Chapter 8

Fantasy Completed 1471

Beberapa orang lelaki membawa Nayla dan Andy ke sebuah tempat perkhemahan tidak jauh dari kawasan mereka tadi . Bagi mengejutkan mereka berdua , mereka disimbah dengan sebaldi air .

"Nayla!! " jerit Andy apbila dia tersadar . Dia mendapati kaki dan tangannya diikat . Dia melihat beberapa orang lelaki sedang berborak-borak di hadapannya .

"Tolong lepaskan aku!! " jerit Andy .

Nayla hanya berdiam diri .

"Kau pun jerit la" kata Andy .

"Encik!! boleh lepaskan saya" jerit Nayla pula .

Tidak lama itu seorang lelaki datang menghampirinya membuka ikatan Nayla . Kemudian Nayla dibawa keluar duduk di hadapan ketua kumpulan mereka .

"Silalah sarapan dulu" kata lelaki itu .

"Sebenarnya mengapa encik semua culik kami ya"

"Hahahah.... mana ada kami culik ..... cuma kamu berdua ialah penceroboh" kata lelaki itu .

"Pakaiannya sedikit lain daripasa semua , pasti dia ketua di sini" bisiknya dalam hati .

"Tuan , kami bukan penceroboh . Kami hanya tumpang tidur di situ , lagipun kami tidak tahu"

"Tuan tidak percaya saya ke ? " Nayla cuma meyakinkan lelaki yang bermuka ganas itu dengan membuat muka kasihannya .

"Kalau tuan tidak percaya , tuan boleh periksa gerabak yang kami bawa" kata Nayla lagi .

Beberapa orang lelaki membawa gerabak mereka ke situ , gerabak itu diperiksa . Tiada barang yang mencurigakan dijumpai . Seorang lelaki lelaki menggelengkan kepalanya seperti sebagai tanda mereka bukan penceroboh .

"Hahaha.... maafkan saya cik muda , nampaknya cik bukan penceroboh . Apa lah mereka semua ni boleh menculik seorang gadis seperti cik . Sebagai tanda maaf apakata cik sertai kami sarapan" kata ketuanya .

"Boleh juga" kata Nayla yang sedang kelaparan .

"Apalah yang mereka katakan...... tunggu dulu kenapa Nayla berbual dan makan bersamanya ? " Andy memerhati dari jauh .

"Ouh sebelum itu , boleh lepaskan lelaki itu" pinta Nayla .

Ikatan Andy dibuka , dia dibawa duduk di sebelah Nayla . Dengan gelojoh Andy memakan makanan itu , dia begitu kelaparan lebih-lebih lagi makanan itu percuma .

"Jadi cik mahu ke mana ? " tanya lelaki itu .

"Kami mahu ke kampung sebelah" jawab Andy .

"Jadi cik mahu berdagang di sana ? " tanya lelaki itu lagi .

"Ya sudah pasti" jawab Andy lagi .

"Shhhhh!! Kalau tak disebabkan cik ni dah lama nyawa kau akan hilang tahu tak" kata lelaki itu kepada Andy .

"Apa-apa jelah" kata Andy lalu menyuap makanan ke mulutnya .

Sedang mereka semua duduk menikmati sarapan seorang lelaki berlari membawa berita kepada ketuanya .

"Tuan!! Tuan!! saya ada berita tergempar ni"

"Apa dia ? "

"Saya dengar dari orang kampung tentang kehilangan tuan puteri"

"Kehilangan tuan puteri ? "

"Ahak!! Ahak!! " Nayla sedang minum air tersedak mendengar berita itu .

"Cik tidak apa-apa , maafkan saya . Pasti cik terkejut mendengar suara saya yang kuat tadi"


Andy berasa menyampah mendengar kata-kata ketua mereka itu .

"Dan saya dengar siapa yang berjaya membawa puteri pulang akan diberi ganjaran yang cukup banyak"

"Hmmm.... nampaknya ganjaran itu akan menjadi milik kita"

"Saya rasa kita perlu meneruskan perjalanan kita kan Andy" kata Nayla mengajak dia beredar dari tempat ini .

Semua orang memandang ke arah Nayla . Renungan itu membuatkannya takut .

"Tunggu aku habiskan makanan aku dulu" kata Andy .

"Tunggu sekejap.... jangan-jangan cik ni ke puterinya" lelaki itu cuba menekanya .

"Hahaha hahahaha" Nayla ketawa mendengarnya .

"Mana mungkin.... saya puteri ..... hahahah...... Andy dia kata saya tuan puteri ..... hahahah lawaknya"

Nampaknya ketawanya itu tidak dapat menipu lelaki itu .

"Andy , saya bukan tuan puteri kan ? "

"Hahahaha...... mana mungkin gadis ini tuan puteri" kata Andy .

"Ya betultu.... tuan puteri seorang yang sangat cantik... dia sangat sopan santun.... mana ada tuan puteri buat macan ni kan" kata Nayla lalu meletakkan kakinya di atas meja .

"Jadi cik pernah lihat tuan puteri ? " tanya ketua itu apabila Nayla memberitahunya tentang rupa paras puteri .

"Tidak.... mustahillah gadis yang lemah macam saya berjumpa dengan seorang puteri ..... tapi saya ada dengarlah daripada salah seorang pembantu istana tentang rupa parasnya".

Semua orang yang tertarik dengan kata-kata Nayla , semua orang orang memintanya berceritakan tentang puteri .

" Apa-apa pun saya dengar puteri ni orangnya sangat cantik , kulitnya begitu cerah.... suaranya begitu merdu . Senyumanya kelihatan daripada jarak jauh , apabila dia tersenyum semua orang yang melihatnya pasti jatuh hati kepadanya . Sebab itulah puteri tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan orang orang kampung " kata Nayla .

"Wah!! Agak-agak puteri suka orang yang bagaimana ? " tanya mereka lagi .

"Itu saya tak berapa pasti , tapi yang pasti test dia sangat tinggi . Dia pasti sukakan seorang putera yang kacak dan baik hati" jawab Nayla .

"Nampaknya dia tidak sukakan orang seperti kami"

"Jangan bersedih semua , ini hanya khabar angin sahaja . Tapi yang cantik itu betul-betul " kata Nayla lagi .

"Mari kita pergi , kita sudah lewat" kata Andy lalu bangun .

"Tunggu!! Saya mahu gadis ini tinggal di sini . Saya akan berikan tempat tinggal dan makanan yang secukupnya"

Andy melihat ke arah Nayla . Nayla menggelengkan kepalanya kerana dia tidak mahu tinggal di sini .

"Tidak , saya tidak akan benarkan dia tinggal di sini" kata Andy dengan tegas .

"Sekiranya gadis ini hanyalah orang suruhan encik , maka encik tiada hak menghalangnya"

"Tak!!! Saya takkan benarkannya . Sebab dia isteri saya !! " kata- kata itu mengejutkan semua orang termasuk Nayla .

"Oleh itu dia hak saya!! " kata Andy dengan sangat tegas .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience