih banyak cik Mikael..maaf menyusahkan cik hantar saya sampai rumah..assalamualaikum"
Setelah menjawab salam..kereta Mikael pantas meluncur keluar dari taman rumah Nadirah..

Nadirah pulang dengan sedikit semangat yang telah Mikael berikan padanya..dia memasuki rumah..dengan harapan Naufal akan ada tetapi tidak..Naufal sudah jarang pulang ke rumah mereka..kadang dalam seminggu hanya dua ke tiga kali sahaja suaminya tu pulang..Naufal telah banyak berubah..

"Fal..sampai bila kamu nak keluar dengan Kamalia tanpa ikatan..kamu bawa anak dara orang sana sini kan tak elok tu..baiklah kamu melangsungkan perkahwinan sahaja.." kata kata Datin Maria menimbulkan idea kepada Naufal..
"Tapi fal malas lah nak minta izin perempuan kat rumah tu ibu..fal rasa benci tengok muka dia.."
"Kalau begitu..fal ceraikan dia sahaja..tak guna mempunyai isteri yang kurang ajar macam tu fal.."
"Tengok lah macam mana ibu.." Naufal
"Jangan tunggu lama lama fal..nanti Lia tu disambar orang, fal juga yang gigit jari.."
"Mana boleh Lia kahwin dengan orang lain ibu..dia hanya cintakan Fal sahaja" yakin sungguh Naufal menjawab soalan ibunya tentang Lia..

Ya..Lia telah lama menunggu Naufal sejak kahwin dengan Nadirah..kini dia harus pastikan Naufal benar benar menjadi miliknya..dengan sedikit godaan, Naufal terus hanyut bersamanya. Mereka telah bersama sejak perkahwinan Naufal dan Nadirah mencecah setahun lebih.. sejak dari itu Naufal bersikap baran terhadap Nadirah.. tambah pula ibu Naufal yang sentiasa menyuruh Naufal untuk menceraikan Nadirah..
Sanggupkah dia untuk menceraikan Nadirah?

Nadirah yang masih berada di atas sejadah terkejut akan bunyi seseorang membuka pintu biliknya dengan kuat..

"Hey perempuan..aku nak kau tandatangan surat ni..surat cerai!" Jerit Naufal ganas lantas mencampak surat tersebut ke muka Nadirah..
"Sampai hati awak nak menceraikan saya..apa salah saya? Tak cukup lagi kah layanan saya terhadap awak? Apa lagi awak mahu?"
"Kau takpayah berdrama lah petang petang ni, aku takda masa nak layan drama kau. Muak." Naufal terus menghempaskan badannya ke atas katil dia perasan akan ubat yang berada di sebelah katilnya..
"Apa ni?? Kau mengandung ke?!" Naufal menunjukkan ubat yang berada di tangannya.
Nadirah mengangguk..
"Apa lah bala aku nanti mempunyai anak bersama kau! Tak ingin aku! Kalau kau nak..kau jaga anak itu sendiri.." Terang Naufal dengan senyum sinisnya.
"Baiklah awak..tetapi bagi saya masa..lepas saya bersalin saya akan menandatangani surat ini"
"Kau nak masa berapa lama pun kau ambil lah, aku dh tak peduli janji kau tandatangan surat tersebut cukup pada masanya" Naufal

"Awak nak air?" Tanya Nadirah lembut.. ya dia masih menganggap Naufal suaminya dan dia masih melayan Naufal dengan baik.
"Taknak..aku nak tidur kejap..penat. kau berambus lah keluar dari bilik ni.semak!" Jawab Naufal..

Lantas Nadirah keluar dari bilik tersebut berserta surat yang telah Naufal lemparkan kepadanya.. kini tangisannya sudah tidak dapat dibendung lagi..siapa dia mahu mengadu nasib? Mak ngah? Dia tidak mahu wanita itu berasa susah akan masalahnya.. dia lalu terfikir akan Mikael tetapi dia tidak dapat menghubungi lelaki itu kerana dia sedar akan perlakuannya itu adalah salah selagi dia isteri Naufal..

Nadirah pergi ke kerja seperti biasa..dengan lagaknya yang konon 'ceria' namun dapat ditangkap oleh Kak Rina..

"Takpayah nak senyum macam tu sangat lah..akak dah boleh baca akal fikiran kau dah Nadirah.." kata kata Sabrina itu terus menusuk ke dalam hati Nadirah yang menyembunyikan seribu kesedihan yang telah menimpanya..
"Haa baca lah kak..kalau betul. Akak boleh jadi Charles Xavier ni kak.."
"Banyak lah kau punya Charles..dia botak..akak tak eh hahaha" lantas mereka berdua gelak..
"Dah dah lupakan cerita X-men tu, akak dapat rasa kau dalam masalah Nadirah..meh bagitahu kat akak..kenapa ni.."
"Tak ada apa lah kak..Nadirah okay je..akak je rasa macam tu..haa Nadirah ada berita baik untuk akak tau"
"Apa dia? Cik Mahfuz belanja makan lagi ke harini?!" Terjerit kecil Sabrina
"Ish akak ni..ingat makan je tau! Hahaha bukan lah..Nadirah mengandung kak! Hehe"
"Betul ke ni??? Alhamdulillah..boleh akak jadi mummy angkat anak kau nanti..tak sabarnyaa dah berapa bulan?"
"Baru 3bulan kak..sabar yea..Nadirah pun tak sabar hehe ada kawan baru"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience