Chapter 11

Fantasy Completed 1471

Nayla termenung melihat gelang ditangannya , dia membuka gelang itu dan membelek-beleknya . Tanpa dia sadari seorang lelaki datang dari arah belakangnya menyerkopnya dengan sekarung guni , tangan dan kakinya diikat . Gelangnya tercampak ke semak berhampiran jalan . Dia di masukkan ke dalam gerabak dan diiringi dengan beberapa orang .

Pada masa yang sama , dengan pantas Andy datang ke mencari Nayla . Di perjalanannya , dia berselisih dengan gerabak kuda itu . Dia tidak mengesyaki bahawa Nayla diculik oleh mereka . Dia tiba tempat kali terkahir mereka berjumpa . Tetapi dia tiada disitu .

"Tidak mungkin dia ke sana semula" katanya sendiri lalu membuat keputusan keputusan berpatah balik . Dalam perjalanannya dia ternampak satu cahaya yang berkilau pada semak berhampiran .

Dia turun daripada kudanya dan melihat semak itu , rupa-rupanya kilauan itu datang daripada gelang yang dipakai Nayla .

"Jangan-jangan dia..... " dengan pantas dia menaiki kuda dan mengejar gerak kuda yang dia terserempak tadi .

Dia mengekori gerabak itu sehingga ke kawasan terpencil di hutan . Gerabak itu dibawa masuk ke dalam sebuah gudang yang besar . Andy turun daripada kudanya dan berjalan kaki melihat apa yang besar mereka bawa . Dengan perlahan-lahan dia melihat ke sebuah tingkap . Gerabak itu dibuka dan betullah Nayla diculik oleh mereka .

"Wah!! Nampaknya kita akan jadi kaya tidak lama lagi " kata seorang lelaki di situ .

"Tuan mahu saya panggil pengawal istana dan beritahu kita menjumpai puteri ? "

"Tunggu dulu , macam mana kalau kita biarkan dia di sini dahulu . Lama kelamaan raja akan meletakkan harga yang tinggi kepada sesiapa yang menjumpai puteri . Dan pada masa itu kita akan ambil kesempatan untuk meminta harta sehingga kita kaya hahahahaha" cadang lelaki itu .

"Dia dalam bahaya , aku perlu pulangkan dia kepada istana sekarang" kata Andy sendiri .

Setelah beberapa minit Andy menunggu di situ , akhirnya beberapa orang lelaki keluar menaiki kuda . Andy perlu mengambil kesempatan masa ini untuk menculik Nayla kembali . Dia melihat ke arah guni yang terikat dipinggangnya . Dia mendapat satu idea .

"Lihat itu , kilauan apakah itu ? " Seorang lelaki datang ke arah wang syiling yang berkilau itu .

"Wang!! " nampaknya syiling emas itu dapat menarik perhatian dua orang lelaki itu .

Dengan pantas Andy mengambil peluang itu menuju ke arah Nayla . Dia membuka ikatan tangan , kaki dan mulutnya .

"Andy!! " jerit Nayla apabila melihat Andy datang menyelamatkannya .

"Woii!! " jerit lelaki itu apabila melihat Andy disitu .

Andy terus menarik tangan Nayla berlari ke arah kudanya . Kedua-dua lelaki itu panik mengejar mereka berdua dengan berlari sahaja . Sementara Nayla dan Andy melarikan diri dengan menaiki kuda .

"Kau lah ni , sebab kau dia terlepas" kata lelaki itu .

"Aku pulak" dua orang lelaki itu mula bertengkar semasa sendiri .

Nayla tersenyum gembira melihat Andy yang datang menyelamatkannya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience