Andy membawa Nayla jauh daripada kawasan pekan . Dia berhenti di tepi sungai .
"Kau tak apa-apa ? " tanya Andy .
"Terima kasih saya ucapkan , tapi kenapa Andy tahu saya diculik ? " tanya Nayla .
"Meninggalkan wanita seorang diri di hutan merupakan kesilapan besar , saya pasti tidak dapat memaafkan diri saya jika sesuatu berlaku"
"Terima kasih kerana sentiasa ada ketika saat saya susah" ucap Nayla lagi .
"Itu tugas saya , dan mulai saat ini saya harap awak akan bahagia" kata Andy dengan mukanya yang sedih .
Beberapa orang pengawal istana datang menghampiri mereka . Andy melihat Nayla dengan hatinya yang sedih . Akhirnya dia perlu pulangkan gadis ini ke ke tempat asalnya .
"Jadi awak beritahu mereka semua" Nayla berasa kecewa dengan Andy , akhirnya dia perlu menjadi puteri semula .
"Maafkan patik tuanku , tempat tuanku di istana . Terima kasih kerana meluangkan masa dengan patik , patik akan ingat sentiasa" kata Andy .
Nayla berasa sedih , dia akan berpisah dengan Andy . Dia pasti tidak akan berjumpa dengan dia lagi . Pengawal-pengawal itu membawa Nayla masuk ke kereta kuda . Seorang pengawal datang ke arah Andy dan menghulurkan seguni wang .
"Seperti yang dijanjikan" kata pengawal itu .
"Tidak mengapa , saya hanya menjalangkan tugas saya" Andy menolak wang itu .
"Ini arahan daripada raja , seperti yang dijanjikan" Andy menerima wang itu .
"Jadi dia memang perlukan wang" kata Nayla sendiri . Dia beranggapan Andy memulangkannya semula demi wang . Kereta kuda itu mula bertolak semula ke istana . Andy melihat wang-wang itu .
"Tamatlah sudah tugas aku" katanya sendiri lalu menaiki kuda pulang semula ke kampung asalnya .
Kereta kuda tiba di istana , puteri Nayla disambut oleh semua orang di istana . Dia di bawa ke biliknya dan diminta untuk menyalin pakaiannya semula . Kemudian dia diberi makanan yang sedap-sedap . Tetapi muka Nayla begitu sedih , dia makan sambil termenung .
"Tuanku , patik risau akan tuanku" kata Fiona .
"Fiona , nampaknya beginilah kehidupan beta . Beta tak dapat mengubahnya" kata Nayla .
"Tuanku , raja mahu berjumpa tuanku" kata salah seorang pembantu istana .
"Apa yang anakanda lakukan ini sangat salah , melarikan diri daripada istana . Memalukan keturunan di raja"
"Ampunkan anakanda , anakanda tidak akan melarikan diri lagi"
"Satu hari lagi majlis itu akan berlangsung , sebagai hukuman anakanda dilarang keluar dari bilik sehingga majlis itu berlangsung . Majlis perkahwinan anakanda juga akan dicepatkan"
"Tidak ayahanda , anakanda tidak mahu berkahwin"
"Anakanda mahu ingkar arahan ayahanda ? "
Nayla menundukkan menundukkan pandangannya dan berdiam sahaja .
Pada masa yang sama , Andy tiba dikampungnya semula . Dia memulangkan gerabak dan kuda kepada peladang . Melihat wang yang banyak diterima tadi . Dia tidak tahu mahu buat apa . Dia berjalan-jalan di sekitar pekan dan ternampak beberapa orang pengemis di tepi jalan . Dia mendapat satu idea , wangnya dibahagikan dua . Bahagian itu dia membeli roti dan susu , dia memberikannya kepada semua pengemis-pengemis di tepi jalan . Kemudian , dia menderma sebahagian wang kepada anak yatim . Dia berasa seronok melihat semua orang gembira dengan pemberiannya .
Hari semakin gelap , jalannya diterangi dengan cahaya bulan , dia berjalan pulang ke rumah mak ciknya dengan membawa makanan yang mewah dan beberapa buah buku .
"Wah , mana kamu dapat duit membeli semua ini ? " tanya mak cik itu .
"Hasil upah saya seharian bekerja" jawan Andy .
"Untuk kamu , abang ada bawakan buku . Rajin-rajinlah membaca"
"Wah!! terima kasih abang Andy"
Malam itu , Andy tidur di bawah cahaya bulan beralaskan rumput halaman rumahnya . Sedang dia cuba melelapkan matanya dia , dia berasa sesuatu di koceknya . Rupa-rupanya terdapat gelang milik Nayla di kocek seluarnya . Dia membelek-belek gelang itu .
"Nampaknya dia tidak perlukan gelang palsu ini lagi" kata Andy lalu tersenyum .
Share this novel