Chapter 3

Fantasy Completed 1471

"Cik maafkan saya , saya tak sengaja" kata Andy .

"Tak mengapa" jawab Nayla .

Nayla bangun melihat ke arah kuda itu pergi .

"Pasti kuda itu bermakna buat awak" kata Nayla .

"Tak apalah.... nanti saya cari lagi" kata Andy walaupun kuda itu sangat penting baginya , sudah lama dia menghabiskan masanya dihutan untuk menangkap kuda . Apabila dia menjual kuda itu dia akan memperoleh wang yang lumayan .


Semua orang kampung melihat ke arahnya . Andy melihat ke arah Nayla yang berpakaian mewah seperti dia daripada keluarga bangsawan . Pakaiannya itu membuatkan orang kampung tidak berhenti memandangnya .

"Ikut saya sekejap" kata Andy lalu menarik tangan Nayla ke sebuah kedai jahitan berhampiran situ .

Nayla melihat Andy dengan pelik . Apakah yang Andy cuba lakukan . Pelbagai persoalan mula timbul di fikiran Nayla .

"Puan , boleh tak kalau baju yang cik ni pakai tukar dengan baju tu" kata Andy .

Wanita itu datang melihat baju yang di pakai Nayla dengan teliti .

"Baju yang sangat berkualiti , kain yang susah didapati" kata wanita itu .

"Kalau begitu , berapa harga baju ni .... kalau tukar dengan baju tu dan boleh beri bakinya ? " cadang Andy .

"Ya sudah tentu" tukang jahit itu bersetuju .

"Nah!! pergi salin pakaian sekarang"

Nayla menerima baju itu , entah mengapa dia mengikut arahan lelaki ini . Dia langsung tidak mengenali lelaki ini . Dia masuk ke bilik persalinan dan menukar pakaiannya . Melihat cermin di situ baru dia sadari rambutnya begitu kusut masai dan dipenuhi dengan tanah dan daun . Dia melangkah keluar dengan pakaian biasa . Bajunya sebelum ini diberikan kepada wanita itu .

"Nah!!" Andy memberi guni kecil yang dipenuhi wang .

"Untuk apa ? " tanya Nayla .

"Ambil saja" kata Andy lalu melangkah keluar .

"Encik tunggu !! " Nayla memanggilnya .

"Memandangkan cik dah buat saya terlepas kuda saya.... boleh cik belanja saya makan ? " tanya Andy .

Nayla menganggukkan kepalanya .

Mereka duduk menunggu makanan . Nayla tidak tahu mahu berkata apa , walaupun banyak persoalan dia mahu tanyakan . Tidak lama itu makanan pun tiba . Makanan itu nampak sangat pelik di mata Nayla . Dengan perlahan-lahan dia menghirup kuahnya . Disebabkan dia terlalu kelaparan Nayla makan dengan gelojoh . Dia perasaan lelaki itu memerhatinya .

"Maafkan saya" kata Nayla lalu meletakkan sudunya di tepi mangkuk .

Andy melihat Nayla dengan peliknya , dia berpakaian sangat mewah ketika tiba di sini . Dan sekarang dia meletakkan sudu di luar mangkuk . Sememangnya dia bukan orang biasa-biasa .

"Jadi cik ni dari mana ? " tanya Andy .

"Saya dari perkampungan sebelah"

"Jadi cik buat apa di sini ? " tanya Andy lagi .

"Saya mahu lihat barang-barang yang dijual di sini.... saya dengar barang-barang di sini sangat berkualiti" kata Nayla .

Nayla melihat ke kiri dan kanan , semua wanita berpakaian biasa sangat berbeza dengan pakaiannya sebelum ini . Patutlah lelaki ini menyuruhnya menukar pakaiannya .

"Baiklah saya harus pergi" kata Nayla lalu bangun .

Nayla memberikan perniaga sedikit wang daripada guni kecil yang diberikan Andy tadi . Andy merasakan ada sesuatu yang tidak kena , apabila pertama kali melihatnya rambutnya kusut masai dan ada tanah dan duan . Kemudian dia membayar menggunakan wang hasil dia menjual bajunya .

"Sudah Andy..... jangan fikirkan tentang dia lagi....baik kau pergi bekerja" kata dia sendiri lalu bangun .

"Tuanku masih untuk bangun" kata seorang pembantu istana . Apabila tiada balasan yang diterimanya pembantu istana membuka pinti biliknya perlahan-lahan . Dia terkejut melihat biliknya yang kosong .

"Kenapa ? " tanya Fiona .

Persoalannya terjawab apabila melihat biliknya kosong , dia bergegas meminta pengawal mencari Nayla diseluruh istana . Seluruh pelosok istana digeledah mencarinya , tetapi tidak jumpa . Fiona berdiri di balkoni bilik Nayla dan melihat ke arah sebuah perkampungan . Kebelakangan ini Nayla kerap bertanyakan tentang perkampungan itu . Dia mengesyaki pasti Nayla melarikan diri ke sana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience