Chapter 4

Fantasy Completed 1471

Selain keluar berburu , Andy bekerja sebagai penghantar barangan . Dia akan ke ladang-ladang dan menghantar hasil pertanian ke pekan . Dia mendapat wang daripada hasil upahan orang-orang kampung . Dia bekerja keras demi sesuap nasi .

Pada masa yang sama , Nayla berjalan-jalan di sekitar pekan . Pelbagai makanan di tepi jalan dibelinya . Dia berasa seronok menikmati kehidupannya . Seorang lelaki datang ke arahnya .

"Cik nak gelang ni ? " tanya lelaki itu .

Nayla melihat gelang itu dengan teliti .

"Saya akan beri harga murah kepada cik , kalau cik nak tahu gelang ini merupakan barang yang sangat berharga . Dan ianya sangat sesuai dengan cik"

Nayla berasa tertarik dengan kecantikan gelang itu .

"Berapa harganya ? " tanya Nayla .

"Disebabkan saya perlukan wang , saya terima beberapa yang cil ada .

Nayla beranggapan pasti gelang ini sangat mahal kerana barang kemas yang dipakainya di istana dibeli dengan harga yang sangat mahal . Oleh itu , hanya golongan diraja sahaja memakainya . Nayla memberikan semua wangnya kepada lelaki itu dan sekelip mata lelaki itu menghilangkan dirinya .

Andy yang lalu di kawasan itu ternampak Nayla yang sedang duduk membelek-belek gelang di tangannya . Dia terus menoleh ke depan dan terus berjalan . Tetapi langkahnya ditahan oleh perasaannya . Dia Dia berasa sangat risau melihat seorang gadis yang duduk bersendirian di situ . Dia datang ke arahnya .

"Cik tak pulang lagi ke ? " tanya Andy .

"Ouh... encik.... kita berjumpa lagi"

"Yalah pekan ni tak lah besar mana" mata Andy .

"Mana wang yang saya berikan kepada cik tadi ? " tanya Andy melihat guni kecil itu tidak bersamanya lagi .

"Ouh saya dah gunakannya"

"Hah!! macam mana wang sebanyak itu boleh habis ? " Andy terkejut mendengarnya .

"Taklah banyak saya beli .... untuk makanan..... ouh saya beli gelang ni..... cantikkan" kata Nayla .

Andy merampas gelang di tangannya . Dia berasa marah apabila melihat gelang itu hanyalah tiruan . Dia mula berasa simpati melihat gadis ini . Bagaimanalah dia mahu meneruskan kehidupannya .

"Aduhai dia ni" katanya sendiri .

"Kenapa ? " tanya Nayla yang masih tidak faham .

"Cik tahu tak gelang ni tiruan ? "

"Mana ada , mahal ni saya beli"

"Tengok sana" Andy menunjukkan sebuah kedai yang menjual gelang yang sama sepertinya dengan harga yang lebih murah .

"Nampak sama"

"Memanglah sama pun"

"Ouh maksudnya...... dia jual dengan harga mahal ? " Nayla masih tidak faham .

"Bahaya dia ni kalau biarkan" kata Andy sendiri .

Nayla masih berfikir .

"Mmmaksudnya..... dia penipu ? " Nayla mula memahami .

"Hah!! akhirnya cik faham"

"Dia tipu dan ambil semua wang saya ? "

"Ya ya betultu" kata Andy .

"Nampaknya dia orang jahat" kata Nayla .

"Aduhai dia ni.... budak-budak pun tahu dia orang jahat"

"Dia perlu dihukum" kata Nayla .

"Macam ni lah.... ni kawasan sini ada tanah beribu-ribu orang .... mustahil boleh jumpa dia..... jadi cik perlu lebih berhati-hati dan jangan percaya sesiapa"

"Saya perlu pergi , jaga diri" kata Andy lagi .

"Encik tunggu , boleh saya ikut encik ? Saya hanya percaya encik sorang"

Andy tidak tahu untuk membuat keputusan , tetapi meninggalkan dia sendirian sangat bahaya . Di mana dia mahu tinggal ? Dia akan makan apa ? Bagaimana kalau orang jahat datang kepadanya ? Pelbagai persoalan mula timbul di fikiran Andy membuatkannya bertukar fikiran .

"Baiklah cik boleh ikut saya , tapi jangan terlalu rapat" kata Andy .

Seharian Nayla mengekori langkah Andy ke mana sahaja . Andy berlari dia berlari , Andy melompat dia turut melompat . Dia mula tersenyum melihat perempuan itu yang melihatnya dua puluh empat jam . Hari hampir gelap , sebelum pulang dia singgah di sebuah kedai dan membeli beberapa buku roti dan susu lalu mengisinya di sebuah bakul .

"Nah!! " Andy memberinya bakul itu .

"Untuk saya ? "

"Tak , tolong bawakan..... mulai hari ini cik akan jadi orang suruhan saya.... sebagai bayaran aku akan tanggung kau" kata Andy .

Setelah itu , mereka berjalan menuju ke sebuah perkampungan . Suasana menjadi sepi apabila malam menjelma . Semua peniaga dan petani pulang ke rumah masing-masing . Jalan mereka hanya diterangi cahaya bulan .

"Kita belum berkenalan kan" kata Nayla .

"Perlu ke ? "

"Bukan ke seseorang majikan perlu tahu siapa orang suruhannya ? "

"Nama saya Andy , panggil saya Andy"

"Ouh nama saya Nayla , Andy boleh panggil saya Nayla"

Andy melihat Nayla yang mula keletihan berjalan sambil membawa bakul itu . Bakul itu dipenuhi dengan beberapa botol susu membuatkannya sedikit berat . Dia merampas bakul itu dari tangan Nayla .

"Apa awak buat ? " tanya Nayla .

"Masa bertugas telah tamat , orang suruhan juga perlu berehat" kata Andy lalu meneruskan perjalanannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience