Chapter 6

Fantasy Completed 1471

Pengawal istana mula bergerak mencari puteri di kawasan perkampungan , mereka mencari di seluruh pelosok hutan dan mereka juga datang melihat-lihat kawasan itu pekan .

"Nah!! Agak-agak berapa boleh dapat ? " Andy menjual ikan kepada seorang peniaga di pasar , kemudian dia menerima sedikit wang .

"Kenapa semua orang mahukan wang ? " tanya Nayla .

"Apa kau merepek ni , tanpa wang kau bukanlah sesiapa"

"Jadi semua orang kampung perlu bekerja keras demi sesuap nasi berbanding aku duduk tak buat apa-apa tapi dapat semua yang dimahukan" kata Nayla dalam hati .

Nayla terpandang notis yang berhampirannya . Ianya merupakan jemputan ke majlis hari lahir puteri raja .

"Awak akan pergi ke istana ahad ini ? " tanya Nayla kepada Andy .

"Daripada aku ke sana , lebih baik aku pergi bekerja" jawabnya .

"Saya dengar semua orang sibuk akan ke sana , pasti majlis tu menarik kan" kata Nayla .

"Ya , semua orang mahu ke sana . Maklumlah kali pertama pintu istana dibuka setelah sekian lama tertutup . Lagi satu semua orang mahu melihat tuan puteri"

"Tuan puteri ? Kenapa semua orang mahu melihat dia ? " Nayla sengaja menanyakan soalan itu .

"Ketika majlis , tuan puteri akan menunjukkan dirinya kepada semua orang kampung buat pertama kalinya"terang Andy .

"Jadi semua orang tak tahu bagaimana muka tuan puteri ? " tanya Nayla lagi .

"Tak , hanya orang istana sahaja yang tahu . Kenapa ? kau mahu ke majlis itu ? " tanya Andy pula .

"Tak , kalau majikan saya tidak ke sana mana mungkin orang suruhannya ke sana" jawab Nayla .

"Bagus betullah orang suruhan aku ni"

Andy singgah membeli pelbagai makanan di pekan itu . Dia memerlukan bekalan makanan yang cukup untuk perjalanan yang jauh ini . Kemudian guni yang dipenuhi makanan dan minuman itu diserahkan kepada Nayla .

Sedang mereka berjalan pergi , beberapa orang yang pengawal istana datang mencarinya di situ . Nayla ternampak beberapa orang suruhannya pengawal yang datang ke pekan itu , dengan segera dia menundukkan pandangannya agar tidak menarik perhatian pengawal itu .

"Nampaknya raja sudah mula mencari puterinya , aku kena pergi dari tempt ini" katanya sendiri .

Setelah hampir sepuluh minit berjalan , mereka tiba sebuah ladang . Nayla melihat ke seluruh arah memastikan kawasan itu selamat daripada kehadiran pengawal istana .

"Kau lihat apa ? Tolong aku akan bakul dan guni ini" arah Andy .

Mereka meletakkan beberapa buah bakul dan beberapa karung guni ke dalam sebuah gerabak yang diikat dengan seekor kuda itu . Nayla meletakkan karung guni yang dibawanya sepanjang jalan tadi di dalam gerabak itu .

"Baiklah tugas kau sudah selesai , aku beri kau cuti untuk dua hari" Kata Andy .

"Apa maksud Andy ? " tanya Nayla .

"Maksudnya kau tak perlu ikut aku ke kampung sebelah"

"Kalau saya nak ikut juga"

"Tak boleh , kampung tu jauh dan tak selamat orang macam kau ada di sana" Andy menghalangnya untuk mengikutinya .

"Saya nak ikut juga , Andy tahukan yang saya tiada sesiapa di sini . Bagaimana kalau saya di tipu lagi ? "

"Pulang ke rumah mak cik sebelum ini dan tunggu di sana" kata Andy .

"Tak boleh!! saya mahu ikut juga , saya mahu lihat kampung sebelah" Nayla tahu lama kelamaan kampung ini akan digeledah oleh orang istana untuk mencarinya .

"Aduhai dia ni , baiklah kau boleh ikut" Mendengar sahaja kata-kata itu Nayla terus menaiki kereta kuda itu .

"Kau duduk di belakang" arah Andy kerana gerabak kuda itu hanya muat satu orang sahaja yang duduk di bahagian hadapan . Oleh itu , Nayla duduk bersama barang-barang di belakang .

Nayla gembira dia mengikuti Andy kali ini walaupun dia tidak tahu kemana arah tujunya . Dia yakin dirinya lebih selamat bersama lelaki ini . Sedang dia menuju ke arah hutan , dia melalui di kawasan pasar . Dia ternampak beberapa orang pengawal istana yang sedang berjalan-jalan di situ . Dia terus menundukkan dirinya agar tidak kelihatan . Mujur dia duduk di bahagian belakang , sekurang-kurangnya orang lain tidak akan perasan dia berada di situ .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience