Malam itu , Nayla tidak dapat melelapkan matanya . Dia membuka pintu balkoni biliknya dan melihat bintang di langit . Cahaya yang menerangi kawasan perkampungan sunggah indah tidak sama dengan cahaya daripada istana . Walaupun istana ini sebesar perkampungan itu , dia tetap mahu pergi ke sana .
"Tuanku tak tidur lagi ? " tanya Fiona .
"Beta tak dapat melelapkan mata mata"
"Agak-agak jarak dari istana ke kampung sana berapa jauh ya ? " tanya Nayla .
"Kalau naik kereta kuda , hampir mengambil masa lebih kurang satu jam"
"Lamanya , tetapi dari sini nampak dekat " kata Nayla .
"Ya tuanku , jarak sebenarnya sangat jauh"
"Tuanku patik minta diri dulu...selamat malam" kata Fiona lalu meninggalkan .
Pada masa yang sama , Andy baring di belakang kereta kuda dan beralaskam jerami . Dia tidur hanya beratapkan bintang di langit . Apabila dia menoleh ke arah kiri . Dia dapat melihat kemeriahan cahaya lampu dari istana . Melihat ke arah bintang membuatkannya terleka dan tertidur di situ .
Setelah sahaja Fiona keluar dari bilik nya . Nayla menukar bajunya dan bersiap untuk melarikan dirinya . Dia melihat keluar tingkap dan tengok ke bawah . Walaupun biliknya berada di tingkat dua , dia tetap berasa gayat mahu terjun ke bawah . Dia mendapat akal menggunakan selimutnya dan ikatkannya dengan kuat pada tiang balkoninya . Dia meniup seluruh lilin yang menerangi biliknya sebagai tanda yang dia sudah tidur . Menutup pintu balkoninya dengan perlahan-lahan dan turun ke bawah dengan kain yang diikatnya tadi .
Misinya tidak selesai selagi dia tidak melangkah keluar dari istana . Berpuluh-puluh pengawal pasti sedang berkawal di luar istana . Dia melihat begitu ramai pengawal di pintu utama , oleh itu dia berlari ke belakang istana dan masuk ke taman istana . Terdapat dua orang pengawal yang berdiri di situ . Dia menundukkan diri dan berfikir . Ternampak batu di hadapannya dia mengambil dan membalingkannya ke arah lain . Dua orang pengawal itu berlari ke arah bunyi itu .
"Alamak!! pintu dikunci" Nayla cuba membuka pintu belakang istana .
Tanpa berfikir panjang dia memanjat dinding berdekatannya , akhirnya dia berjaya melepasi dinding istana ke itu . Dengan pantas dia berlari terus menuju ke arah cahaya perkampungan . Semakin dia berlari mendekati , semakin hilang cahaya tersebut kerana apabila dia berlari menurini bukit dia tidak dapat lihat semuanya . Sekarang , dia hanya melihat hutan sahaja . Dia hanya meneruskan perjalanannya .
Sudah hampir dua jam dia berjalan , kelibat perkampungan itu pun dia tidak nampak . Dia terbaring ke penetan , matanya mula memberat . Dan akhirnya dia tertidur di situ .
"Kokokok!! kok kok kok!! " bunyi kokokan ayam mengejutkan Nayla yang sedang tidur . Hutan yang gelap akhirnya menjadi terang . Dia tersenyum melihat sebatang jalan yang menuju ke sebuah pekan . Dia terus berjalan mengikuti jalan itu .
Pada masa yang sama , bunyi kuda mengejutkan Andy yang tidur lena . Dia melihat ke arah kuda yang diikatnya pada kereta kuda tersebut . Alangkah terkejutnya dia melihay melihat kuda itu sudah tiada . Dia melihat ke arah belakangnya dan ternampak kuda tersebut itu berada di tepi pokok sedang memakan buah .
"Mari sini" kata Andy berjalan ke arah kuda itu .
Apabila datang menghampiri kuda itu , kuda itu berlari dengan pantas pergi .
"Tidak!! Datang sini!! " jerit Andy lalu mengejarnya .
Akhirnya impian Nayla kini telah tercapai , melihat orang kampung yang sedang sibuk bekerja dan suara yang riuh membuatkannya gembira . Dia berjalan melihat sekitat kawasan pekan itu . Dia terbau sesuatu yang sungguh harum dan datang ke arahnya . Rupanya bau roti yang baru sahaja keluar dari ketuhar . Perutnya berbunyi menandakan dia sedang lapar . Dia termenung melihat roti itu .
"Tunggu!! " Andy masih mengejar kudanya yang berlari masuk ke kawasan pekan . Semua orang ketepi melihat kuda itu berlari .
Nayla terkejut melihat seekor kuda yang baru sahaja melintasnya dan tidak menoleh ke hadapan .
"Bamm!!! " Andy yang berlari laju itu terlanggar seorang wanita di pekan itu . Nayla terduduk di situ apabila di langgar .
"Tidak!! " Kata Andy melihat kuda itu pergi menjauh sambil memegang dahinya yang sakit terhantuk dengan seseorang .
"Eh!! cik tidak apa-apa ? " tanya Andy melihat wanita yang dilanggarnya .
Nayla yang terduduk bangun sambil mengusap-ngusap dahinya . Dia melihat ke arah Andy lalu tersenyum .
Share this novel