Chapter 13

Fantasy Completed 1471

Keesokan harinya , Andy tersadar daripada tidurnya . Dirinya kesejukan kerana tidur semalaman di halaman rumah . Dia teringat akan Nayla yang menyelimutinya sewaktu dia tertidur di sini . Dia bangun dan mencuci mukanya di sungai . Apabila melihat ikan-ikan yang berenang dia teringat akan Nayla yang berasa takut melihat ikan-ikan ini .

Kini dia menjalani kehidupannya seperti biasa , dia mengangkat berbakul-bakul makanan dan meletakkan di sebuah kedai . Kemudian dia berjalan-jalan di sekitar pekan . Setiap langkahnya diiringi ingatannya . Setiap langkahnya dia hanya nampak Nayla .

"Pasti dia sudah bahagia sekarang" fikir Andy .

"Tapi bila difikirkan balik , aku dengan dia sama je"


Nayla melihat keluar tingkap , dia tersenyum melihat ramai orang yang berada di hadapan istana . Tidak lama lagi pintu istana akan dibuka maka bermulalah majlis ini .

"Lebih baik aku bekerja" dia teringat akan kata-kata Andy .

"Pasti dia tidak akan datang" kata Nayla sendiri .


Andy melihat semua orang sudah berpakaian cantik sibuk bergerak pergi ke istana . Semua gerabak dipenuhi penumpang demi mengambil masa yang singkat untuk ke sana .

"Kau kata kau takkan pergi kalau aku tak pergi" kata Andy sendiri teringat akan kata-kata Nayla tempoh hari .

Andy mengubah fikirannya apabila teringat semua kenangannya bersama Nayla . Dia sadar yang dia perlu ucapkan sesuatu kepada Nayla . Dia terus membeli seekor kuda dengan pantas pulang . Dia membuka sebuah peti .Di dalam peti terdapat baju yang berkain mewah .

"Tuanku ? " tanya mak ciknya yang melihat Andy berpakaian begitu .

"Beritahu ayahanda beta , beta akan ke sana" kata Andy .

Dengan pantas Andy bergerak ke istana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience